Banyaknya "DISLIKES" Video Lagu Janji Ditepati

>> 31 Julai 2012

Banyak sangat yang tidak kena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55 nampaknya. Selain isu logo dan tema hari merdeka, lirik lagu tema hari merdeka juga sedang giat dikritik sekarang ini. Situasi tersebut semakin jelas selepas keluarnya video lagu Janji Ditepati yang dimuat naik di YouTube baru-baru ini. Tiba-tiba ramai pula yang jadi "patriotik" lepas layan lirik lagu ini.

KONGSA KONGSI

Penghijrahan Tahunan Ketam Merah Di Pulau Krismas

>> 30 Julai 2012

Pulau Krismas ialah sebuah pulau kecil Australia di Lautan Hindi, 2600 kilometer barat laut Perth. Ia merupakan habitat kepada pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan selain terkenal dengan populasi luar biasa ketam merah (Christmas Island red crab), satu spesies ketam tanah yang endemik kepada Pulau Krismas. Apa yang menarik tentang ketam-ketam ini ialah penghijrahan mereka yang menakjubkan dari hutan ke pantai setiap tahun semasa musim pembiakan.

ketam merah @ red crab

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan Ogos 2012

>> 29 Julai 2012

KONGSA KONGSI

Jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus bulan Ogos 2012. Tertakluk kepada perubahan daripada pihak ustaz sendiri. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk page Facebook Ustaz Azhar Idrus atau ustazazhar.com.

Tolong Ajar Aku Buat Facebook Boleh Tak?

>> 28 Julai 2012

Safwan: Weh! Tolong ajar aku buat Facebook boleh tak?

Ajib: Boleh. Ko dah ada depan komputer ke?

Safwan: Dah. Aku dah ada email pun.

Ajib: Cantekk! Ok, sekarang ko bukak browser Firefox atau Internet Explorer.


Safwan: Browser tu ape?...

Ajib: Laa. Ko klik menu 'start', lepas tu cari tulisan 'Internet Explorer'.

13 Perkara Wanita Muslim Perlu Jaga

>> 27 Julai 2012


1. Bulu kening

Menurut Bukhari, Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng

Janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – petikan dari Surah An-Nur, ayat 31.

Rabu Yang Bisu #52 - Vios Terbang

>> 25 Julai 2012


Keanehan Tasik Retba Yang Berwarna Pink

Tasik Retba atau Lac Rose terletak di utara semenanjung Cap Vert, Senegal. Tasik yang juga terletak di bahagian timur laut Dakar ini dinamakan sedemikian kerana keadaan airnya yang berwarna merah jambu disebabkan oleh "Dunaliella salina" (sejenis alga) di dalam air. Kandungan garam yang tinggi, seperti di Laut Mati membolehkan manusia untuk terapung dengan mudah di dalamnya.


Tasik Retba mempunyai industri pengumpulan garam berskala kecil dan sering dipilih menjadi garisan penamat Rali Dakar. Kebanyakan pengumpul garam bekerja 6-7 jam sehari di dalam tasik yang mempunyai kandungan garam hampir kepada 40%. Untuk melindungi kulit, mereka melumurkan kulit mereka dengan "Beurre de Karité" (mentega sayur) sebagai emolien yang digunakan untuk mengelakkan kerosakan tisu.

Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadan

>> 21 Julai 2012

Insyaallah, hari pertama berbuka puasa di bulan Ramadan ini aku akan bersama keluarga di kampung. Korang berbuka di mana untuk hari pertama? 

Bersempena dengan bulan Ramadan yang telah tiba, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua terutama kepada mereka yang selalu masuk baca mende dalam ni. Mintak maaf kalau ada yang tersinggung walaupun rasanya takde ayat-ayat sentap dalam ni. Mana la tahu kan.

Rabu Yang Bisu #51 - Mandi Manda

>> 18 Julai 2012


Kepalsuan Sup Janin China

>> 15 Julai 2012

Kini menjadi trend sebuah bandar di Canton dalam pengambilan sup herba bayi untuk meningkatkan kesihatan dan prestasi/stamina seksual. Kos dalam mata wang China lebih kurang $4000. Seorang pengurus kilang telah ditemuramah dan beliau mengakui bahawa ia berkesan kerana beliau seorang pelanggan tetap. Ia adalah makanan istimewa di mana herba mahal ditambah untuk mendidihkan bayi dengan daging ayam selama 8 jam.


Lagi sambungan daripada 'testimoni' di atas seperti berikut:

Video Justin Bieber Hidu Durian

Jumlah pengikut dan peminat yang ramai menjadikan Justin Bieber salah seorang artis antarabangsa terkenal masa kini. Bila dah terkenal, duit pun banyak. Bila duit dah banyak, macam-macam benda boleh buat. Cuma, satu benda ni je yang dia fail - bau durian.


Raja Buah - durian, yang digemari oleh ramai rakyat Malaysia sukar diterima oleh kebanyakan rakyat luar negara. Bukan setakat untuk makan, nak hidu baunya pun dah tak sanggup. Macam dalam video di bawah. Walaupun JB berjaya melalui 'cabaran' yang diberikan, jelas menunjukkan mereka 'jijik' dengan bau durian.

Hukum Minum Kopi Luwak

>> 12 Julai 2012

Kopi luwak terkenal kerana harganya yang tinggi dan sumber untuk mendapatkannya. Ia dihasilkan menggunakan biji kopi daripada najis musang luwak. Nama saintifik musang ini ialah Paradoxurus hermaphroditus dan di Malaysia dikenal sebagai musang pulut. Apakah hukum minum kopi luwak?


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Rabu Yang Bisu #50 - Solat Berjemaah

>> 11 Julai 2012

Monyet Koboi Bersama Anjing Tunggangannya

Rodeo ialah pertandingan atau pertunjukan yang mempamerkan kemahiran penunggang-penunggang dalam menunggang kuda liar, lembu dan sebagainya. Para penunggang berpakaian ala-ala koboi dan menjadi perhatian penonton di sekeliling terutama apabila aksi sebegini dipersembahkan. Aksi yang dimaksudkan apabila bukan manusia yang menunggang dan bukan kuda atau lembu yang ditunggang.

Whiplash dan Bud

Buatan Malaysia: 10 Ragam Orang Kita Dalam Menulis (Bahagian 3)

>> 08 Julai 2012

KONGSA KONGSI

Ini adalah sambungan daripada 10 Ragam Orang Kita Dalam Menulis (Bahagian 2). Dalam bahagian ketiga ini pula, 10 gambar berikut menjadi pilihan untuk dikongsi. Macam-macam perkataan dan ayat baru yang boleh kita jumpa. Ada yang nampak lucu dan ada juga yang nampak pelik. Ringkas tapi padat! Rujuklah kepada pihak yang lebih arif kalau nak paparkan sesuatu ayat selepas ini. Buat malu je.

KONGSA KONGSI

Suri Rumah Dipenjara Kerana Membunuh Bakal Perogolnya

Suri rumah dipenjara kerana bunuh perogol?

KONGSA KONGSI
KUALA LUMPUR: Kisah seorang suri rumah, S. Kalaichelvi yang dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana membunuh orang yang cuba merogolnya mendapat perhatian banyak pihak.

Ramai yang bersimpati dengan nasib beliau itu dan tidak berpuas hati dengan hukuman yang terpaksa beliau hadapi kerana mempertahankan diri dari dirogol. Namun ada juga yang berpendapat hukuman itu wajar kerana pembunuhan itu dianggap kejam berdasarkan kesan luka kepada kepala perogol itu.

Di Ipoh Isnin lepas, seorang isteri yang cuba dirogol oleh seorang lelaki yang dikenalinya telah dihukum penjara kerana tindakannya menetak perogol dengan parang sehingga menyebabkan kematian. Dan kerana perbuatan mempertahankan dirinya itu, Mahkamah Tinggi Ipoh telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas S. Kalaichelvi, 24 tahun, selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba memperkosanya pada tahun lepas.

10 Fakta Menarik Buah Durian

>> 06 Julai 2012

Durian oh durian! Bagi aku, pelik kalau ada orang yang tak makan durian. Tambah-tambah orang Malaysia berbangsa Melayu yang berasal dari kampung. Tidak dinafikan, kaum Cina juga merupakan peminat tegar buah durian di negara kita. Apa kes yang membuatkan mereka tak boleh nak makan? Ada tu sampai bau pun dah tak boleh. Rugi betul hidup tanpa merasai nikmat durian weh.


Ini ada 10 fakta menarik buah durian. 

Aksi Mario Balotelli Meraikan Gol Menjadi Bahan Lawak Internet

>> 04 Julai 2012

Nama Mario Balotelli antara nama pemain yang sering disebut-sebut sepanjang kejohanan Euro 2012 di Poland dan Ukraine. Jaringannya semasa menentang Jerman diakui antara jaringan tercantik sepanjang kejohanan yang telah pun melabuhkan tirainya.

Di samping kegagalannya membantu Itali menewaskan Sepanyol dalam perlawanan akhir, aksi Super Mario 'meraikan' gol semasa menentang Jerman di peringkat separuh akhir masih menjadi bualan. Banyak sangat gambar Mario Balotelli yang telah diedit terpampang di Internet ketika ini. Hanya berpunca daripada satu gambar yang menayangkan susuk tubuhnya yang bajet seksi.

Ini antara beberapa gambar yang telah diedit:

KONGSA KONGSI

Rabu Yang Bisu #49 - Kenapa Takde?

KONGSA KONGSI

Terlanjur Bersama Kekasih Gelap Dari Bangladesh

>> 03 Julai 2012

KONGSA KONGSI
Saya berusia 27 tahun dan ada teman lelaki. Kami bercinta sejak sembilan tahun lalu. Bagaimanapun, dia menetap di Kuala Lumpur manakala saya di Johor Bahru.

Masalahnya, saya mula jatuh hati kepada seorang warga Bangladesh yang bekerja di tempat sama dengan saya. Pada mulanya saya cuba menghindari perasaan ini.

Apabila saban hari dilimpahi rayuan dan kata-kata janji manisnya, saya tidak sampai hati dan mula jatuh cinta dengannya. Memikirkan hubungan kami tidak mungkin sampai ke mana, saya cuba lawan perasaan ini.

Saya paksa dia lupakan saya tetapi saya pula yang rindu padanya. Sampaikan saya ternanti-nanti panggilan serta SMS daripadanya. Akhirnya saya mengalah dan mula menghantar SMS kepada kekasih gelap saya.

Tambahan pula, saya pernah terlanjur dengannya sehingga ke tempat tidur. Mengingati peristiwa itu, saya pula berasa menyesal. Apakan daya, ia sudah terjadi dan disebabkan itu, saya sukar melupakannya.

Isteri Lari Dari Rumah Disambut Pulang Dengan Tandas Baru

NEW DELHI - Seorang isteri, Priyanka Bharti diberi sambutan meriah pada Rabu lalu semasa dia pulang semula ke rumah mertuanya selepas melarikan diri kerana ketiadaan tandas di Kampung Vishnupur Khurd, Uttar Pradesh, India. Bharti turut merasmikan pembukaan sebuah tandas moden di rumah mertuanya itu yang turut disaksikan sejumlah orang. Tandas itu turut dihiasi dengan bunga.

KONGSA KONGSI
Bharti berdiri di luar tandas di rumah mertuanya di Kampung Vishnupur Khurd, Uttar Pradesh pada Rabu lalu. 

Pembinaan tandas itu dikendalikan pihak pengurusan pertubuhan perkhidmatan sosial antarabangsa, Sulabh. Tandas itu dibina selepas berita Bharti melarikan diri tersebar di India. Pertubuhan itu turut membina sebuah bilik mandi di rumah mertuanya. Pengasas pertubuhan itu, Bindeshwar Pathak turut hadir pada majlis tersebut.

Gelagat Penyokong England Tayang Kemaluan Semasa Pemain Itali Ambil Sepakan Penalti

>> 02 Julai 2012

Sementara menunggu sepak mula perlawanan akhir Euro 2012 antara pasukan Sepanyol dan Itali, apa kata kita baca dulu satu berita ini. Dipetik daripada blog DUNIACACAMARBA, seorang penyokong England dikatakan telah menunjukkan kelakiannya kepada umum. Mungkin untuk menarik perhatian pengambil sepakan penalti pasukan Itali.

Menurut beberapa laporan akhbar antarabangsa, seorang penyokong pasukan England telah melondehkan seluar dan mendedahkan alat sulitnya dalam usaha untuk menarik perhatian pemain Itali daripada menjaringkan gol ketika mengambil sepakan penalti ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam pusingan suku akhir.

KONGSA KONGSI

Gambar ini dirakam ketika Alessandro Diamanti sedang mengambil sepakan penalti untuk pasukan Itali.

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan Julai 2012

>> 01 Julai 2012

KONGSA KONGSI

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP