Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan Mei 2012

>> 28 April 2012


Sumber: UAI

Buatan Malaysia: 10 Ayat Power Pada Kenderaan

>> 27 April 2012


Siri kali ini lebih kurang serupa dengan siri 10 Ragam Pemilik Kereta. Cuma dalam siri 10 Ragam Pemilik Kereta, gambar-gambar lebih kepada modifikasi para pemilik mengubahsuai kereta mereka supaya 'menarik' di jalan raya. 10 gambar kali ini pula menghimpunkan kenderaan standard dengan ayat power. Ikuti luahan hati yang disampaikan melalui 10 kenderaan berikut.

Si Kancil yang mengajak kepada kebaikan. Like!

Jangan Membiasakan Diri Dengan Meminta-minta

>> 26 April 2012

Islam menuntut umatnya supaya bekerja dan berusaha sehingga bebas daripada belenggu kemiskinan. Kemiskinan boleh menggelincirkan iman kerana seseorang yang lemah imannya akan sanggup menggadaikan aqidahnya dengan melakukan pekerjaan yang terlarang serta menuturkan kata-kata yang menolak kebesaran Allah seperti menafikan keadilan Allah dan sebagainya.

Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia merupakan ibadat iaitu selagi ia dilakukan dengan niat yang baik dan tidak melanggar hukum-Nya. Rezeki yang berkat adalah rezeki yang dicari dengan titik peluh sendiri, bukan dengan cara menunggu pemberian daripada orang lain seperti meminta sedekah, derma dan sebagainya sedangkan tubuh badan masih lagi kuat dan sihat. Hal ini amat dilarang keras oleh Islam kerana ia merupakan perbuatan yang memalukan dan menghinakan.

Rabu Yang Bisu #40 - Pegawai PTPTN

>> 25 April 2012


Keunikan Bibir Kaum Wanita Puak Mursi

>> 23 April 2012

Puak Mursi (juga dikenali puak Murzu) ialah suku kaum Afrika dari kawasan terpencil Debub Omo Zone di selatan Ethiopia, berhampiran dengan sempadan Sudan. Terdapat kira-kira 10,000 orang ahli dalam puak Mursi. Tidak seperti beberapa puak gembala Afrika yang lain, puak Mursi tidak berpindah randah atau nomad.


Kebanyakan mereka masih mengamalkan animisme dan hanya sebilangan kecil beragama Kristian. Satu amalan 'menarik' para gadis dan wanita puak Mursi adalah memakai plat di bibir bawah mereka seperti yang diamalkan oleh beberapa suku kaum Amazon seperti puak Suya dari kawasan Sungai Xingu di Brazil. Walau bagaimanapun, dalam amalan puak Suya Amazon, kaum lelaki yang memakai plat bibir dan sebaliknya dalam amalan puak Mursi Afrika. Hanya kaum wanita yang memakai plat bibir setelah bibir bawah mereka diregangkan supaya plat yang biasanya dibuat daripada tanah liat boleh dimasukkan. Bukan itu sahaja, bahagian gigi bawah mereka turut dicabut supaya lebih menarik. - Mursi Tribe

20 Gambar Pengurus Bola Sepak EPL Semasa Muda

>> 21 April 2012

Selepas siri 30 Kematian Pemain Bola Sepak Di Atas Padang (Part1, Part 2, Part 3), kali ini kita ke entri yang lebih ringan sikit. Ada 20 gambar pengurus bola sepak Liga Perdana Inggeris semasa mereka masih muda - handsome, macho, cute, masculine, nerd? Semua pun ada. haha...


Kebanyakan mereka masih menguruskan pasukan masing-masing di England untuk musim 2011-12 ini dan ada juga mereka yang telah disingkirkan dan meletak jawatan sebagai pengurus pasukan. Pemilihan muka-muka mereka ini berdasarkan availability daripada sumber dan karisma mereka di atas padang menurut pemerhatian aku.

Buatan Malaysia: 10 Gambar Kemalangan Kenderaan


Kemalangan ialah bencana yang berlaku tanpa dapat dijangka oleh mangsa. Dalam kemalangan kenderaan, kecuaian pemandu menjadi antara faktor utama. Perkongsian 10 gambar berikut menunjukkan 10 pemandu yang telah tercuai dalam memandu. Tidak dinafikan, 10 kemalangan berikut mungkin juga disebabkan kecuian pemandu atau pihak lain. Jangan risau, setitik darah pun tiada dalam gambar-gambar ini. Mungkin ada tanda tanya je...

Antara gambar paling mendapat sambutah di page Blog KONGSA KONGSI. Orang Lembah Klang mungkin boleh cam kat mana.

Gambar-gambar Ular Sawa Kenyang Besar

>> 19 April 2012

Menariknya gambar-gambar di bawah sebab kita boleh lihat dengan lebih dekat keadaan ular sawa selepas makan. Selain binatang di hutan, kita sedia maklum akan keupayaan ular sawa untuk menelan manusia. Ada antara gambar ular sawa berikut telah menjadikan manusia sebagai mangsanya.

Untuk makluman, kejadian dalam semua gambar berikut sudah lama berlaku. Melihat kualiti gambar pun kita boleh tahu ini bukan zaman kegemilangan kemera DSLR. Malang sebab penerangan kepada gambar-gambar ini tiada untuk kita tahu kisah sebenar. Aku dah cuba cari, dah habis keyword aku cuba. Lain yang dijumpa. Masing-masing yang sudah kongsikan gambar ini pun tak tahu kisah sebenar.

Kisah 1

Chandra Bahadur Dangi - Manusia Paling Pendek Di Dunia

>> 18 April 2012

Chandra Bahadur Dangi ialah manusia terpendek di dunia dengan ukuran 0.546 m. Dia memecahkan rekod sebelum ini milik Gul Muhammad iaitu manusia dewasa terpendek di dunia. Chandra mendapat perhatian media tempatan selepas seorang kontraktor kayu ternampak kependekannya di kampung. Namun, semua ahli keluarganya mempunyai ketinggian normal.


Chandra telah dianugerahkan gelaran manusia dewasa terpendek pernah dicatatkan selepas ketinggian beliau diambil sebanyak tiga kali dalam tempoh 24 jam. Ketika itu usianya ialah 72 tahun. Usia yang semakin meningkat menyebabkan dia sudah tidak berahi untuk berkahwin lagi.

Dia tinggal bersama lima orang saudaranya di sebuah kampung terpencil di Nepal, kira-kira 400 km dari ibu negara. Dia berharap untuk mengembara ke semua bahagian negaranya dan dunia. Dengan apa yang dimilikinya sekarang, dia mahu membantu menaikkan nama kampung dan negaranya melalui gelaran yang telah diberikan.

Gambar-gambar Chandra Bahadur Dangi:

Huug Bosse Tidak Berhenti Ketawa Selepas Menjalani Pembedahan Pinggul

>> 17 April 2012

Seorang lelaki warga Belanda menjalani pembedahan di bahagian pinggulnya dua tahun lalu. Sejak dari itu, Huug Bosse asyik ketawa, ketawa dan ketawa! Kejadian itu mula disedari setelah dia sukar untuk menahan ketawa. Walaupun isterinya naik menyampah dengan keadaan tersebut, Bosse ternyata tidak dapat berbuat apa-apa. Malah, ketika isterinya marah, dia hanya mampu terdiam sebentar sebelum kembali ketawa.


Sehingga kini pakar perubatan masih 'kebingungan' dengan keadaan Boose tetapi mereka percaya ia mungkin akibat ubat bius yang diberikan kepadanya semasa menjalani pembedahan pada tahun 2010 itu.

Kematian Mengejut Pemain Livorno, Piermario Morosini (Gambar & Video)

>> 16 April 2012

ROME: Semua perlawanan hujung minggu di Itali dibatalkan kelmarin berikutan kematian pemain tengah Livorno, Piermario Morosini, seorang pemain yang dibelenggu kehidupan peribadi penuh tragedi.


Pemain berusia 25 tahun itu, yang dipinjamkan daripada kelab Serie A, Udinese, tumbang di padang ketika perlawanan divisyen dua di Pescara dan kemudian disahkan meninggal dunia di hospital.

Ia meneruskan sejarah tragik keluarganya yang menyaksikan kedua ibu bapa Morosini mati ketika dia masih remaja, selepas itu abangnya yang kurang upaya turut membunuh diri. Dia meninggalkan seorang kakak yang cacat.

Tembak-menembak Dan Tumbuk-menumbuk Dalam 48 Hours Ransom (Filem Pendek)

>> 15 April 2012

Cuba tengok satu video di bawah. Sebuah filem pendek tempatan yang lain dari lain. Jarang orang nak buat aksi tembak-menembak dan tumbuk-menumbuk macam ini. Banyak video lebih kepada komedi dan drama je rasanya. Hasil yang boleh tahan. Kalau broadband dah cecah limit, tengok gambo je pun boleh. Pastu buat-buatlah komen kata best. haha...

48 Hours Ransom

Review Battleship: Perang Antara Manusia Dan Alien Berjari Empat


Dapat juga tengok cerita ni. Nasib baik beli tiket awal, kalau tak 2 jam kena mendongak kepala sambil makan bertih jagung. Gayanya, ramai orang memilih untuk menonton cerita ni. Mungkin sebab maklum balas positif daripada membe terdekat yang dah tengok. Samalah macam aku. Jadi dengki bila ada membe update status di facebook. Tambah pula ada blog, terbaca juga beberapa review filem battleship dalam beberapa blog. Bertambah ghairah untuk tengok dan review dalam blog INI paling mengghairahkan aku.

Agak konfius juga masa nak beli tiket. Apalah beza gambar 2D dengan gambar biasa. Harga pun lari seringgit je. Ikutkan nak pilih 2D, tapi kekosongan kerusi yang ada masa tu agak mendukacitakan. Terus beli yang biasa.

30 Kematian Pemain Bola Sepak Di Atas Padang (Part 3)

>> 14 April 2012


Ini ialah siri terakhir 30 kematian pemain bola sepak di atas padang. Seperti siri sebelum ini, beberapa kisah kematian pemain turut disertakan dengan video. Sebuah kisah pemain dari Malaysia turut disertakan dalam senarai 10 pemain terakhir ini. Ikuti kisahnya di bawah. 

21. Cristiano JĂșnior (5 Disember 2004)

Buatan Malaysia: 10 Ragam Penunggang Motosikal

>> 13 April 2012


Sebelum ini, aku pernah kongsi 10 ragam pemilik kereta dan 10 ragam orang kita dalam menulis. Kali ini, kita tengok pula ragam-ragam orang kita naik motosikal. Tak kiralah samada penunggang atau pembonceng. Janji kesemua gambar mereka ini ditangkap di atas motosikal. Mungkin motosikal sendiri atau hanya motosikal pinjam. Moh layan gambar-gambar berikut. 

Penunggang paling 'kering' sebab berani memperjudikan dirinya sebagai badut. Mungkin on the way pergi atau balik sarkas. 

Tidur Meniarap Tidak Disukai


"Dari Abu Dzar ra, beliau mengatakan, "Suatu hari Nabi saw sedang berjalan melewatiku ketika itu aku tidur secara meniarap atau tengkurap. Maka baginda membangunkanku menggunakan kakinya dan berkata, "Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka." (HR Ibnu Majah)

Budak Kecil Peramah Dalam Surau

>> 12 April 2012

Sampai juga hajat nak pergi solat jemaah Maghrib. Ada 3 pilihan lokasi yang berdekatan rumah sewa aku - 1 surau, 2 masjid. Surau yang aku pergi tadi paling dekat. Dekat-dekat pun, ini kali pertama sampai situ. Kalau di situ ada buat khutbah dan sembahyang Jumaat mungkin akan sampai banyak kali dah. Masa bulan puasa tahun lepas pun belum pernah Tarawih situ.

Bukan apa, kadang-kadang tu aku ada juga kongsi entri yang mengajak kepada kebaikan dalam ni. Tak kan asek nak kongsi je, kalau tukang kongsi sendiri pun tak amal tak guna juga. Macam doa kekal hidayah, Alhamdulillah, sebab setiap kali aku baca doa lepas solat aku akan selitkan doa ni. Lagipun doa tu senang dan pendek je. Selalu sangat dengar pak imam baca sebelum ni tapi jarang sekali baca sendiri. Biasa aminkan je.

Rabu Yang Bisu #39 - Padah Wekang

>> 11 April 2012


Pusat Dobi Layan Diri

Aku dalam proses menghabiskan sisa-sisa hidup aku di rumah sewa sekarang ini sampai hujung bulan. Awal bulan depan, aku akan masuk rumah sewa baru selepas sekian lama mendapat tawaran daripada officemate lain untuk join rumah mereka. Jarak dengan tempat kerja berganda-ganda dekat dan sewa rumah pun semakin murah sebab lebih ramai yang duduk di situ berbanding rumah sewa sekarang.

Dobi Layan Diri Smart Laundry Concept

Sebagai kenangan menyewa di rumah sekarang ini, aku nak cerita aktiviti mingguan yang wajib dilakukan. Kalau tak buat, tak ada la persalinan aku untuk ke office. Setiap hujung minggu, ke sinilah destinasi yang dituju - DOBI. Awal-awal dulu tak tahu pun kewujudan tempat ini. Kalau aku nak dobi, aku hantar kedai dobi biasa je. Dari awal sampai habis, pihak kedai yang setelkan.

Kanzi - Tukang Masak Penuh Bulu

>> 10 April 2012

Kanzi ialah seekor cimpanzi jantan yang dilahirkan pada 28 Oktober 1980. Ia merupakan salah seekor daripada lapan bonobo dalam penjagaan Dr Sue Savage-Rumbaugh, salah seorang pakar terkemuka dunia dalam tingkah laku dan bahasa beruk. Kisah berikut menunjukkan kebolehan Kanzi untuk menghidupkan api dan memasak di bawah pengawasan Dr Savage-Rumbaugh.

Kanzi - Tukang Masak Penuh Bulu

Tangan Kudung Bukan Penghalang Untuk Menjadi Jurugambar

>> 08 April 2012

Seorang wanita di Indonesia gigih menceburkan diri dalam bidang fotografi walaupun beliau cacat anggota. Rusidah, 44, telah menjadi seorang jurugambar profesional selama hampir 20 tahun. Seorang isteri dan ibu ini mempunyai sebuah studio kecil di rumahnya di Botorejo, daerah Bayan, Purworejo, Jawa Tengah selain turut menyediakan perkhidmatan fotografi untuk majlis perkahwinan dan majlis lain.


Agak sukar nak percaya kan? Gambar-gambar dan video berikut mungkin dapat mengukuhkan lagi dakwaan ini. Kekurangan yang ada pada diri beliau bukan penghalang untuknya mencari rezeki. Kagum!

30 Kematian Pemain Bola Sepak Di Atas Padang (Part 2)

>> 07 April 2012


Dalam siri kedua ini pula, 10 lagi pemain bola sepak yang meninggal dunia disebabkan sukan bola sepak akan dikongsi dengan para pembaca. Beberapa kisah pemain dalam siri ini turut disertakan dengan rakaman video saat-saat akhir mereka di atas padang.

11. Samuel Okwaraji (12 Ogos 1989)

Mensyukuri Rezeki Menambahkan Berkat

>> 06 April 2012

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang." - Riwayat Bukhari dan Muslim


Huraian:

Buatan Malaysia: 10 Ragam Orang Kita Dalam Menulis

>> 05 April 2012


Ini adalah sambungan daripada siri pertama. Dalam siri kedua ini pula, 10 gambar berikut menjadi pilihan untuk dikongsi. Macam-macam ayat baru yang boleh kita jumpa. Ringkas tapi padat! Beberapa gambar pernah dikongsi dalam Rabu Yang Bisu.


Rabu Yang Bisu #38 - Kalau Lelaki

>> 04 April 2012


15 Binatang Yang Mempunyai Dua Kepala

>> 03 April 2012

Ini antara binatang yang dilahirkan dengan dua kepala. Jangka hayat mereka tidak sepanjang binatang yang lahir normal. Namun, koleksi gambar berikut dapat membuktikan kewujudan mereka walaupun hanya seketika.

1. Foto 22 September 1986 - Anak penyu yang dilahirkan dengan dua kepala dan satu set lebihan kaki di antara 'mereka' di Pennsylvania, Amerika Syarikat. (AP Photo/Rusty Kennedy)

Sempadan Menarik Antara Amerika Syarikat Dan Mexico

>> 01 April 2012


Ini ialah sempadan di antara Amerika Syarikat dan Mexico. Seperti yang boleh dilihat, pagar yang memisahkan kedua-dua negara menampakkan perbezaan yang jelas di antara mereka. Dalam gambar ini, Amerika Syarikat adalah di sebelah kiri dan Mexico di sebelah kanan.

Lagi gambar-gambar menarik ada di bawah:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP