Gelagat Penyokong England Tayang Kemaluan Semasa Pemain Itali Ambil Sepakan Penalti

>> 02 July 2012

Sementara menunggu sepak mula perlawanan akhir Euro 2012 antara pasukan Sepanyol dan Itali, apa kata kita baca dulu satu berita ini. Dipetik daripada blog DUNIACACAMARBA, seorang penyokong England dikatakan telah menunjukkan kelakiannya kepada umum. Mungkin untuk menarik perhatian pengambil sepakan penalti pasukan Itali.

Menurut beberapa laporan akhbar antarabangsa, seorang penyokong pasukan England telah melondehkan seluar dan mendedahkan alat sulitnya dalam usaha untuk menarik perhatian pemain Itali daripada menjaringkan gol ketika mengambil sepakan penalti ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam pusingan suku akhir.

KONGSA KONGSI

Gambar ini dirakam ketika Alessandro Diamanti sedang mengambil sepakan penalti untuk pasukan Itali.

Seperti yang dilaporkan, England tewas kepada pasukan Itali 4-2 walaupun ada peminatnya sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan pasukan mereka menang.

KONGSA KONGSI

Kelihatan seorang lagi penyokong di sebelah kiri cuba menunjukkan 'objek' yang sama.

Semasa England lawan Itali sebelum ni, aku tak tengok pun sebab kedua-dua pasukan bukan team kegemaran. Entah betul ke tak apa yang dilaporkan ni, aku sendiri pun tak tahu. Sangat berani, malangnya tidak membuahkan hasil. Kalau sebaris tu londehkan seluar, mungkin pemain Itali boleh teralih perhatian. Papepun, kasihan sama England. Selalu sangat balik awal. haha...

Untuk perlawanan akhir nanti, saya sokong Itali. Walaupun bukan team kegemaran, sekurang-kurangnya aku tak nak jadi penyokong Sepanyol. Sudah bosan dengan Sepanyol. Tiba-tiba Messi pun nak ada dalam skuad Spain. Apa kes? Tak tahu, diam la! haha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP