Keunikan Bibir Kaum Wanita Puak Mursi

>> 23 April 2012

Puak Mursi (juga dikenali puak Murzu) ialah suku kaum Afrika dari kawasan terpencil Debub Omo Zone di selatan Ethiopia, berhampiran dengan sempadan Sudan. Terdapat kira-kira 10,000 orang ahli dalam puak Mursi. Tidak seperti beberapa puak gembala Afrika yang lain, puak Mursi tidak berpindah randah atau nomad.


Kebanyakan mereka masih mengamalkan animisme dan hanya sebilangan kecil beragama Kristian. Satu amalan 'menarik' para gadis dan wanita puak Mursi adalah memakai plat di bibir bawah mereka seperti yang diamalkan oleh beberapa suku kaum Amazon seperti puak Suya dari kawasan Sungai Xingu di Brazil. Walau bagaimanapun, dalam amalan puak Suya Amazon, kaum lelaki yang memakai plat bibir dan sebaliknya dalam amalan puak Mursi Afrika. Hanya kaum wanita yang memakai plat bibir setelah bibir bawah mereka diregangkan supaya plat yang biasanya dibuat daripada tanah liat boleh dimasukkan. Bukan itu sahaja, bahagian gigi bawah mereka turut dicabut supaya lebih menarik. - Mursi Tribe






Jika ada yang berani nak tengok video bagaimana plat ini dipasang atau ditanggalkan, boleh cari video 'tutorial' di YouTube. Ini video paling pendek dan paling sopan yang aku jumpa tapi tak boleh dimasukkan dalam blog ini sebab "embedding disabled by request". Kalau nak tengok klik SINI!

Entri berkaitan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP