Keanehan Tasik Retba Yang Berwarna Pink

>> 25 Julai 2012

Tasik Retba atau Lac Rose terletak di utara semenanjung Cap Vert, Senegal. Tasik yang juga terletak di bahagian timur laut Dakar ini dinamakan sedemikian kerana keadaan airnya yang berwarna merah jambu disebabkan oleh "Dunaliella salina" (sejenis alga) di dalam air. Kandungan garam yang tinggi, seperti di Laut Mati membolehkan manusia untuk terapung dengan mudah di dalamnya.


Tasik Retba mempunyai industri pengumpulan garam berskala kecil dan sering dipilih menjadi garisan penamat Rali Dakar. Kebanyakan pengumpul garam bekerja 6-7 jam sehari di dalam tasik yang mempunyai kandungan garam hampir kepada 40%. Untuk melindungi kulit, mereka melumurkan kulit mereka dengan "Beurre de Karité" (mentega sayur) sebagai emolien yang digunakan untuk mengelakkan kerosakan tisu.


Pandangan udara Tasik Retba - sangat-sangat pink!



Kandungan garam yang tinggi memudahkan manusia untuk terapung di dalamnya.

Dunaliella salina menghasilkan pigmen merah yang menyerap dan menggunakan tenaga daripada cahaya matahari untuk menghasilkan lebih banyak tenaga. Itu sebabnya air tasik ini berwarna pink. Tak faham? Aku sendiri pun tak pandai nak hurai. Boleh sambung baca dalam Mail Online. Kalau ada salah, harap boleh betulkan.




Michael Danson ialah antara ahli mikrobiologi yang membuat kajian di Tasik Retba. 

Tasik Retba mungkin bukan satu-satunya tasik pink di dunia. Ada lagi tasik lain yang mempunyai keanehan yang serupa. Apa pendapat anda kalau tasik warna pink macam ini wujud di Malaysia. Agak-agak apa nama yang digelarkan nanti? Tasik Bandung? Tasik Sirap Susu? Tasik Mak Jemah?

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP