Berakhir Sudah Liga Blogger Malaya 2012/2013

>> 06 June 2013

Liga Blogger Malaya dibuat khusus kepada blogger Malaysia yang mempunyai pasukan dalam Fantasy Premier League. Berakhirnya musim bola sepak Liga Perdana Inggeris menamatkan juga persaingan peserta mencatur pemain setiap musim untuk mendapatkan mata tertinggi dan menggungguli mana-mana liga yang disertai.

KONGSA KONGSI
Kaki Bangku FC

Kaki Bangku FC nama pasukan aku dalam Fantasy Premier League. Keseluruhannya pencapaian musim ini menurun berbanding musim lepas, namun berpuas hati dengan semua kedudukan pasukan dalam liga yang disertai.

Berbanding penyertaan 48 pasukan dalam penampilan pertama, musim 2012/2013 sebanyak 95 pasukan menyertai Liga Blogger Malaya. Meningkat hampir sekali ganda berbanding musim sebelumnya. Terima kasih kepada anda semua yang sudi meyertai liga ini.

KOGNSA KONGSI
No. 21 daripada 95

Daripada 95 pasukan, Kaki Bangku FC di kedudukan ke 21 keseluruhan. Not bad lah kot. Banyak sangat pasukan, memang payah nak naik melainkan mata yang diperoleh setiap minggu konsisten sepanjang musim.

Yang penting, Manchester United menang liga. Jumpa lagi di musim depan kawan-kawan. Terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP