Mandikan Kenderaan Dengan Air Yasin Untuk Elak Kemalangan

>> 15 Mac 2013

Beberapa orang saudara terdekat ada menyebut sebelum ini amalan seperti yang dinyatakan dalam tajuk di atas. Motosikal, kereta atau kenderaan yang baru dibeli sebaiknya dimandikan dengan air Yasin untuk mengelak sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada pengguna.


Apakah hukum menyiram kenderaan dengan air Yasin untuk mengelak bala?

Soalan ini diutarakan kepada Ustaz Azhar Idrus dalam program televisyen di Astro OASIS. Moh tengok dan dengar apa jawapan beliau.

Review Warm Bodies: Kisah Cinta Zombie

>> 14 Mac 2013

Filem Warm Bodies mengisahkan hubungan cinta antara manusia dan zombie. R (Nicholas Hoult), zombie yang tak sangat berperilaku seperti zombie lain bertemu Julie (Teresa Palmer), dan menyelamatkannya daripada menjadi hidangan dalam suatu serangan zombie ke atas pasukan Julie. Ketidaknormalan R sebagai zombie disedari Julie seterusnya menjadikan hubungan mereka semakin istimewa. Dalam perjuangan untuk terus hidup, R semakin berubah sebagai seorang manusia dan hubungannya dengan Julie menjadi titik mula untuk mengubah zombie lain dan dunia.

KONGSA KONGSI

Rabu Yang Bisu #63 - Keldai Baru

>> 13 Mac 2013

Gambar Kapal Terbiar Di Kepulauan Solomon

>> 12 Mac 2013


Cruise Ship dengan nama World Discoverer ini dikatakan dibina pada tahun 1974. Selepas berkhidmat selama 25 tahun di lautan, kini ia dibiarkan terdampar berhampiran Kepulauan Solomon. Kapal usang itu masih di sana hingga kini dan menjadi tarikan popular para pelancong.


Buatan Malaysia: 10 Ragam Pemilik Kereta (Bahagian 3)

>> 09 Mac 2013

KONGSA KONGSI
Lagi 10 ragam pemilik kereta di Malaysia dalam gambar-gambar berikut. Macam-macam gaya dan karenah ada bagi menonjolkan kewujudan kereta mereka di atas jalan raya.

Modifikasi extreme pada sebuah kereta - atas minat dan kemampuan. Minat dan mampukah anda? Aku tidak!

Permohonan Sebagai Perajurit Muda Tentera Darat

>> 08 Mac 2013

Lagi tawaran permohonan untuk berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia. Berikut maklumat yang diterima daripada JobsMalaysia melalui email. Tawaran dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon sebagai Perajurit Muda TD (Lelaki/Wanita). Tarikh tutup permohonan ialah 27 Mei 2013. Cepat-cepat isi, mana tahu ada rezeki!

KONGSA KONGSI

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP