Rangkuman Gambar Pasca Banjir Kuantan 2013

>> 13 Disember 2013

Jumlah mangsa di pusat pemindahan banjir semakin berkurangan menandakan bencana banjir buruk yang menimpa Kuantan baru-baru ini semakin reda. Kebanyakan mangsa sudah dibenarkan pulang dan bermulalah proses pembersihan rumah masing-masing. Banyak harta benda terutama perabot yang rosak dilonggokkan di depan rumah, menunggu giliran untuk diangkut ke tapak pelupusan. 

Gambar-gambar berikut menunjukkan suasana selepas banjir Kuantan 2013 di beberapa kawasan.

Banjir Di Kuantan 2013
Kawasan yang teruk terjejas adalah seperti di Perkampungan Sungai Isap.

Banjir Di Kuantan 2013
Longgokan harta benda yang rosak dapat dilihat di sepanjang jalan.

Banjir Di Kuantan 2013
Sekurang-kurangnya, sebuah lori 5 tan diperlukan untuk setiap longgokan seperti ini.

Banjir Di Kuantan 2013
Petugas berkaitan membersihkan kawasan parkir Terminal Sentral Kuantan (TSK).

Banjir Di Kuantan 2013
Pemandangan di kawasan perumahan lain yang terlibat banjir.

Banjir Di Kuantan 2013
Kepada yang tak tahu, ini contoh-contoh 'lori 5 tan'. 

Banjir Di Kuantan 2013
Dari luaran, macam elok lagi almari tu.

Lagi gambar-gambar selepas banjir Kuantan 2013;

Banjir Di Kuantan 2013

Banjir Di Kuantan 2013

Banjir Di Kuantan 2013

Banjir Di Kuantan 2013

Banjir Di Kuantan 2013

Bantuan Kepada Mangsa Banjir Kuantan
Petugas Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sedang berkhidmat.

Bantuan Kepada Mangsa Banjir Kuantan
Pihak MPK turut menerima bantuan daripada pihak Majlis lain.

Bantuan DBKL Kepada Mangsa Banjir Kuantan
Contohnya seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bantuan MPAJ Kepada Mangsa Banjir Kuantan
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)

Bantuan MPKu Kepada Mangsa Banjir Kuantan
Majlis Perbandaran Kulai (MPKu)

Tapak Pelupusan Sampah, Jalan Jabor-Jerangau
Barisan lori menunggu giliran untuk masuk ke Tapak Pelupusan Sampah, Jalan Jabor-Jerangau.

Bantuan & Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Kuantan
Kunjungan daripada Tengku Mahkota.

Bantuan & Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Kuantan
Sebagai pemimpin, orang kenamaan atau agensi kerajaan/swasta, penglibatan sebegini perlu diteruskan.

Bantuan & Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Kuantan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak ketinggalan membantu membersihkan suasana.

Bantuan & Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Kuantan
Bantuan sukarela daripada penuntut-penuntut beberapa pusat pengajian tempatan.

Bantuan & Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Kuantan
Salah satu acara mengumpul sumbangan daripada orang ramai untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir.

Bantuan & Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Kuantan
Sumbangan berupa pakaian untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir.

KONGSA KONGSI
Pemakluman MPK kepada mangsa-mangsa banjir.

Tahniah kepada page komuniti KUANTAN yang aku rasa telah banyak membantu dalam membuat hebahan berkenaan keadaan semasa banjir di Kuantan dan kawasan sekitarnya. Aku bukan mangsa banjir, cuma tempiasnya turut terasa. Contoh, nak cari roti buat alas perut pun payah weh. Kedai tak buka, air & elektrik takde. Untung siapa ada pacuan empat roda, tak risau mana nak keluar pusing-pusing. 

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP