Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan Jun 2012

>> 31 May 2012


Sumber: UAI

Tarikh bagi lokasi yang bawah sekali tu, aku rasa 30/6, bukannya 20/6 seperti yang tertulis. Mungkin berlaku kesilapan di situ. Pakat pergi bagi mereka yang berdekatan.

Rabu Yang Bisu #44 - Derma Darah

>> 30 May 2012


Kelebihan Memiliki Bulu Dada

>> 29 May 2012

Berikut adalah kelebihan mereka yang memiliki bulu dada. Sebelum itu, ingin aku sebagai empunya blog ini menyatakan bahawa artikel ini berdasarkan sumber yang diberikan di bawah.


Sukar untuk berpeluh - Kenapa lelaki yang berbulu dada sukar untuk berpeluh, walhal mereka juga manusia biasa? Ini kerana, bulu dada telah menyerap peluh melalui sistem osmosis oasis.

Rabu Yang Bisu #43 - Perjanjian RM3

>> 23 May 2012


Gambar-gambar Kereta Artis Barat

Dah nama pun artis popular yang kaya-raya, duit bukan penghalang membeli apa sahaja yang boleh dibeli. Salah satunya ialah kereta. Agak mustahil untuk mengatakan kereta dalam gambar-gambar berikut ialah kereta pinjam sebab kita sedia maklum tentang status kewangan orang yang bergelar artis barat. Ini antara koleksi kereta yang dimiliki mereka. Sebelum itu, orang kita pun tak ketinggalan dengan kereta-kereta mahal. Boleh tengok dalam 10 Cukai Jalan Kereta Orang Lebih Duit Malaysia.

Brad Pitt's Custom Chevy Camaro SS

Lagak Ngeri Garry Turner Meregangkan Kulitnya

>> 21 May 2012

Melihat aksi lelaki ini boleh membuatkan kita yang terasa 'ngilu'nya. Aku tak tahu perkataan apa yang sesuai untuk menggambarkan 'ngilu' aku ketika menyiapkan entri ini. Garry Turner (UK) mampu meregangkan kulitnya disebabkan keadaan perubatan aneh yang dipanggil Ehlers-Danlos Sindrom, gangguan tisu penghubung yang memberi kesan kepada kulit, ligamen dan organ-organ dalaman.


Video Seorang Lelaki Solat Semasa Majlis Sedang Berlangsung

>> 20 May 2012

Kagum melihat gambar ini. Niat awalnya hanya ingin dikongsi di page Facebook Blog KONGSA KONGSI. Beberapa hari berikutnya, baru tertengok satu video pasal gambar ini. Terus tukar hajat untuk kongsi dalam Facebook ke blog. 

#respect

Serba sedikit maklumat pasal gambar dan video ini, seorang lelaki Muslim sedang solat di tempat terbuka, di hadapan ribuan hadirin dalam suatu majlis graduasi yang dilangsungkan di dalam sebuah stadium. Betulkan maklumat ini kalau salah.

Pesanan Seorang Nenek Kepada Cucu-cucunya

>> 19 May 2012

Pesanan ini daripada seorang nenek kepada golongan muda terutama mereka yang menggunakan laman sosial Facebook dan blog. Disebabkan nenek ini orang putih, ada unsur kebaratan dalam pesanan-pesanannya. Kalau tak semua, sikit-sikit pun kita akan bersetuju dengan pendapat nenek ini. Ikuti 10 pesanannya di bawah.

"Never, ever LIKE your own post. It makes you look needy."

Gambar Kemalangan Mitsubishi Lancer Di LPT Dan Bayi Yang Terselamat

>> 18 May 2012

Kisah tragis kemalangan sebuah Mitsubishi Lancer di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang telah dikongsi sebelum ini mendapat sambutan yang amat baik. Berbaloi-baloi aku betulkan semua singkatan perkataan dalam kisah tersebut. Bagi mereka yang dah baca, seorang 'baby' berusia enam bulan, juga anak kepada kedua-dua mangsa yang maut dilaporkan terselamat dalam kemalangan itu. Tak percaya? Baca dulu Kisah Tragis Mitsubishi Lancer Dicucuk Proton Inspira.

6 Mei 2012 - Kemalangan Mitsubishi Lancer di LPT. 

Hanya gambar di atas ini sahaja yang dikongsi sebelum ini. Beberapa lagi gambar berkaitan dengan kemalangan ini ada di bawah - termasuk gambar bayi yang terselamat dalam kejadian.

Rabu Yang Bisu #42 - Lima Posen

>> 16 May 2012


Kisah Tragis Mitsubishi Lancer Dicucuk Proton Inspira

Kisah ini boleh dikatakan top story dalam email baru-baru ini. Siapa yang selalu dan suka membaca atau melanggan email, mesti ada perasan kisah antara sebuah kereta Jepun dan kereta Nasional ini. Kisah ini pun aku dapat melalui email. Pembacaan menarik kepada mereka yang belum baca dan pemandu kereta. Berikut kisahnya...


Cerita daripada seorang kawan c99limited.com.

Lebih kurang pukul 6 petang 6 Mei 2012, aku masuk highway PLUS dari Kuantan nak ke KL. Aku maintain crusing 180km/j. Tetiba aku perasan ada kereta belakang lagi laju. Aku tengok Inspira makin dekat dengan kereta aku. Then aku masuk lane kiri bagi laluan dia memotong. Pastu aku terus follow Inspira tu, meter dah jadi 200km/j. Wow, hati kering driver Inspira tu! Kereta standard, absober standard, rim dan tayar pun standard kilang.

Family Day 2012: Swiss Garden Resort & Spa Kuantan

>> 14 May 2012

Tanggal 4 dan 5 Mei lepas, semua tenaga kerja PRW bahagian Pantai Timur (Kuantan dan Kerteh) dijemput untuk meyertai 2012 ECO Family Outing & Annual Dinner yang dijalankan di Swiss Garden Resort & Spa, Kuantan, Pahang. Dekat sangat tempatnya dengan pejabat dan rumah sewa aku. Jadi, tak berapa nak feel sangatlah weh. Namun, itu bukan penghalang kepada kami semua untuk menghadirkan diri.


Aku dan teman serumah bertolak ke lokasi program selepas solat Jumaat. Perjalanan mengambil masa tak sampai 15 minit. Sebelum ini pun, banyak kali lalu depan Swiss Garden ni. Cuma, memang bukan tempat kami nak masuk suka-suka tanpa penajaan. Tunggu event macam ni baru boleh merasa.

Review Safe: Lakonan Mantap Jason Statham

>> 12 May 2012

Mengisahkan usaha seorang bekas ejen elit, Luke Wright menyelamatkan gadis Cina, Mei berusia 12 tahun yang diculik oleh kumpulan kongsi gelap Cina sebelum diculik pula oleh geng Mafia Rusia. Selain menjadi perebutan antara dua kumpulan ini, rasuah yang berleluasa dalam politik dan pihak polis menyebabkan mereka turut berusaha untuk mendapatkan rahsia yang dimiliki oleh Mei.

Pertemuan Luke dan Mei bermula semasa Luke berniat untuk membunuh diri di sebuah stesen keretapi bawah tanah selepas kehilangan isterinya yang telah dibunuh oleh geng Mafia Rusia yang sama. Melihat Mei yang cemas diburu, Luke membatalkan niatnya untuk terjun, lantas meluru menyelamatkan Mei.

Aksi tumbuk-menumbuk dan tembak-menembak Luke Wright lakonan Jason Statham pun bermula. Sendiri fahamlah macam mana filem Jason Statham sebelum-sebelum ni. Banyak kot yang minat mamat ni. Sebelum aku pergi tengok, ada baca satu review. Dalam review tu, si penulis ibarat kurang berpuas hati dengan filem ni. Memang apa yang aku baca sebelum pergi tengok berbeza dengan apa yang aku rasa lepas tengok.

Akhlak Boleh Diperbaiki Dan Dibentuk

>> 11 May 2012

Bolehkah akhlak seseorang diperbaiki? Bolehkah sikap seseorang dibentuk?

Dalam kata lain, bolehkah ibu bapa memperbaiki akhlak buruk anak mereka hingga akhirnya dia memiliki akhlak yang baik? Bolehkah seorang guru membentuk sikap seorang anak muridnya yang bersikap negatif hingga ia berubah menjadi seorang yang bersikap positif?


Solat Berjemaah Dalam Air

>> 10 May 2012

JEDDAH: Sekumpulan penyelam persendirian Arab Saudi berkata mereka berjaya membina sebuah masjid di bawah air baru-baru ini dan bersolat di dalamnya. Masjid pertama dalam sejarah pernah dibina di dalam air.

Penyelam bersolat jemaah di masjid pertama bawah air yang mereka bina.

Akhbar harian Almadina melaporkan, penyelam berkenaan menggunakan batang paip plastik besar yang diisi pasir untuk membina masjid di kawasan perairan di barat laut Tabuk dan berhampiran sempadan Jordan. Seorang penyelam, Hamadan bin Salim Al Masoudi, berkata seorang rakannya mendapat idea untuk membina masjid berkenaan pada musim panas lalu dan mereka mengambil keputusan untuk melakukannya.

Rabu Yang Bisu #41 - Ayam Penguin

>> 09 May 2012


10 Penjelmaan Misteri Dalam Foto Di Malaysia

>> 08 May 2012

Ini merupakan 10 perkongsian foto seram dan aneh yang pernah diambil di Malaysia dan telah dikongsi dalam AmazingNara. Beberapa gambar mungkin telah diketahui akan kesahihannya. Aku sendiri pun malas nak mengadap semua gambar ini lama-lama. Kalau takut tak boleh tidur malam, anda dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan gambar-gambar ini. Tak pasal-pasal kencing malam atas tilam nanti. (kami=AmazingNara)

1. Hantu Budak Cina Plaza Tol
Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahun 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada pihak akhbar ini menyedari tentang imej kanak-kanak berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas papan tanda hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan diambil selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya.

Buatan Malaysia: 10 Ragam Orang Kita Dalam Menulis (Bahagian 2)

>> 06 May 2012


Ini adalah sambungan daripada 10 Ragam Orang Kita Dalam Menulis. Dalam bahagian kedua ini pula, 10 gambar berikut menjadi pilihan untuk dikongsi. Macam-macam ayat baru yang boleh kita jumpa. Ringkas tapi padat! Rujuklah kepada pihak yang lebih arif kalau nak paparkan sesuatu ayat selepas ini. Buat malu je.


Review The Avengers: Kerjasama 6 Superhero Menyelamatkan Bumi

>> 05 May 2012

Malam Rabu lepas, aku bersama teman serumah baru merangkap teman sepejabat sempat melampiaskan keinginan kami untuk menonton filem yang ditunggu-tunggu, Marvel's The Avengers. Hajat untuk mendapatkan tiket yang lebih murah pada hari Rabu tidak kesampaian sebab masa tayangan kami pukul 11 lebih. Orang GSC yang jual tiket kabo kalau pukul 11 ke atas dah kira harga biasa. Hampa buat seketika. Masa tayangan yang lebih awal, seat yang tinggal semua tak best - depan sekali!


Walaupun teremosi semasa membuat bayaran, kami cuba meyakinkan diri dengan filem ini. Lagi pun, aku dah baca beberapa review dalam beberapa blog. Semuanya berpuasa hati. Lantak la, walaupun malam tu kami tengok gambar biasa je, bukan yang 3D, kami termakan dengan trailer filem ni yang sudah lama bermain di panggung. 

Amalan Baik Ketika Bangun Tidur

>> 04 May 2012

Manusia sebagai hamba akan tersedar dari tidur jika diberikan peluang olehNya. Ini antara amalan yang baik untuk diamalkan ketika kita bangun dari tidur.

Gambar hiasan - jangan lupa tutup mulut kalau menguap.

Apabila Rasulullah s.a.w. bangun dari tidur, baginda duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangan. (HR Muslim)

Aksi Berani Seorang Budak Bermain Snake

>> 01 May 2012

Permainan Snake menjadi salah satu identiti penting dalam keluaran telefon bimbit jenama Nokia. Dalam permainan ini, pemain perlu mengawal seekor 'ular' yang tidak boleh terlanggar ekor atau badannya sendiri atau 'dinding' yang mengelilingi kawasan permainan. Pada masa yang sama, ular tersebut perlu mendapatkan 'makanan' dan ia akan semakin memanjang, menjadikan permainan semakin sukar. Pemain akan mengawal arah kepala ular (atas, bawah, kiri atau kanan) yang tidak berhenti bergerak semasa permainan sedang berjalan.


Masing-masing pun pernah main kan? Berebut berlawan nak buat high score. Tapi itu dulu, sekarang entah ada lagi ke tak la yang pandang game macam ini. Dengan pengeluaran telefon pintar yang semakin pesat, banyak lagi game yang lebih menarik. Tambah-tambah Angry Birds. Aku pun sudah lama tak main game Snake ni. Papepun, memang legend la game ni kan. Jadi, ini kisah seorang budak yang bermain 'Snake'. Memang panjang habis ular dia. Orang dewasa pun belum tentu boleh mengawal ular sepanjang ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP