Review The Hobbit: The Desolation of Smaug (2013)

>> 16 Disember 2013

Pengembaraan Bilbo Baggins bersama sekumpulan orang kerdil (dwarf) yang terdiri daripada 13 orang diteruskan dalam The Hobbit: The Desolation of Smaug. Mereka diketuai oleh Thorin Oakensheild yang mahu menuntut kembali Erebor, namun ia kini dikuasai oleh seekor naga, Smaug.

Berdurasi 2 jam 40 minit, sedikit sebanyak mengundang bosan. Mungkin sebagai langkah berhati-hati supaya kesinambungan filem sebelum dan selepasnya dapat disampaikan dengan jelas, pengarah memberikan perincian kepada setiap babak dan watak. Itu sebab jadi panjang. Lebih penting, nak buat duit, kenalah bijak!

Bard lakonan Luke Evans

Bagi aku, The Desolation of Smaug tidak semantap An Unexpected Journey. Lebih kepada penceritaan mengenai perjalanan Mr. Baggins bersama geng kerdilnya ke sebuah gunung yang diawasi oleh seekor naga untuk mendapatkan Arkenstone. Beberapa cabaran perlu ditempuhi mereka sepanjang perjalan, terutamanya ancaman daripada Orc.

Gandalf the Grey
Pada awalan cerita, Gandalf the Grey mengiringi perjalanan mereka, namun terpaksa berpisah untuk ke satu destinasi lain di dalam cerita.

Legolas & Tauriel
Elf yang hebat berlawan sekali sekala datang menyelamatkan keadaan. Babak anak panah Legolas tidak pernah menghampakan. Terselit juga babak romantis antara si cantik elf, Tauriel dan salah seorang si kerdil, Kili.

Laketown (Esgaroth)
Hampir 3 jam dalam panggung, ingatkan dapatlah bunuh naga ke apa, tapi tak juga. Terang-terang, penonton perlu menunggu sekuel berikutnya The Hobbit: There and Back Again (Julai 2014) untuk mengetahui tindakan si naga dan nasib penduduk yang terdiri daripada manusia di sekitar tasik. Apa jadi ke Gandalf dan Legolas yang masing-masing bertindak sendirian memerangi musuh pun tidak diketahui.

Gollum
The Desolation of Smaug tidak menampilkan langsung makhluk comel, Gollum.

Papepun, siapa yang suka filem bergenre pengembaraan dan fantasi, okey je nak layan filem ini. Daripada persoalan yang ditimbulkan, rasa-rasa lebih banyak aksi dalam sekuel The Hobbit yang berikutnya.

The Hobbit: The Desolation of Smaug Trailer

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP