Review Bunohan: Masih Tak Faham

>> 10 March 2012

Niat di hati ingin menonton This Means War sebab ramai membe aku yang dah tengok kata cerita ni best bangat. Tapi bila ke kaunter tiket, aku dimaklumkan cuma ada satu tayangan je sehari untuk cerita ni. Mungkin sebab cerita ni dah lama tayang.

Disebabkan banyak sangat pujian yang diberikan kepada filem Bunohan, aku dan abang aku pun pilih untuk tengok cerita ni. Nak tahu juga tang mana yang depa dok puji sangat tuh. Lebih kepada aku yang nak tengok sebab abang aku mula-mula suggest tengok satu lagi filem tempatan yang sedang ditayangkan, Seefood.


Diakui, filem ni memang lain daripada kebanyakan filem tempatan yang lain. Sinematografi (maaf kalau salah guna perkataan) kelas atasan. Dengan menggunakan dialek Kelantan dalam filem, ibarat menonton filem luar negara sebab dari awal sampai habis ada subtitle. Kalau memang dasar 'kecek lua' memang memerlukan bantuan subtitle lah. Aku pun tak terkecuali sebab kawe bukan ore kelate.

Kelebihan dialek Kelantan dalam filem ni sebenarnya memberi unsur komedi dalam cerita. Cakap main lepas je. Itu yang boleh buat orang ketawa. Bab aksi pula, tak ada la gempak sangat. Macam kebanyakan aksi filem tempatan yang lain.

Bagi aku, pengarah berjaya menimbulkan banyak persoalan kepada penonton. Ramai yang nak tahu apa yang akan berlaku sebab masing-masing tak faham, "kenapa tiba-tiba je?". Cuma bila penonton dibawa ke jawapan kepada persoalan, pengarah gagal memberikan kepuasan kepada penonton. Aku tak berpuas hati langsung dengan penamat filem ni.

Aku rasa lakonan Azroy, Faizal Hussein lebih mantap daripada budak Juvana,  Zahiril Adzim. Kalau diberi peluang kedua, aku akan pilih Seefood. haha...

Kalau masih berdegil nak pergi tengok, baca dulu Sinopsis filem Bunohan. Setakat tengok trailer tak membantu rasanya. Tambah-tambah yang dah biasa tengok filem Ahmad Idham. Filem dia banyak yang "ringan" ma. Bunohan ni boleh dikategorikan filem "berat" gak kot. Sedap je label gitu. haha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP