Rabu Yang Bisu #33 - Sungai Ganges

>> 29 February 2012



Ular Sawa Mangsa Main Tarik Tali Harimau Bintang

>> 28 February 2012

Seekor ular sawa malang sepanjang dua meter dipergunakan sebagai 'tali' selepas ditangkap oleh seekor harimau bintang betina.

harimau bintang makan ular sawa

Kisahnya bermula apabila seekor harimau bintang jantan yang lebih muda datang untuk merampas hasil tangkapan si betina. Si jantan merampas dengan menggigit kuat salah satu hujung ular tersebut. Bahagian ekor atau kepala tidak dapat dipastikan. Apa yang pasti, kedua-dua bahagian masing-masingnya telah digigit oleh dua ekor harimau bintang yang tamak ini. Perebutan berlangsung selama setengah jam di tengah hutan simpan Afrika Selatan.

Buffered Earnings Nuffnang Paling Kool

>> 27 February 2012

Ini cerita pasal buffered earnings a.k.a BE blog aku. Sebenarnya sudah lama blog ini tidak menikmati BE. Lebih 3 bulan rasanya. Langsung membantutkan impian aku untuk cash out ganjaran dalam akaun nuffnang buat kali pertama. Berkat kesabaran menanti, tiba-tiba ada satu kempen masuk blog aku. Sudah lebih seminggu dah ni. Harapnya lama lagilah kempen ni bermain dalam blog ni.

Sejak hari kejadian, setiap hari aku nak masuk website Nuffnang sebab nak tengok berapa sen yang naik. Alhamdulillah, banyak ni yang telah terkumpul setakat ni...

Kenapa Manusia Mati Dengan Mata Terbeliak?

>> 24 February 2012

Pernahkan anda melihat orang nazak dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Jika belum pernah, elok jika anda berusaha untuk melihatnya sebelum anda menemui ajal anda sendiri. Melihat orang mati dapat mententeramkan nafsu buas yang berkocak. Melihat orang mati juga membuatkan kita tersedar agar jangan lalai serta leka dengan kehidupan dunia.

Jika anda biasa melihat orang mati, anda tentu pernah melihat orang yang mati dengan keadaan matanya yang terbeliak. Tahukah anda kenapa? Berikut adalah jawapannya:

Hadith:

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: Tidakkah kamu lihat apabila seorang manusia mati, matanya terbeliak ke atas? Jawab mereka, Ya kami melihatnya, ya Rasulullah. Sabda baginda lagi: Hal itu terjadi kerana penglihatannya mengikut rohnya ketika roh itu pergi.

Kerjasama Ibu Dan Anak Gajah Untuk Terus Hidup

>> 23 February 2012


Belalai seekor gajah telah digigit oleh seekor buaya. Walaupun saiz gajah yang lebih besar berbanding buaya, ia tidak menghalang si buaya untuk terus menggigit.


Rabu Yang Bisu #32 - Pandang Depan

>> 22 February 2012

Nasib Md Rahim Jatim Yang Menghidap Penyakit Misteri

>> 19 February 2012

Kali pertama aku tahu berita ni masa cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Ada terselit dalam berita di TV9. Memang terkejut dengan apa yang disampaikan pemberita masa tu. Seorang rakyat Malaysia menghidap sejenis penyakit kulit 'misteri'. Ditambah dengan adanya visual, memang sedih tengok keadaan beliau. Aku dah cuba mencari klip video pasal ni dalam internet tapi tidak ketemuan.

Tapi, aku dah masukkan petikan-petikan akhbar yang sudah menyiarkan berita mengenai kes tersebut. Untuk pembacaan lanjut, klik link yang disertakan. 

MARANG – "Tolonglah bantu bapa saya, dia ingin untuk berjalan normal semula," demikian permintaan seorang anak, Mohd Amirul Md Rahim, 19, yang merayu simpati orang ramai demi menamatkan penderitaan ditanggung bapanya sejak lima tahun lalu.


Bapa Mohd Amirul, Md Rahim Jatim, 57, dari Kampung Jerung Seberang, Pengkalan Berangan di sini, sebelum ini menderita penyakit kulit misteri, dan kini terpaksa pula berkerusi roda selepas kaki kirinya cedera ditimpa sebatang pokok lima tahun lalu. - sambung baca di Sinar Harian

Guna Sabit Untuk Potong Rambut

>> 18 February 2012

Terdapat satu teknik yang menggunakan sabit untuk memotong rambut di sebuah kampung di China. Ia kelihatan sangat menakutkan dan sangat berbahaya. Tidak dinafikan, orang yang sedang dipotong rambutnya itu mestilah mempunyai kepercayaan yang tinggi kepada pemotong bersabit tersebut.


Cara & Kepentingan Beristinjak Dengan Betul

Istinjak adalah membersihkan apa-apa yang telah keluar dari suatu jalan (di antara dua jalan: qubul atau dubur) dengan menggunakan air atau dengan batu atau yang sejenisnya (benda yang bersih dan suci). - Yayasan Al-Hanif

Dalam bahasa tempatan lebih popular dengan istilah "basuh kencing" atau "basuh berak". Jadi, bagaimana caranya membersihkan kemaluan dengan betul?

Lelaki:
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem 2 atau 3 kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar. Selepas itu, urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.

Wanita:
Apabila membasuh kemaluan, pastikan dicuci bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja, ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Kisah Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi

>> 16 February 2012

Sebagai renungan kepada yang masih hidup. Sebuah kisah benar yang diceritakan semula di dalam blog Anak Pendang Sekeluarga.

Pada 4 Mei 2010 (Selasa, pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) telah meninggal dunia kerana lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut jemaah tabligh ke pedalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di daerah Beluran, lebih kurang 2 1/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu.

Kami berusaha membawa balik mayat ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya dibawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan dibuka, saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik (husnul khatimah).

Rabu Yang Bisu #31 - Masih Ada Harapan

>> 15 February 2012

T-Shirt Harimau Malaya Untuk Tempahan

Mencari t-shirt Harimau Malaya yang cool untuk dibeli? Seorang sahabat aku ada design satu t-shirt dan dengarnya mendapat sambutan yang agak baik.  Disebabkan sambutan yang diterima, cetakan kali kedua akan dilakukan. Jadi, jika ada yang berminat untuk membuat tempahan, bolehlah baca langkah-langkah di bawah.

Klik kiri pada gambar untuk lebih jelas.

Akibat Mencuri Kabel Elektrik

>> 13 February 2012

Bahayanya masing-masing sudah sedia maklum. Tapi masih ada golongan yang berani mati melakukannya. Dan akibat daripada berani yang tidak bertempat itu, tuan badanlah yang merasa. Inilah salah satu kegagalan operasi mencuri kabel yang telah berlaku. Habis rentung!


Penangkapan Ikan Yu Gergasi Oleh Nelayan Pakistan

>> 11 February 2012

KARACHI - Seekor ikan yu gergasi yang ditangkap pada Selasa lalu oleh sekumpulan nelayan 128.74 kilometer di luar pantai Pakistan dibeli pada harga AS$2,200 (RM6,614) oleh seorang penjual ikan dikenali sebagai Qasim untuk dipamerkan kepada orang ramai selama tiga hari.

"Saya telah membeli ikan itu yang pada kebiasaannya tidak mempunyai kepentingan nilai komersial, dengan bantuan rakan-rakan saya hanya untuk menghargai usaha-usaha para nelayan yang sepatutnya mendapat sedikit ganjaran selepas menghabiskan masa satu hari di laut terbuka," kata Qasim seperti dilaporkan akhbar Pakistan Dawn.

Menurut akhbar The Express Tribune semalam, orang dewasa yang ingin melihat ikan yang dianggarkan seberat 7,013 kilogram dan sepanjang 12.19 meter itu dikenakan bayaran manakala kanak-kanak dibenarkan melihatnya dengan percuma.

Cerita Di Sebalik Gambar Pasangan Berkepit Di Tanah Suci

>> 10 February 2012

Ada satu email menarik yang rasanya patut dikongsi bersama yang lain. Pernah tengok gambar berkepit di tanah suci seperti di bawah ni tak? Kali pertama tengok, timbul juga rasa pelik. Nak jatuhkan hukum pun aku tak tahu sangat sebab aku tengok gambar ni pada mulanya di facebook. Hanya gambar dan beberapa ayat negatif pasal gambar ni.


Selepas tengok gambar kedua, baru aku mula perhatikan bahagian yang dianak-panahkan tu. Sebelum ni memang tak perasan langsung pasal tu. Perasan tak?

Puak Pribumi Ini Dilayan Seperti Haiwan Dalam Zoo

Media British melaporkan puak pribumi di Kepulauan Andaman di India telah dilayan seperti haiwan di dalam zoo untuk dipertontonkan kepada pelancong. Mereka perlu menari dan menyanyi kepada pelancong sebelum diberikan makanan.


Pihak pemerhati mendedahkan sebuah klip video tidak bertarikh yang memaparkan wanita Jarawa di Kepulauan Andaman dilayan seperti haiwan. Masalah lebih buruk apabila pihak polis tempatan disogok supaya tidak mengambil sebarang tindakan kepada para pelancong. Pada asalnya, pihak polis bertanggungjawab menghalang aktiviti tidak bermoral ini. Salah satunya dengan tidak membenarkan pelancong mengambil gambar puak pribumi kerana mereka mudah dipergunakan apabila pelancong menawarkan makanan kepada mereka.

Rabu Yang Bisu #30 - Jangan Picit

>> 08 February 2012

Punca Dompet Atau Barang Hilang Sekelip Mata

Pernah tersenarai sebagai mangsa kecurian? Masa di asrama dulu, aku pernah kena. Telefon bimbit yang baru dibeli tak sampai sebulan hilang daripada simpanan. Almari bilik aku kena selongkar. Aku pun satu, tak kunci sebab berlagak senior masa tu. Entah siapa yang angkat pun masih belum diketahui.

Peringatan buat semua, bukan setakat kunci dikala berjauhan je. Kalau mende tu ada dengan kita pun, kena berhati-hati. Macam dalam aksi di bawah ni. Pantang lepa...


Mana Budak Perempuan Itu?

>> 06 February 2012

Apalah nasib kalau tiba-tiba kena macam ni? Tengah memandu, tiba-tiba kena tahan polis. Bukan seorang dua polis tapi ramai. Dalam ramai-ramai tu, semua mengacukan pistol ke arah korang. Nak menangis gak ke?


APAN menambah : Baru lepas tukar template blog. Tapi rasanya agak berat berbanding dulu. Padahal semua widget sama je. Nantilah aku cek dulu. Kesulitan kepada pengunjung blog ni amat dikesali...

Amalkan Semasa Menyikat Rambut

>> 03 February 2012


Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut.

Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri kerana ia akan melemahkan jantung.

Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang.

Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.

Sumber : al-insan

Teringat dulu mak tolong sikatkan rambut sebelum pergi sekolah. Belah tepi lagi. Bila semakin besar, belahnya bukan di tepi dah tapi di tengah. Sekarang, sikat sudah tidak digunakan. Jari-jari mengambil tugas sebagai sikat. huhu...

Rabu Yang Bisu #29 - Muhasabah Diri

>> 01 February 2012

Highlight : Manchester United 2-0 Stoke City (EPL)

Perlawanan liga selepas kekalahan kepada Liverpool dalam Piala FA hujung minggu lalu. Namun, Man Utd tetap menang dengan 2 jaringan kedua-duanya daripada sepakan penalti. Lebih membanggakan, United kini berkongsi mata dengan pendahulu liga sebelum ini selepas Man City tewas kepad Everton.

Darron Gibson yang sebelum ini bersama United telah berpindah ke Everton semasa musim perpindahan Januari baru-baru ini telah menjaringkan gol kemenangan Everton. Terima kasih Gibson. haha...

Sorotan perlawanan seperti di bawah;


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP