Chandra Bahadur Dangi - Manusia Paling Pendek Di Dunia

>> 18 April 2012

Chandra Bahadur Dangi ialah manusia terpendek di dunia dengan ukuran 0.546 m. Dia memecahkan rekod sebelum ini milik Gul Muhammad iaitu manusia dewasa terpendek di dunia. Chandra mendapat perhatian media tempatan selepas seorang kontraktor kayu ternampak kependekannya di kampung. Namun, semua ahli keluarganya mempunyai ketinggian normal.


Chandra telah dianugerahkan gelaran manusia dewasa terpendek pernah dicatatkan selepas ketinggian beliau diambil sebanyak tiga kali dalam tempoh 24 jam. Ketika itu usianya ialah 72 tahun. Usia yang semakin meningkat menyebabkan dia sudah tidak berahi untuk berkahwin lagi.

Dia tinggal bersama lima orang saudaranya di sebuah kampung terpencil di Nepal, kira-kira 400 km dari ibu negara. Dia berharap untuk mengembara ke semua bahagian negaranya dan dunia. Dengan apa yang dimilikinya sekarang, dia mahu membantu menaikkan nama kampung dan negaranya melalui gelaran yang telah diberikan.

Gambar-gambar Chandra Bahadur Dangi:







Gambar-gambar berikut antara rangkuman perjalanan Chandra dari kampungnya ke Kathmandu untuk mengesahkan ketinggiannya kepada Guinness World Records.








Video Manusia Paling Pendek Di Dunia


2 lagi manusia pendek di dunia, Jyoti Amge dan Bridgette Jordan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP