Jawatan Kosong: Pengambilan Lepasan Ijazah Ke ATM

>> 21 Januari 2013

Berikut maklumat yang diterima daripada JobsMalaysia melalui email. Kepada lepasan ijazah yang belum berjaya mendapatkan pekerjaan, terdapat kekosongan jawatan di Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Tarikh tutup permohonan ialah 3 Februari 2013. Cepat-cepat isi, mana tahu ada rezeki!

KONGSA KONGSI

Pelancong Terselamat Daripada Ditelan Paus

>> 19 Januari 2013

Amat gembira rasanya jika dapat duduk santai menikmati suasana di tengah-tengah laut. Melihat burung-burung camar beterbangan ke sana ke mari kemudian terbang rendah menyambar ikan di dalam air. Suatu pengalaman yang mungkin boleh melupakan segala masalah kehidupan ketika di daratan, biarpun hanya untuk sementara.

Indah macam mana sekalipun, harus diingat dan berjaga-jaga ketika berada di tengah-tengah laut. Dari atasnya mungkin nampak tenang, namun apa yang wujud di bawahnya sendiri mau ingatlah. Sipi-sipi je daripada menjadi mangsa.


Walaupun sepertinya ikan paus ini tidak makan atau mengancam nyawa manusia, situasi di atas agak bahaya. Mati percuma kalau kena hempap dengan ikan paus tu. Entah...

Jelmaan Lembaga Aneh Di Mudah.my

Pernah tak anda layari laman mudah.my? Pasti pernah kan sebab nak cari barang-barang second-hand mahupun baru.

Terbaru, seorang mamat secara tidak sengaja terambil gambar jelmaan lembaga aneh yang kemudiannya dimuat naik terus ke mudah.my.

KONGSA KONGSI

Khasiat Madu & Adab Minum

>> 17 Januari 2013

Rasulullah SAW amat suka minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini baik untuk tujuan kesihatan. Antara khasiat-khasiat amalan ini ialah:
  1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir).
  2. Mencuci perut.
  3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.
  4. Menghapuskan sekatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu.
  5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasulullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP