Lelaki Kejam Seret Anjing Di Jalanan Guna Motosikal

>> 07 September 2012

Gambar-gambar di bawah banyak beredar di blog atau forum pencinta haiwan. Kita boleh melihat betapa kejamnya tindakan seorang manusia terhadap makhluk yang lemah.


Lelaki ini merantai leher seekor anjing dan mengheretnya dengan menggunakan motosikal. Menurut sumber, ini merupakan perbuatan kumpulan anti haiwan di China. Anjing itu diseret dengan kelajuan sekitar 50 km/j dan kelihatan menahan kesakitan di atas tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut. Beberapa saksi yang melihat kejadian mengatakan ketika anjing itu diseret, ia "berteriak", "melolong", dan "menangis", namun itu tidak menghalang penunggang biadab itu menghentikan motosikalnya, malah dia bergerak semakin laju.

Salah satu gambar menunjukkan keadaan anjing selepas diseret. Kelihatannya, ia cedera parah.

Hargailah semua makhluk disekitar kita. Kita dan mereka juga diciptakan oleh Pencipta yang sama.

Olahan daripada: Di Copas Dong

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP