LTdL 2012: Pekan-Chukai Dan Jalan Beserah

>> 04 March 2012


Tanggal 2 Mac 2012, perjalanan sejauh 100.8 km terpaksa dilalui oleh para peserta LTDL dari Pekan, Pahang ke Chukai, Terengganu. Aku sempat turun melihat suasana perlumbaan peringkat ke-8 ini sebab Jalan Berserah termasuk dalam laluan. Jarak yang dekat dan kerja yang tak berapa nak ada di pejabat merangsang aku mengikut membe sekerja yang lain untuk mengular.

Jalan ditutup kepada kenderaan awam. Lokasi: di hadapan Tunas Manja Jalan Beserah. Persimpangan lampu isyarat yang jaraknya dalam 150 meter di hadapan dibuka untuk satu arah sahaja.

Para pengayuh basikal yang ringan dan mahal ini dilepaskan dari Pekan sekitar pukul 9 pagi. Dijangka para peserta akan melepasi pejabat aku pukul 10 pagi. Tapi pukul 9.30 pagi pun semua dah pakat turun sebab terdengar bunyi helikopter berlegar-legar di ruang udara.

Antara rakan sekerja yang turun. Pejabat aku bangunan yang belah belakang.

Tak sangka, ramai juga orang yang berhenti untuk melihat dengan lebih dekat.

Ada yang sanggup berdiri di tengah-tengah ruang pembahagi jalan termasuk aku. Kelihatan kelompok kecil pelumba yang mendahului peserta lain semakin hampir. Pada masa yang sama, hujan mula turun. Nak menyeberang balik memang tak sempat.

Kelompok kecil pelumba yang dimaksudkan. Lokasi aku berada ini juga merupakan kawasan pendakian untuk peringkat ke-8 ini. Tapi semua peserta nampak selambe je.

Tak lama selepas itu, muncul pula peserta-peserta lain. Masa ni baru nampak style sikit sebab mereka dalam kelompok yang besar. Masa ni juga, banyak suara sorakan daripada orang ramai. Aku tak berapa nak dengar apa yang mereka shout sebab masa tu pun aku kasi shout. Punya semangat!

Kelompok pelumba yang besar ini juga sebenarnya membawa hujan yang semakin lebat. Siapa yang berada di tengah-tengah divider gelabah mencari tempat berteduh. Malangnya, macam mana nak menyeberang masa tu?

Ditambah malang sebab jumlah kereta pengiring yang boleh dikatakan lebih banyak daripada peserta. Berderet Proton lepas tu, masing-masing pun laju semacam. Basah sudah.

Bila semua kereta pengiring habis lalu, baru selamat untuk menyeberang. Elok-elok pula lepas tu hujan berhenti.

Aku tak minat pun sukan berbasikal ni. Tapi tak salah juga rasanya kalau pergi tengok kan?

Trivia sebelum hari-hari perlumbaan:
Aku balik kerja naik motosikal je. Aku perasan ada orang tampal-tampal jalan  yang berlubang di sepanjang Jalan Beserah yang berderet dengan lampu isyarat. Pelik, sebab baru-baru ni macam dah datang baiki jalan. Rasa macam cepat sangat tindakan mereka. Rupanya untuk LTdL. Ingat ke prihatin ke pengguna jalan raya yang hari-hari lalu situ. Kira bagus jugalah, pengguna lain boleh tumpang keistimewaan LTdL tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP