Jenis-jenis Nafsu

>> 29 November 2012


Nafsu #1

Nafsu Amarah: Nafsu yang tunduk dan patuh menurut kehendak nafsu syahwat dan syaitan.

Nafsu amarah tidak dapat dikawal dengan sempurna oleh hati. Sekiranya hati tidak dapat meminta bantuan ilmu, hikmah kebijaksanaan dan akal, hati akan binasa. Justeru itu, seseorang mudah terjerumus ke arah perbuatan yang melanggar syariat, tidak beradab, tidak berperikemanusiaan, bertindak mengikut sesuka hati, zalim serta pelbagai keburukan dan bencana kepada diri serta persekitaran. Susah untuk menegur orang sebegini mereka kerana tidak peka dengan kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Keras kepala! Nafsu amarah menduduki tahap paling rendah dalam kehidupan manusia, malah sebenarnya lebih rendah daripada binatang. Ini kerana binatang tidak mempunyai akal, sedangkan manusia mempunyai akal. Minta Allah jauhkan kita dari nafsu amarah.

Berhati-hati Membeli Kasut Di Al-Ikhsan

Ini gambar kasut saya yang baru dibeli di Al-Ikhsan. Walaupun rupa macam kasut budak sekolah tetapi diri ini telah tertarik ketika pertama kali memandangnya. Gelora untuk membeli berjaya ditahan sehingga aku kembali menyambung tugas di Melaka.

Sokongan Cristiano Ronaldo Terhadap Palestin

>> 21 November 2012

Berbeza dengan Barcelona yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel, Real Madrid memilih untuk bekerjasama dengan Palestin. Perkara ini bukan sahaja boleh dilihat melalui polisi kelab, malah oleh pemain-pemain kelab itu.

Tindakan yang paling ketara telah dilakukan oleh pemain termahal dunia, Cristiano Ronaldo. Bintang Seleccao yang dilabel media barat sebagai memiliki sifat sombong ternyata mempunyai hati yang mulia.

Bekas penyerang Manchester United yang terkenal dengan jolokan CR7, dengan ikhlas hati memberikan kasut emas yang diraihnya pada tahun 2011 kepada lembaga amalnya dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak Palestin.

Laman Qodsna pada akhir tahun lalu memberitahu, lembaga amal Real Madrid berjaya melelong kasut emas milik Ronaldo pada harga 1.4 juta euro. Wang hasil lelongan itu disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang hancur di sepanjang Jalur Gaza. Sokongan Pemain Terbaik Dunia pada 2008 tersebut tidak berhenti sampai di situ sahaja.


Kegigihan Nenek Perkasa Angkat Tong Gas

>> 08 November 2012

Nenek Perkasa
TUMPAT: Seorang wanita warga emas berusia 63 tahun layak digelar 'nenek perkasa' apabila masih mampu mengangkat 10 tong gas sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan berulang-alik mengemudi sendiri bot enjin sangkut miliknya dari kediamannya yang dijadikan kedai runcit di Pulau Teluk Ranjuna ke Pengkalan Kok Majid, di sini.

Dengan berbaju kurung dan berkain batik, malah bertubuh kecil, Nik Haripah Othman mengemudi bot untuk 10 minit perjalanan demi mencari rezeki halal bagi mendapatkan pendapatan tambahan selain wang dikirim tujuh anaknya.

Nik Haripah yang mempunyai 10 cucu berkata, dia melakukan pekerjaan itu sejak enam tahun lalu tanpa kekok dan mengakui sihat tanpa sebarang penyakit sehingga kini.

"Tiada apa rahsia diamalkan sehingga saya mampu melakukan pekerjaan itu walaupun berusia 63 tahun. Mungkin sepanjang hidup saya sering makan nasi bersama ulam-ulaman".

"Walaupun ada yang bimbang melihat saya mengemudi bot dengan muatan tong gas, saya sentiasa membaca doa menaiki kenderaan dan dimurahkan rezeki sebelum mengemudi bot. Saya berserah kepada Allah SWT," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Rabu Yang Bisu #61 - Belum Siap

>> 07 November 2012

KONGSA KONGSI

Susu Kambing Segar Dari Ladang

>> 06 November 2012

Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti-penuaan, anti-arthritis serta anti-barah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta pelbagai lagi penyakit. Susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan. Antara kebaikan lain susu kambing bolehlah dibaca di Laman Rawatan Penyakit Cara Islam.

Aku tak suka susu sangat. Payah sekali nak minum susu yang tidak dicampur dengan bahan atau perasa tambahan. Bagi mereka yang suka minum susu terutamanya susu kambing, mesti suka menikmati susu yang segar atau fresh dari ladang kan? Di bawah ini dikatakan kaedah penjualan susu kambing segar di China. Rare giler!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP