Review Adnan Sempit 2: Transformasi Untuk Menjadi Ahli Koperasi

>> 03 March 2012

Andaian awal aku, filem ni tak best. Mesti pengarah dah tak ada modal nak buat lawak. Semua lawak dah dimasukkan dalam trailer. Kalau pergi tengok, ibarat dok ulang tengok mende yang sama. Bila tengok mende yang sama, lawak macam mana pun dah jadi tak berapa lawak...Itu andaian awal aku.

Disebabkan maklum balas yang positif daripada beberapa orang terdekat dan penulis blog, aku pun pergi tengok filem ni. Sedikit sebanyak, penulisan atau percakapan kita berkenaan sesuatu subjek itu boleh membantu orang lain. Itu pasal aku pun nak kongsi mende yang sama.

Adnan Sempit 2 lebih kelakar daripada Adnan Sempit sebelum ni. Lawak setiap pelakon pun best. Dengan ayat dan sebutan Inggeris yang berterabur, cakap dua tiga patah pun dah boleh buat orang ketawa. Biasanya aku prejudis kepada beberapa watak sampingan. Lawak dorang kompem failed. Tapi berbeza dalam filem ni. Cuma tak berkenan dengan seorang raja lawak tu je. haha...

Dah memang dasar filem komedi, tak perlulah meletakkan logik dalam filem ni. Mesti pelik, apa kejadahnya naik motosikal dalam pusat beli belah kan? Yang penting, penamat filem ni memang kaw-kaw lawak. 

Kepada yang dah tengok, korang perasan tak? Ayat "Baik gua amek Ismad, ada extra kolestrol" dalam trailer di bawah ini seperti tiada dalam filem. Tak tahulah kalau aku terlelap ke apa. Membe aku pun cakap part tu tak ada ma.


Tak dinafikan, bukan semua orang minat adik ipar Bong Mokhtar ni. Eloklah tak payah pergi tengok kalau gitu. Sebab memang dia yang banyak buat lawak pun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP