Review Safe: Lakonan Mantap Jason Statham

>> 12 May 2012

Mengisahkan usaha seorang bekas ejen elit, Luke Wright menyelamatkan gadis Cina, Mei berusia 12 tahun yang diculik oleh kumpulan kongsi gelap Cina sebelum diculik pula oleh geng Mafia Rusia. Selain menjadi perebutan antara dua kumpulan ini, rasuah yang berleluasa dalam politik dan pihak polis menyebabkan mereka turut berusaha untuk mendapatkan rahsia yang dimiliki oleh Mei.

Pertemuan Luke dan Mei bermula semasa Luke berniat untuk membunuh diri di sebuah stesen keretapi bawah tanah selepas kehilangan isterinya yang telah dibunuh oleh geng Mafia Rusia yang sama. Melihat Mei yang cemas diburu, Luke membatalkan niatnya untuk terjun, lantas meluru menyelamatkan Mei.

Aksi tumbuk-menumbuk dan tembak-menembak Luke Wright lakonan Jason Statham pun bermula. Sendiri fahamlah macam mana filem Jason Statham sebelum-sebelum ni. Banyak kot yang minat mamat ni. Sebelum aku pergi tengok, ada baca satu review. Dalam review tu, si penulis ibarat kurang berpuas hati dengan filem ni. Memang apa yang aku baca sebelum pergi tengok berbeza dengan apa yang aku rasa lepas tengok.

Bagi aku, cerita ni lagi best daripada Avengers. Mungkin sebab aku lebih minat lakonan hero Transporter ni berbanding lakonan hero-hero dalam The Avengers. Jalan ceritanya simple macam Avengers dan Battleship - terus dan mudah faham.

Salah satu helah yang digunakan Luke Wright untuk menyelamatkan Mei. Dia bergabung dengan bekas BFFnya yang pantang sikit kalau sebut bab duit - kuat makan rasuah.

Ending cerita ni, mesti boleh bajet macam mana kan. Tak kan tiba-tiba si hero pun jadi mangsa culik. Puas hati dengan penamat cerita ni.

Kalau yang pernah tengok Crank, Safe ni pun lebih kurang macam tu la. Padat dengan aksi. Bezanya, Crank lebih 'kotor'. Mungkin lebih tepat untuk menyamakan Safe dengan Taken. Cuma, dalam Taken si ayah menyelamatkan anak perempuannya sendiri. Dalam Safe, bukan si ayah menyelamatkan bukan anak perempuannya. Ini je yang aku pandai ulas...

Trailer Safe 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP