Isteri Mengeluh Suami Ketagih Candy Crush

>> 06 December 2013

Candy Crush - satu aplikasi permainan popular bagi pengguna telefon pintar pada zaman ini. Mustahil rasanya kalau orang yang ada telefon pintar berskrin sentuh bagai tapi tak ada permainan ini dalam telefon mereka. Berbeza dengan permainan ular Nokia yang popular suatu ketika dahulu dalam kalangan generasi muda sahaja, Candy Crush dilihat menarik perhatian pemain tanpa mengira usia. Apalah susah sangat kan?

KONGSA KONGSI
"Hubby playing Candy Crush for the first time. So cute!"

Apa yang sama, Candy Crush dan permainan ular Nokia mampu membuatkan si pemain menjadi ketagih. Tak kiralah permainan apa sekalipun. Keinginan untuk sentiasa kehadapan begitu tinggi selagi bateri telefon masih bernyawa. Situasi dalam gambar ini sebagai contoh (klik gambar untuk pembesaran).

KONGSA KONGSI
"Bini duduk sebelah pun dah tak dipandang. I hate u Candy Crush!"

KONGSA KONGSI
"Both of us are busy with our playing..."

Kesimpulannya, pemimpin yang bijak dan lantang bersuara dapat membantu menyelesaikan masalah rakyat. Jika tidak digunakan dengan betul kelantangan yang ada di dalam diri mereka, ia merupakan mesej kepada rakyat bahawa mereka tidak bijak atau bodoh sebagai seorang pemimpin. Mereka ini yang seharusnya "balik kampung!"

Aku belum ada smart phone. Kiranya, tak tahu banyak kenikmatan Candy Crush. Masih menggunakan Sony Ericsson C903 yang hampir berusia 5 tahun.

KG Gangster 2 Trailer (Parodi KL Gangster 2) - kisah gengster kampung yang meletakkan tahap level Candy Crush sebagai penentu untuk menjadi ketua gangster di kampung mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP