Akhlak Boleh Diperbaiki Dan Dibentuk

>> 11 May 2012

Bolehkah akhlak seseorang diperbaiki? Bolehkah sikap seseorang dibentuk?

Dalam kata lain, bolehkah ibu bapa memperbaiki akhlak buruk anak mereka hingga akhirnya dia memiliki akhlak yang baik? Bolehkah seorang guru membentuk sikap seorang anak muridnya yang bersikap negatif hingga ia berubah menjadi seorang yang bersikap positif?


Hujjatul Islam Imam Al Ghazali menjawab: "Boleh".
Ya, akhlak dan sikap seseorang boleh dibentuk dan diperbaiki. InsyaAllah. Dari kasar kepada lembut. Dari penakut kepada berani. Dari malas kepada rajin. Dari kufur kepada syukur. Dari jahil kepada ilmu.

Imam Al Ghazali menyambung lagi: "Jikalau akhlak (sikap) tidak boleh menerima perubahan, nescaya tidak bergunalah (tidak bermaknalah) nasihat, pesanan, (ingatan) dan didikan (tarbiyah)". Kerana akhlak dan sikap boleh berubah dan dibentuklah, maka kita disuruh hidup saling pesan memesan, nasihat menasihati, berkhutbah, bertazkirah dan berdakwah.

Sedangkan singa dan gajah di dalam sangkar sarkis pun boleh dijinakkan dengan latihan berterusan, inikan pula manusia yang punya akal dan perasaan.

Sumber: SAHABATAMAL
Jangan mudah berputus asa!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP