30 Kematian Pemain Bola Sepak Di Atas Padang (Part 1)

>> 31 March 2012

Insiden yang menimpa Fabrice Muamba pada pertengahan bulan Mac lepas mengingatkan banyak pihak kepada kematian pemain-pemain bola sepak sebelum ini. Dalam kejadian tersebut, Muamba tiba-tiba rebah di tengah padang dalam perlawanan suku akhir piala FA menentang Tottenham. Kini, keadaannya semakin beransur pulih dan kalau tak silap, masih di bawah pemantauan perubatan.


Disebabkan insiden itu juga, aku berminat untuk berkongsi senarai 30 pemain bola sepak sepanjang zaman yang meninggal dunia disebabkan bola sepak. Kematian mereka kebanyakannya disebabkan serangan dan kegagalan jantung di samping beberapa kes disebabkan kecederaan yang dialami dan faktor alam sekitar seperti petir. 

Hukum Memandulkan Kucing Peliharaan

>> 30 March 2012

Ramai sangat yang aku tengok sukakan kucing. Aku bukan benci, cuma tak berapa minat lagi nak bela atau mengaku aku ada kucing. Bukan kerana faktor keturunan sebab ahli keluarga aku yang lain pun fanatik kucing.


Sesiapa yang ada bela kucing, pernah mandulkan kucing korang tak? Tahukah anda akan hukum perbuatan memandulkan kucing tersebut? Kalau tak tahu dan berminat untuk ambil tahu, bolehlah tengok video Ustaz Azhar Idrus di bawah - hukum memandulkan kucing dalam Islam.

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan April 2012

>> 29 March 2012


Dengan harapan aku boleh sampai pada 16/4/2012 (Isnin) - Masjid Saidina Ali Bukit Sekilau, Kuantan. Insyaallah :)

Buatan Malaysia: 10 Ragam Pemilik Kereta

Lambakan gambar ragam manusia di atas muka bumi membuatkan aku tertarik untuk mula mengumpul gambar-gambar menarik sebagai perkongsian di dalam blog ini. Semua gambar diperolehi daripada pelbagai sumber dan kebanyakannya mungkin pernah dilihat oleh kita semua.


Untuk versi pertama, 10 gambar berikut menjadi pilihan. Ragam-ragam pemilik kereta di Malaysia menonjolkan kewujudan kereta mereka di atas jalan raya.

Rabu Yang Bisu #37 - Tarik Ansur

>> 28 March 2012


Kelahiran Seekor Semut

Bagaimana seekor semut dilahirkan? Dalam kebanyakan spesies semut, hanya ratu semut yang bertelur. Jantan 'market' yang mengawan dengan si ratu kemudiannya akan mati, dan si ratu hanya akan mengawan sekali.


Semut pekerja bertugas mengumpul telur serta menjaga larva dan pupa. Pupa ialah kokun yang kelihatan seperti beras. Amat penting untuk ratu semut menghasilkan telur sebanyak mungkin kerana jangka hayat semut pekerja secara puratanya 2 hingga 3 minggu sahaja. Jadi, mereka perlu diganti untuk mengekalkan kelangsungan koloni.

Semut pekerja mula mengeluarkan pekerja baru.

Resepi Masak Monyet Daripada Chef Congostan

>> 26 March 2012

Congostan mungkin juga dirujuk sebagai Republic of the Congo. Jarang sekali dengar penggunaan nama 'Congostan' selain digunakan dalam filem P. Ramlee yang mana satu entah.


Makanan rakyat Congo banyak yang pelik-pelik. Mereka sering makan semut yang dibuat 'rubarb', sos semut dan sesekali mereka akan keluar berburu untuk menangkap beberapa ekor monyet. Primate ini akan disalai masak dagingnya sebelum dicampurkan bersama sos semut untuk dimakan. Ini adalah cara makan yang difikirkan terbaik bagi mereka. Gambar-gambar hidangan eksotik ini seperti di bawah. Jangan terliur sudahlah.

Teguran Potong Rumput Daripada Jiran Sebelah

Itulah tindakan yang difikirkan terpaksa diambil oleh jiran aku. Dia lagi prihatin sebab rumput di belakang rumah sewa aku semakin menggunung tinggi. Tak salahlah kalau nak prihatin, cuma kenapa kalau bab-bab gini, muka aku je yang jadi mangsa. Mengikut rekod, ini kali kedua aku ditegur pasal potong rumput. Dua orang lagi rakan serumah, sentiasa bernasib baik.

Jadi, membersihkan rumput di halaman belakang rumah menjadi salah satu aktiviti penting di hujung minggu. Malas nak upah orang mesin sebab rasa macam mahal sangat. Halaman sekangkang macam tu pun kena RM50. Ditambah gaji sektor swasta macam aku yang belum masuk lagi. Potong sendiri sudah...

Pemandangan sebaik pintu dibuka.

Aksi Terlampau Si Tembam Lu Hao

>> 24 March 2012

Lu Hao dilahirkan pada 1 April 2008 (menurut satu sumber di Facebook). Dia berjaya mencuri perhatian beberapa pihak disebabkan mempunyai badan yang terlalu sihat berbanding kanak-kanak lain. Semasa dilahirkan, beratnya hanya 2.6 kg. Mungkin berat normal kepada bayi yang dilahirkan. Aku tak tahu sangat normal ke tak sebab belum beranak lagi.

Menurut ibu bapanya, beratnya naik mendadak ketika Lu Hao berusia 3 bulan. Dia dikatakan mampu menghabiskan 3 mangkuk nasi untuk sekali makan setiap hari. Tak peliklah dia boleh dapat badan yang sihat macam ini. Moh tengok beberapa gambar kekembungan adik ini.

Ibu bapanya sudah berusaha untuk memastikan dia sentiasa aktif. Antara yang dilakukan ialah dengan membawanya berjalan-jalan dan bermain bola keranjang.

Mana Satukah Kita, Lalat Atau Lebah?

>> 23 March 2012

Dalam kalangan manusia ada 2 jenis mata - mata lalat dan mata lebah.

Mata lalat: Cuba perhatikan lalat yang terbang di taman bunga yang indah. Apakah yang ia lakukan?
Walaupun di taman yang penuh dengan bunga-bungaan dan pepohon yang cantik, ia tetap akan mencari makanan yang kotor.

Mata lebah: Cuba perhatikan pula lebah yang terbang di kawasan pembuangan sampah. Apakah yang ia lakukan?
Ia tetap akan mencari bunga yang wangi untuk dijadikan makanannya.

Apakah kita daripada jenis mata lalat yang hanya mencari kelemahan orang lain? Adakah kita mahu menjadi seperti lalat yang mencari makanan kotor, kemudian hinggap pula pada sajian manusia dan seterusnya membawa mudarat pada yang memakannya?

Koleksi Cerita Ular Banyak Kepala

>> 21 March 2012

Berapa banyak kepala yang korang pernah tengok terdapat pada seekor ular? Aku belum bertuah untuk tengok ular lebih daripada satu kepala depan mata aku sendiri. Bukan meminta, cuma nak khabo kejadian macam ni amat jarang-jarang berlaku.

Kalau seekor ular mempunya 2 kepala, mungkin boleh diterima akal lagi. Banyak juga kes dan gambar yang boleh dijumpai dalam internet pasal ular berkepala 2. Tapi, bila ada cerita yang kononnya ada ular berkepala lebih daripada 1 atau 2, boleh menjadi tanda tanya kepada ramai pembaca.

Cerita ular berkepala 3 - Sudah tentunya di India. Hasil daripada carian di internet, ada juga yang menulis di Singapura. haha...

Rabu Yang Bisu #36 - Mengenal Kapitalisma

Sambungan Kisah Mayat Berjalan Di Toradja, Indonesia

>> 20 March 2012

Aku rasa ramai yang pernah baca kisah mayat berjalan pulang di Toradja, Indonesia. Aku pun pernah kongsi pasal tu sebelum ni. Cuba cek entri Mayat Berjalan Pulang ni. Ada satu gambar je dalam tu. Tapi, baru-baru ni aku ada dapat maklumat baru pasal mende ni. Bagusnya, sebab banyak gambar. Tak payah susah-susah nak mencari.

"Di Indonesia, mayat-mayat pergi ke kubur dengan sendirinya". Berbeza dengan entri sebelum ini yang mengatakan mayat berjalan pulang dari kubur, sumber yang ini pula mengatakan mayat berjalan pergi ke kubur. Mana satu nih? Layankan dulu...


Satu sebab yang diberikan ialah kerana tanah perkuburan terletak jauh di pergunungan. Jadi, penduduk tempatan telah menggunakan sejenis ilmu hitam untuk merealisasikan amalan ini.

Fabrice Muamba Rebah Ketika Beraksi

>> 19 March 2012

LONDON: Pemain bola sepak Bolton, Fabrice Muamba kini berada dalam keadaan kritikal di hospital selepas rebah ketika beraksi untuk kelabnya menentang Tottenham pada suku akhir Piala FA kelmarin. Pemain kelahiran Kinshasa berusia 23 tahun itu dikejarkan ke hospital selepas insiden yang mengejutkan di penghujung babak pertama di White Hart Lane Sabtu lalu apabila Muamba yang beraksi di posisi tengah secara tiba-tiba terjatuh.

Beberapa anggota paramedik dilihat berusaha memberikan bantuan kepada pemain itu sebelum dia diusung keluar selepas perlawanan masuk minit ke-41 dengan kedudukan ketika itu 1-1. Muamba yang memakai topeng oksigen sambil diiringi anggota paramedik dan perubatan Bolton meninggalkan padang.

Pengadil Howard Webb mengarahkan pemain-pemain meninggalkan padang sebelum pengumuman pembatalan perlawanan itu dibuat. Dalam satu kenyataan bersama Bolton dan Hospital London Chest semalam, Muamba masih dirawat di unit rawatan rapi.

Pembaca Berita Terkentut Depan Kamera

>> 18 March 2012

Pakar Perubatan Greek, Hippocrates pernah menyifatkan kentut adalah proses penting untuk kesihatan. Justeru, jangan malu kerana kentut. Setiap orang kentut. Tanpa kentut, anda sebenarnya mungkin berhadapan dengan masalah kesihatan.

Dalam definisi perubatan, kentut adalah sebahagian daripada lebihan gas dalam perut atau usus. Ada kala lebihan gas ini menyebabkan anda berasa tidak selesa seperti perut kembung, sendawa atau kentut. Kebanyakan orang melepaskan gas berlebihan ini 14 kali sehari, tidak kiralah sama ada sebagai kentut atau sendawa. - Berita Harian Online


2 Orang Gadis Dikejar Perogol

Ada 2 orang gadis. Salah seorang daripada mereka berfikir menggunakan matematik (M) dan seorang lagi berfikir menggunakan logik (L). Mereka berdua berjalan pulang melewati sebatang jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan…

M: Adakah kamu perasan ada seorang lelaki sedang mengikut kita sejak tiga puluh lapan setengah minit yang lalu? Saya kuatir dia ada niat jahat.

L: Itu hal yang logik. Dia ingin memperkosa kita.

M: Oh, tidak! Dengan langkahan seperti ini, dalam masa 15 minit, dia mampu menangkap kita. Apa yang harus kita lakukan?

L: Hanya ada 1 cara logik yang harus kita lakukan iaitu berjalan lebih cepat.

M: Itu tidak banyak membantu, macam mana ni?

L: Tentu saja ia tidak membantu. Logiknya, kalau kita berjalan lebih cepat dia juga akan mempercepatkan langkahnya.

M: Jadi, apa yang harus kita lakukan? Dengan langkahan kita seperti ini, dia mampu menangkap kita dalam masa dua setengah minit.

L: Hanya ada satu langkah logik yang harus kita lakukan. Kamu ikut jalan yang ke kiri dan saya ikut jalan yang ke kanan. Sehinggalah dia tidak boleh mengikut kita berdua dan hanya salah seorang yang akan diikut olehnya.

Hukum Pakai Cincin Nama Allah

>> 16 March 2012

Aku tertarik dengan satu gambar yang dikongsi oleh membe aku di Facebook. Ada stok cincin perak untuk dijual. Lebih menarik sebab ada nama ALLAH dan MUHAMMAD pada cincin tersebut.


Doa Penyakit-penyakit Mata

Sekiranya kita mempunyai masalah mata, amalkanlah membaca doa ini. InsyaAllah (dengan izin Allah) membantu memulihkan penyakit mata. Semoga Allah juga menyingkap mata kita untuk melihat kebenaran.


Bagaimana Proses Buang Lemak Dalam Badan?

Kepada yang mengalami masalah obesiti atau kegemukan, gambar-gambar berikut mungkin boleh meningkatkan motivasi diri untuk mengawal nafsu makan anda. Ngeri aku tengok. Geng slim atau kurus, jangan terlalu selesa. Kita pun tak terkecuali boleh jadi macam ni. Tambah-tambah lepas kecewa menonggeng sebab ditinggalkan kekasih. Beringat sebelum terlambat. Pandai betul aku nasihat orang, rokok hisap semacam.

Moh layan gambar-gambar proses membuang lemak di bawah seperti yang terdapat dalam Amazing Gila.


Rabu Yang Bisu #35 - Special Secret

>> 14 March 2012

Ayam Ini Hidup 18 Bulan Tanpa Kepala

Seekor ayam jantan yang diberi gelaran Mike dilaporkan pernah hidup selama 18 bulan tanpa kepala. Kisahnya bermula pada tahun 1945 apabila pasangan petani di Fruita, Colorado berniat menyembelih beberapa ekor ternakan mereka. Mereka kemudiannya mengapak Mike seperti yang dilakukan kepada ayam lain. Selepas itu, Mike bangun seperti tiada apa yang berlaku.

Mike, ayam jantan tanpa kepala.

Kim Jong-il Tiruan - Kim Young-sik Dan William Cheong

>> 13 March 2012

Kim Jong-il ialah pemimpin tertinggi Korea Utara dari tahun 1994 hingga 2011. Beliau meninggal dunia pada 17 Desember 2011 akibat serangan jantung. Sejak zaman pemerintahan Kim Jong-il lagi, telah wujud DUA orang klon 'Dear Leader' ini di atas muka bumi. Berikut antara kisah dan gambar-gambar menarik mereka yang dimaksudkan. Ada yang rasa beruntung memiliki iras seorang pemimpin Korea Utara ini, dan ada juga yang sebaliknya. Mari hati ke hati bersama Kim Young-sik dan William Cheong.

Kim Young-sik
Kim Young-sik ialah seorang pengukir di ibu negara Korea Selatan, Seoul yang telah 'menyamar' sebagai pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il. Banyak pihak menyamakan beliau dengan pemimpin tertinggi Korea Utara itu, lantas beliau mendapat peluang untuk berlakon dalam filem, rancangan televisyen serta iklan komersial.

Beliau pernah tampil dalam rancangan TV Jepun, iklan komersial coklat di Timur Tengah dan sebuah filem Korea Selatan, The Rose of Sharon Blooms Again tahun 1995.

Kiri: Kim Young-sik; kanan: Kim Jong-il

Double A Sudah Ditukar Menjadi Single A

>> 12 March 2012

Hari ni aku ke Pejabat Pos Besar Kuantan untuk membuat kiriman poslaju T-Shirt Harimau Malaya. Tak ramai pun pembeli jarak jauh, banyak orang terdekat je yang beli. Papepun, terima kasih kepada mereka yang sudi membeli.

Dan ini apa yang aku nak kongsikan bila aku parking motosikal di dalam kawasan pejabat pos tadi...

Selepas: Ditangkap pada 12 Mac.

Gambar Yang Diambil Tepat Pada Masanya (Versi Angker)

Kalau berani, cuba tengok gambar-gambar di bawah. Bukan apa, takut nanti ada yang tak boleh nak tidur malam, takut nak buang air atau trauma je. Bukan sebab aku prejudis kepada kaum wanita ye. Saya suka perempuan! Cuma nampak macam over sangat mereka ni.



Video Blooper Astro Awani Masuk The Ellen Show

>> 11 March 2012

Mesti ramai yang dah tengok satu video pasal 'keterlanjuran' seorang kru Astro Awani masuk ke set berita yang sedang bersiaran langsung. Video "when a guy walks onto a LIVE news set" yang dimuatnaik di YouTube kini telah diprivasikan oleh pemilik akaun video tersebut. Mungkin kerana isu hak cipta atau sebagainya.

Itu bukan penghalang untuk kita menonton insiden itu kembali kerana ianya telah dikongsi dalam sebuah rancangan bual bicara popular, The Ellen DeGeneres Show. Tak percaya, tengoklah video di bawah ini. Aku tahu ni pun setelah dikongsi dalam nurizspace. Tq sis!


Review Bunohan: Masih Tak Faham

>> 10 March 2012

Niat di hati ingin menonton This Means War sebab ramai membe aku yang dah tengok kata cerita ni best bangat. Tapi bila ke kaunter tiket, aku dimaklumkan cuma ada satu tayangan je sehari untuk cerita ni. Mungkin sebab cerita ni dah lama tayang.

Disebabkan banyak sangat pujian yang diberikan kepada filem Bunohan, aku dan abang aku pun pilih untuk tengok cerita ni. Nak tahu juga tang mana yang depa dok puji sangat tuh. Lebih kepada aku yang nak tengok sebab abang aku mula-mula suggest tengok satu lagi filem tempatan yang sedang ditayangkan, Seefood.


Demonstrasi Ikan Duyung Di Bukit Bintang

>> 09 March 2012

Orang ramai di kawasan Bukit Bintang ternganga apabila sekumpulan '4 ekor ikan duyung' bergelimpangan seksi dalam warna kelabu di bawah panas mentari tengahari pada 7 Mac yang lalu. Mereka sebenarnya ahli kepada People for the Ethical Treatment of Animals (PETA), satu organisasi antarabangsa yang memperjuangkan hak asasi binatang. Beberapa slogan dibawa untuk menggalakkan orang ramai tidak makan ikan dalam demonstrasi itu.

Jurugambar mengambil gambar ahli PETA yang berpakaian sebagai duyung semasa demonstrasi pro-vegetarian di Kuala Lumpur, 7 Mac 2011. - Gambar oleh Jack Ooi.

Seperti kebiasaannya, ramai pemandu yang melalui persimpangan antara Jalan Sultan Ismail dan Bukit Bintang memperlahankan kenderaan masing-masing sambil memanjangkan leher mereka untuk menyaksikan tayangan percuma ini. Pada masa yang sama, ahli-ahli PETA yang lain mengedarkan risalah pro-vegetarian kepada orang ramai di sekitar kawasan tersebut.

7 Perkara Yang Saya Akan Buat Sebelum Mati

Ada apa dengan 'tag'? Memang bukan kegemaran aku terjebak dalam gejala tag. Dulu, meriah giler gejala ini. Banyak juga tag daripada tuan blog lain tapi satu tag je yang pernah dijawab dan dikongsi dalam blog ini. Entri ber-tag bertarikh 18 Jun 2010. Tak tahu la kalau aku terlupa entri ber-tag yang lain. Aku rasa satu ni je kot.

Dalam keberlagakan aku, aku tertunduk kepada satu 'harapan' daripada bro Yastro - "7 Perkara Yang Saya Akan Buat Sebelum Mati". Aku sependapat dengan bro Yas pasal kelainan yang ada kali ini. Kalau tak, memang tak akan dijawab kot. haha...


7 Perkara yang saya akan buat sebelum mati:

Gunung Rushmore Melahirkan Gunung Hokage

>> 08 March 2012

Gunung Rushmore di Amerika Syarikat telah diisytiharkan sebagai monumen kebangsaan pada tahun 1925. Fakta yang lebih menarik adalah ia telah diisytiharkan sebagai sebuah monumen kebangsaan walaupun sebelum pembinaannya bermula iaitu pada tahun 1927. Ia terletak di Black Hills, bahagian barat daya Dakota. Wajah 4 orang presiden Amerika Syarikat telah dipahat pada permukaan batu-batu bukit. Mereka ialah George Washington, Thomas Jefferson, Abraham Lincoln dan Theodore Roosevelt.


Ukiran wajah-wajah presiden diukir kira-kira 150 meter dari aras lembah dan ketinggian setiap ukiran wajah adalah kira-kira 20 meter. Kos bagi keseluruhan projek adalah satu juta dolar. Satu jumlah yang dikatakan kecil berbanding nilai budaya yang terdapat pada monumen ini.

Rabu Yang Bisu #34 - Double A

>> 07 March 2012

Aksi Meyakinkan Seekor Kambing Meluncur Air

Seekor kambing dilihat mesra bersama tuannya di sebuah pantai di California. Lebih tepat untuk mengatakan yang kambing atau tuannya ini 'buang tabiat' apabila ia sebenarnya dibawa untuk meluncur air.


Masalah Kongsi Link Blog Di Facebook

>> 06 March 2012

Facebook merupakan salah satu sumber trafik utama kepada blog ini. Dengan adanya page blog KONGSA KONGSI di Facebook, sedikit sebanyak dapat menarik masuk pembaca dari sana. 

Bukti trafik daripada Facebook.

Pengguna Facebook yang telah like page ini mungkin tertarik dengan gambar atau tajuk pada link yang telah dikongsi. Aku tak kisah sangat kalau tak ada yang like atau komen link yang dikongsi dalam tu. Janji link tu boleh bawa masuk pembaca.

Bandar Sampah Di Mesir

>> 05 March 2012

Gambar-gambar berikut merupakan pemandangan di sebuah bandar di Kaherah, Mesir. Manshiyat Naser atau Garbage City ialah penempatan setinggan yang terletak di Mokattam Hill, pinggir bandar Kaherah dan tidak jauh dari pusat peranginan mewah lima bintang. Beribu-ribu rakyat Mesir hidup di 'Bandar Sampah' ini walaupun dikelilingi oleh timbunan sampah yang banyak.


Sumber ekonomi utamanya ialah aktiviti pengumpulan dan kitar semula sampah. Walaupun kawasan ini mempunyai jalan raya, kedai-kedai dan pangsapuri seperti di kawasan bandar lain, ia sebenarnya kekurangan infrastruktur dan sering menghadapi masalah air, saliran kumbahan atau elektrik.

LTdL 2012: Pekan-Chukai Dan Jalan Beserah

>> 04 March 2012


Tanggal 2 Mac 2012, perjalanan sejauh 100.8 km terpaksa dilalui oleh para peserta LTDL dari Pekan, Pahang ke Chukai, Terengganu. Aku sempat turun melihat suasana perlumbaan peringkat ke-8 ini sebab Jalan Berserah termasuk dalam laluan. Jarak yang dekat dan kerja yang tak berapa nak ada di pejabat merangsang aku mengikut membe sekerja yang lain untuk mengular.

Jalan ditutup kepada kenderaan awam. Lokasi: di hadapan Tunas Manja Jalan Beserah. Persimpangan lampu isyarat yang jaraknya dalam 150 meter di hadapan dibuka untuk satu arah sahaja.

Review Adnan Sempit 2: Transformasi Untuk Menjadi Ahli Koperasi

>> 03 March 2012

Andaian awal aku, filem ni tak best. Mesti pengarah dah tak ada modal nak buat lawak. Semua lawak dah dimasukkan dalam trailer. Kalau pergi tengok, ibarat dok ulang tengok mende yang sama. Bila tengok mende yang sama, lawak macam mana pun dah jadi tak berapa lawak...Itu andaian awal aku.

Disebabkan maklum balas yang positif daripada beberapa orang terdekat dan penulis blog, aku pun pergi tengok filem ni. Sedikit sebanyak, penulisan atau percakapan kita berkenaan sesuatu subjek itu boleh membantu orang lain. Itu pasal aku pun nak kongsi mende yang sama.

Adnan Sempit 2 lebih kelakar daripada Adnan Sempit sebelum ni. Lawak setiap pelakon pun best. Dengan ayat dan sebutan Inggeris yang berterabur, cakap dua tiga patah pun dah boleh buat orang ketawa. Biasanya aku prejudis kepada beberapa watak sampingan. Lawak dorang kompem failed. Tapi berbeza dalam filem ni. Cuma tak berkenan dengan seorang raja lawak tu je. haha...

Promo Panggung Sabtu TV3 Bulan Mac

>> 02 March 2012

Sebelum ini, slot Panggung Sabtu di TV3 ada menghasilkan satu klip promo untuk bulan Februari 2012. Klip itu berjaya menarik perhatian ramai penonton kerana menggabungkan lagu rock kapak Melayu dalam potongan-potongan filem Hindustan. Untuk bulan Mac, satu lagi klip promo yang menggunakan konsep sama telah dihasilkan. Kali ini, lagu Tiada Lagi Kidung Mu daripada Lefthanded pula menjadi pilihan.

Promo Panggung Sabtu TV3 Bulan Mac

Apa Itu Khunsa?

>> 01 March 2012

Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini Allah ciptakan sebagai sebahagian bukti kekuasaan Allah. Mereka mempunyai ciri fizikal dan naluri istimewa sejak lahir.

pondan, mak nyah, transgender
Gambar hiasan

Dari segi fiqh Islam, golongan khunsa terbahagi kepada dua, khunsa musykil iaitu khunsa yang diragui dan khunsa ghair musykil atau khunsa yang tidak diragui.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP