Review Taken 2: Imej Islam Sebagai Pengganas

>> 13 October 2012

Filem Taken (2008) lakonan Liam Neeson bagi aku begitu berjaya dengan jalan cerita dan aksinya. Entah dari mana aku copy dan aku tengok cerita tu dalam laptop je dulu. Memang layan habis. "I don't know who you are but if you don't let my daughter go, I will find you, I will kill you". Itu antara ayat kenangan dalam filem Taken sebelum ini.

KONGSA KONGSI

Dengan keluarnya Taken 2, pasti ramai penonton Taken pertama ingin mengetahui sambungannya. Itu pun kalau korang boleh masuk dengan cerita sebegini. Bukan semua orang boleh terima mende yang sama kan...dan aku termasuk dalam golongan penonton yang ingin mengetahui sambungannya.

Kepulangan ke Kuantan dari Melaka pada minggu lepas disempatkan untuk menonton filem ini. Jika sebelum ini, anak perempuan Bryan Mills (Liam Neeson) yang diculik, kini giliran bekas isterinya pula yang dijadikan tebusan. Si anak turut membantu dalam usaha si ayah melepaskan diri dan menyelamatkan si ibu. Lebih kurang dengan Taken terdahulu.

Sebelum ini, aku tak ambil tahu pun siapa geng jahat dalam Taken pertama. Dalam Taken 2, baru aku tahu mereka semua melakonkan watak sebagai geng jahat beragama Islam. Pengambaran filem ini banyak dilakukan di Turki dan bacaan Yasin menjadi antara scene awal dalam Taken 2, di mana pengebumian para penculik yang telah dibunuh oleh Bryan Mills dalam Taken pertama. Bermulalah misi membalas dendam oleh keluarga mereka yang telah dibunuh sebelum ini.

Bila tengok jalan cerita macam tu, terus jadi tak berapa best. Membe sebelah pun kata gitu. Ada juga ungkapan memberi dan menjawab salam. Jahat betul Islam di mata mereka.

Sebelum masuk menonton Taken 2, terdahulu kami masuk menonton Resident Evil: Retribution sebab waktu tayangan Taken 2 yang dibeli agak lewat. Hasilnya, Resident Evil lagi best kot. Sejuk mata tengok Milla Jovovich tapi rasa-rasa tayangannya di panggung dah nak habis.

KONGSA KONGSI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP