Masalah Kongsi Link Blog Di Facebook

>> 06 March 2012

Facebook merupakan salah satu sumber trafik utama kepada blog ini. Dengan adanya page blog KONGSA KONGSI di Facebook, sedikit sebanyak dapat menarik masuk pembaca dari sana. 

Bukti trafik daripada Facebook.

Pengguna Facebook yang telah like page ini mungkin tertarik dengan gambar atau tajuk pada link yang telah dikongsi. Aku tak kisah sangat kalau tak ada yang like atau komen link yang dikongsi dalam tu. Janji link tu boleh bawa masuk pembaca.

Bila tiba-tiba paparan link yang dikongsi tidak seperti apa yang sepatutnya, boleh menimbulkan tanda tanya kepada tuan blog dan pembaca lain yang kongsi entri tersebut. Contohnya seperti di atas ini. Tak menarik langsung jadinya. Imej thumbnail serta tajuk entri gagal terpapar seperti kebiasaanya. Memang nasiblah kalau masih ada yang klik masa tu.

Menu utama pun apabila dikongsi turut membawa hasil yang sama. 

Sama juga dengan button like. Hanya link yang keluar.

Nasib baik sekarang masalah ini seperti dah kembali pulih. Siap keluar penerangan ringkas untuk entri yang dikongsi. Entri-entri lama mungkin makan masa sikit untuk menjadi. Kalau nak cuba faham dan setelkan masalah, boleh cuba masuk link di bawah ini.

Jadi, entri ini istimewa kepada sesiapa yang pernah mengalami masalah blog macam aku. Bila share link blog di Facebook, imej thumbnail dan tajuk tidak berjaya disedut keluar.


Link kedua tu lebih kepada pemahaman je rasanya. Cubalah, mungkin tak berapa nak membantu tapi kompem boleh kasi faham. Lepas buat apa yang disenaraikan, jangan harap masalah untuk selesai secepat mungkin. Bagi tempoh selama satu hari dan cuba post entri baru lepas tu. Insyaallah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP