Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan Oktober 2012

>> 29 September 2012

KONGSA KONGSI

Jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus bulan Oktober 2012. Tertakluk kepada perubahan daripada pihak ustaz sendiri. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk page Facebook Ustaz Azhar Idrus atau ustazazhar.com.

Rabu Yang Bisu #59 - Pengalaman Manis

>> 19 September 2012


Buatan Malaysia: 10 Detik Suka Duka Anggota Beruniform

>> 17 September 2012

KONGSA KONGSI

Disiplin antara elemen paling utama kepada setiap individu yang bekerja. Jika tiada disiplin dalam diri, kita sendiri boleh bayangkan hasilnya nanti. Lebih berat jika salah satu tugas kita ialah membimbing dan menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain. Tersilap buat, mata orang ramai akan cepat tertumpu kepada kesilapan atau perkara tersebut. Contohnya seperti dalam gambar-gambar di bawah. 

Kantoi menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Korang pun sama kan?

Rabu Yang Bisu #58 - Tugas Adiwira

>> 12 September 2012


Burger Bakar Di Kuantan

>> 10 September 2012

Semakin ramai telah mencuba burger bakar yang terkenal dengan saiznya yang berganda-ganda lebih besar daripada burger biasa. Perbezaan itu disebabkan 'patty' yang dihasilkan sendiri oleh pihak peniaga. Untunglah kepada mereka yang duduk area Lembah Klang sebab line tu banyak lokasi best untuk mendapatkan burger bakar. Dengar kabo gitu la...

Macam aku yang duduk area Kuantan, memang tak berkesempatan nak merasa burger bakar yang digembar-gemburkan keenakannya itu. Nasib baik ada juga orang yang membawa resepi burger bakar tu ke sini. Belum jumpa lagi kedai atau lokasi lain yang menjual burger bakar di Kuantan macam kedai yang satu ni.

Burger Bakar Big Show

Seorang Isteri Yang Tidak Bekerja

>> 08 September 2012

Kaunselor: Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal: Saya bekerja sebagai akauntan di sebuah bank.

Kaunselor: Halimah pula?

Encik Zainal: Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor: Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal: Halimah yang sediakan sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor: Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan?

Encik Zainal: Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor: Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana?

Encik Zainal: Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Lelaki Kejam Seret Anjing Di Jalanan Guna Motosikal

>> 07 September 2012

Gambar-gambar di bawah banyak beredar di blog atau forum pencinta haiwan. Kita boleh melihat betapa kejamnya tindakan seorang manusia terhadap makhluk yang lemah.


Lelaki ini merantai leher seekor anjing dan mengheretnya dengan menggunakan motosikal. Menurut sumber, ini merupakan perbuatan kumpulan anti haiwan di China. Anjing itu diseret dengan kelajuan sekitar 50 km/j dan kelihatan menahan kesakitan di atas tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut. Beberapa saksi yang melihat kejadian mengatakan ketika anjing itu diseret, ia "berteriak", "melolong", dan "menangis", namun itu tidak menghalang penunggang biadab itu menghentikan motosikalnya, malah dia bergerak semakin laju.

Rabu Yang Bisu #57 - Ray Ban

>> 05 September 2012

KONGSA KONGSI

Piala Malaysia 2012: Pahang lwn Selangor

Agak kurang sebenarnya layanan aku terhadap sukan bola sepak tempatan kecuali yang melibatkan perlawanan antarabangsa skuad kebangsaan, ada jugalah aku ambil tahu. Kalau bab skuad Pahang, memang aku tak tahu mende walaupun aku diberanakkan di sini. Entah siapa yang main pun aku tak kenal.

Namun, itu tidak menghalang aku untuk masuk menyaksikan perlawanan di Stadium Darul Makmur antara pasukan Pahang dan Selangor untuk saingan Piala Malaysia 2012. Agak ramai penyokong Pahang rupanya. Stadium yang baru dibaik pulih sempena SUKMA 2012 hampir penuh dengan kehadiran penyokong. Sudah tentu majoritinya penyokong Pahang.

Masuk-masuk je, orang dah berarak masuk ke atas padang. Aku berdiri je sepanjang 90 minit permainan sebab malas nak menyelit. Senang sikit nak menikmati pengalaman kali pertama tengok Pahang main di laman sendiri.

Persamaan Robin van Persie Dan Ruud van Nistelrooy Bersama Manchester United

>> 03 September 2012

Aku perasan gambar di bawah melalui Facebook. Menampilkan Ruud van Nistelrooy (RVN) dan Robin van Persie (RVP) meraikan jaringan mereka bersama Manchester United. Apa yang menarik ialah pada bahagian description. Betul ke persamaan tu?

KONGSA KONGSI

Kalau bab Manchester United ni, aku semangat lebih sikit. Tak kisah la kena baca tulisan orang putih untuk mendapatkan maklumat. Daripada apa yang diperoleh, memang betul pun persamaan tu. Selain bermain dalam pasukan kebangsaan yang sama, tak sangka mereka turut mencipta "sejarah" yang sama bersama Manchester United.

Video Ustaz Azhar Idrus Pandu Ferrari

>> 02 September 2012

Populariti Ustaz Azhar Idrus membuatkan sesetengah pihak tidak duduk senang. Jika sesuatu yang dilakukan UAI agak 'rare' untuk dilakukan oleh seorang ustaz, mesti akan ada pihak yang menghentamnya. Gambar di bawah ini pun ada yang menjadikannya sebagai isu. Entah pape...


Nak dilayan kedengkian orang macam tu, sampai bila pun tak habis. Moh tengok satu video yang menampilkan UAI memandu kereta Ferrari. Rakaman video pendek daripada JKKK Terangcang.

Gambar Kenangan Siti Nurhaliza Ambil Lesen Memandu

Lesen memandu merupakan salah satu komponen utama untuk mengelakkan penunggang atau pemandu kenderaan disaman oleh pihak berkuasa. Syarat untuk mendapatkan lesen memandu ialah lulus ujian memandu daripada pihak JPJ. Tak cemerlang pun takpe, janji lulus sudah.

Salah satu tip untuk lulus, jangan gelabah dan tenang ketika ujian. Macam Siti Nurhaliza dulu-dulu, senyum je menunggang dan memusing stereng. Pegawai JPJ tengok pun suka...  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP