Buatan Malaysia: 10 Ragam Parkir Kenderaan

>> 29 October 2013

KONGSA KONGSI
Untuk tatapan kali ini, mari kita tengok ragam orang kita parkir kenderaan. Terdapat situasi tertentu yang mungkin memaksa para pemandu atau pemilik kenderaan meletak kenderaan mereka dalam keadaan berikut. Apa pun alasannya, fikirkan juga tentang pengguna lain dan elakkan diri kita daripada menerima sumpahan kotor daripada mulut masyarakat awam.

Pemandangan sebegini mungkin sudah menjadi kebiasaan masyarakat yang hidup di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur. Maklumlah, kawasan lapang semakin berkurang. 

"Pak cik polis, saya merayu jangan saman saya. Tiada pilihan sebab parking penuh dan tempat lain penuh juga atau kena saman juga. Jasa baik tuan amat dihargai" - sangat jujur!

Mungkin kerana terlalu besar sampaikan tak cukup satu petak.

Selalunya, petak untuk OKU disediakan lebih besar daripada petak parking biasa tapi gayanya masih belum cukup. Itu pun kalau betul-betul OKU la.

Lagi kes "OKU" bolot petak parking.

Ada dengar kereta depa ni memang boleh parking lain sikit daripada biasa di atas sebab-sebab tertentu.

Mungkin sebab petak parking OKU di Malaysia tiada fungsi atau OKU di Malaysia memang guna kereta macam ini.

Lebih jelas, sampaikan penguatkuasa sendiri pun guna petak parking OKU.

Salah satu cara mendidik dan yang paling bagus dengan gambar ini sebab tindakan diambil tanpa memilih bulu. Salah tetap salah. 

The Best!!!

Koleksi gambar-gambar yang aku rasa menarik untuk dikongsi semakin hari semakin banyak dalam simpanan. Malangnya, semakin hari semakin malas dan tak bersemangat untuk kemas kini blog. Entri ini pun tertugak lama sebelum berhasil untuk disiarkan. Harapnya blog ini akan terus hidup seperti hari-hari indah suatu ketika dahulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP