Kerjaya Pelik! Pengorek Telinga Di India

>> 31 December 2013

Sanggupkah anda membenarkan orang lain membersihkan telinga anda? Ini apa yang berlaku di India. Siapa sangka wujud pekerjaan sebagai pengorek telingaKerjaya ini telah lama wujud di sana, malah ada yang mewarisinya daripada keluarga.

Korek Telinga
Perkhidmatan ini dilakukan di jalanan, di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan Januari 2014

Ustaz Azhar Idrus

Jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus bulan Januari 2014. Tertakluk kepada perubahan daripada pihak UAI. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk page Ustaz Azhar Idrus di Facebook.

Maksud Lambang Bunga Merah Pada Jersi Pemain EPL

>> 28 December 2013

Pada bulan November setiap tahun, kami yakin anda akan melihat pasukan bola sepak Inggeris akan meletakkan bunga berwarna merah pada jersi mereka. Tahukah anda sejarah disebalik bunga merah ini? Jika tak tahu, hari ini kami akan menerangkan sejarah bunga merah ini.

Bunga PopiBunga merah ini ialah bunga poppy (popi). Ia dipakai sempena Remembrence Day yang disambut setiap tahun pada tarikh 11 November bagi memperingati hari berakhirnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1918.

Kenapa bunga poppy merah ini dipilih? Pada tahun 1915, puisi bertajuk In Flanders Field ditulis bagi memperingati askar yang terkorban di Flanders Field, Belgium. Pertempuran di Flenders Field adalah antara yang paling berdarah sepanjang Perang Dunia Pertama. Ketika pertempuran berlangsung, bunga Poppy merah yang ditanam di Flenders Field sedang tumbuh. Warna merah bunga ini adalah simbolik bagi darah askar yang berjuang dan terbunuh sepanjang tempoh peperangan.

Video Pemuda Seru Ratu Belanda Peluk Islam

>> 27 December 2013

Ratu Belanda Diseru Masuk Islam

Seorang lelaki berjalan di atas pentas sambil disaksikan para penonton yang ramai termasuklah Ratu Netherlands (Queen Beatrix Wilhelmina Armgard). Lelaki ini mengajak semua hadirin agar mengikut jalan yang sebenar-benarnya yang dibawa oleh Nabi Isa a.s, iaitu mentauhidkan Allah s.w.t yang Esa. Alhamdulillah... dia telah memperkatakan semua yang perlu dikata sebelum pihak keselamatan menariknya keluar.

Buatan Malaysia: 10 Ragam Penunggang Motosikal (Bahagian 3)

>> 26 December 2013

Ragam-ragam Penunggang Motosikal Di Malaysia

Ragam-ragam penunggang motosikal di Malaysia. 10 gambar berikut menjadi pilihan untuk perkongsian kali ini. Agak-agak yang mana paling best?

Gambar Pelik & Kelakar Naik Motosikal
Erm...overload!

Amalan Potong Jari Apabila Berlaku Kematian

>> 20 December 2013

Siapa tidak sedih bila berlaku kematian ke atas salah seorang ahli keluarga yang disayangi. Dianggap normal jika kita menangis atau mengeluarkan air mata terkenangkan jenazah ketika hayatnya. Hidup perlu diteruskan dan kematian dijadikan peringatan supaya kita menjadi insan yang lebih berguna di atas dunia yang sementara ini.

Berbeza dengan apa yang diamalkan oleh suku kaum Dani di Wamena, Papua Barat, Indonesia. Satu tradisi unik akan dijalankan apabila salah seorang ahli keluarga mereka meninggal dunia. Mereka akan melumuri tubuh dengan lumpur dan yang paling sadis, upacara pemotongan jari tangan.

suku kaum Dani

Rahsia Disebalik Lesung Pipit

>> 19 December 2013

Bukan semua orang dilahirkan dengan lesung batu pipit di wajahnya. Lesung pipit atau lekuk kecil pada pipi seseorang dianggap sebagai penambah seri wajah tidak kira lelaki ataupun perempuan. Tahu rahsianya? Ini serba sedikit bagaimana atau kenapa mereka mempunyai lesung pipit.

Lesung Pipit
Lesung pipit

Ada masyarakat percaya lesung pipit boleh terbentuk dengan cara menusukkan hujung cili ke pipi bayi. Ini tidak benar kerana lesung pipit terjadi akibat variasi pada otot muka. Lesung pipit boleh muncul di kedua-dua belah pipi atau hanya di salah satunya sahaja dan biasanya akan terlihat dengan jelas pada wajah seseorang ketika mereka tersenyum, tertawa atau bercakap

Antara Malaysia, Singapura & Korea: Mengapa Malaysia Semakin Ketinggalan?

>> 18 December 2013

Bismillahirrahmanirrahim. Saya menulis analisis ini bukan atas kepentingan peribadi. Sebab saya bukanlah orang politik, Ketua Cawangan atau JKKK. Saya juga bukan ahli mana-mana parti samada yang berhaluan kanan atau kiri. Saya menulis untuk orang-orang susah, untuk diri saya. Alhamdulillah, cukuplah sekadar kehidupan sementara di dunia ini.

Oleh itu, sudi-sudilah kiranya para sahabat membaca tanpa mengira fahaman politik kalian. Bacalah dengan hati terbuka. Mengkritik kerajaan yang ada bukan bermakna benci tetapi mahukan kerajaan kembalikan peranan asalnya untuk rakyat kebanyakan ini.

Menteri-menteri Bodoh!

Review The Hobbit: The Desolation of Smaug (2013)

>> 16 December 2013

Pengembaraan Bilbo Baggins bersama sekumpulan orang kerdil (dwarf) yang terdiri daripada 13 orang diteruskan dalam The Hobbit: The Desolation of Smaug. Mereka diketuai oleh Thorin Oakensheild yang mahu menuntut kembali Erebor, namun ia kini dikuasai oleh seekor naga, Smaug.

Berdurasi 2 jam 40 minit, sedikit sebanyak mengundang bosan. Mungkin sebagai langkah berhati-hati supaya kesinambungan filem sebelum dan selepasnya dapat disampaikan dengan jelas, pengarah memberikan perincian kepada setiap babak dan watak. Itu sebab jadi panjang. Lebih penting, nak buat duit, kenalah bijak!

Bard lakonan Luke Evans

Rangkuman Gambar Pasca Banjir Kuantan 2013

>> 13 December 2013

Jumlah mangsa di pusat pemindahan banjir semakin berkurangan menandakan bencana banjir buruk yang menimpa Kuantan baru-baru ini semakin reda. Kebanyakan mangsa sudah dibenarkan pulang dan bermulalah proses pembersihan rumah masing-masing. Banyak harta benda terutama perabot yang rosak dilonggokkan di depan rumah, menunggu giliran untuk diangkut ke tapak pelupusan. 

Gambar-gambar berikut menunjukkan suasana selepas banjir Kuantan 2013 di beberapa kawasan.

Banjir Di Kuantan 2013
Kawasan yang teruk terjejas adalah seperti di Perkampungan Sungai Isap.

Detik Terakhir Sebenar Sebelum Kewafatan Rasulullah SAW

>> 12 December 2013

Dikhabarkan Nabi SAW tidak menyebut "ummati..ummati..ummati.." di saat akhir kewafatannya. Selama ini Syiah cuba mematikan peranan Aisyah menjelang kewafatan baginda Rasulullah dengan memasukkan Saidina Ali dan Saidatina Fatimah sepertimana yang kita semua disogokkan selama ini. Berikut adalah detik-detik sebelum kewafatan Nabi SAW sebagaimana termaktub dalam Ar-Raheeq Al-Makhtum.

Penipuan Syiah Terhadap Detik Kewafatan Rasulullah SAW

AWAS! Takut-takut Kita Terbeli Air Kencing Syaitan

>> 10 December 2013

Penampilannya yang menarik mampu memperdaya sebilangan daripada kita yang beragama Islam untuk membelinya. Mungkin di kedai serbaneka seperti 7-Eleven, minuman beralkohol sudah diasingkan daripada minuman-minuman lain. Namun, jika si anak kecil yang ditugaskan untuk memilih minumannya sendiri sedangkan si ibu atau bapa sibuk mencari barangan lain, si anak MUNGKIN akan tertarik untuk menjadikan minuman ini sebagai pilihan beliannya. Disangka F&N!

Jolly Shandy di 7-Eleven.

Kisah Pony Si Orang Utan Dilacurkan Tuan

>> 09 December 2013

Menjadikan orang utan sebagai haiwan peliharaan sudah dikira melanggar undang-undang, apalagi menjadikannya sebagai pelacur. Perilaku tidak berperikemanusiaan ini berlaku di Indonesia apabila seekor orang utan betina yang diberi nama Pony telah dijadikan korban pelacuran oleh pemiliknya. 

Kisah Pony Si Orang Utan Dilacurkan Tuan

Cinta Gila Dua Remaja Transgender

>> 08 December 2013

Katie Hill dan Arin Andrews masing-masing berusia 19 dan 17 tahun. Mereka merupakan dua orang remaja transgender dari Amerika Syarikat dan sedang dilamun cinta antara satu sama lain.

KONGSA KONGSI

Katie Hill yang asalnya seorang lelaki, kini telah berubah sepenuhnya. Dia telah melakukan pembedahan menukar jantina tahun lepas, hasil dana daripada seorang penderma tidak dikenali yang terbaca kisahnya dalam surat khabar tempatan.

Banjir Buruk Kuantan Tiada Kaitan Dengan Empangan Sungai Kobat

>> 07 December 2013

Pintu Air Kobat - pemandangan sebelum bencana banjir 2013.

Untuk makluman, di Sungai Kobat TIDAK ADA empangan. Binaan yang ada di Kobat ialah Rumah Pam Air Mentah dan Pintu Air (Barrage Gate) yang menghalang air masin dari laut memasuki ke kawasan muka sauk Rumah Pam Air Mentah. Pintu ini TIDAK menakung air. Pada waktu ini, pintu tersebut telah pun ditenggelami oleh paras air yang tinggi dari Sungai Lembing. Sehubungan dengan itu, masalah banjir di daerah Kuantan dan Maran TIDAK BERKAIT dengan Pintu Air di Kobat. - Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP)

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan Disember 2013

KONGSA KONGSI

Jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus bulan Disember 2013. Tertakluk kepada perubahan daripada pihak UAI. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk page Ustaz Azhar Idrus di Facebook.

Isteri Mengeluh Suami Ketagih Candy Crush

>> 06 December 2013

Candy Crush - satu aplikasi permainan popular bagi pengguna telefon pintar pada zaman ini. Mustahil rasanya kalau orang yang ada telefon pintar berskrin sentuh bagai tapi tak ada permainan ini dalam telefon mereka. Berbeza dengan permainan ular Nokia yang popular suatu ketika dahulu dalam kalangan generasi muda sahaja, Candy Crush dilihat menarik perhatian pemain tanpa mengira usia. Apalah susah sangat kan?

KONGSA KONGSI
"Hubby playing Candy Crush for the first time. So cute!"

Apa yang sama, Candy Crush dan permainan ular Nokia mampu membuatkan si pemain menjadi ketagih. Tak kiralah permainan apa sekalipun. Keinginan untuk sentiasa kehadapan begitu tinggi selagi bateri telefon masih bernyawa. Situasi dalam gambar ini sebagai contoh (klik gambar untuk pembesaran).

Gambar Banjir Di Sekitar Kuantan (Rabu, 4 Disember 2013)

>> 04 December 2013

Hujan sekali sekala turun dan mula berhenti pada hari ini, Rabu bersamaan 4 Disember 2013 di Kuantan. Beberapa kawasan terjejas banjir sudah mula surut, namun situasi di sesetengah tempat seperti Sungai Isap dan Permatang Badak dilihat semakin serius berbanding semalam.

Gambar-gambar banjir Kuantan untuk 4 Disember 2013:

Pasaraya Borong Tunas Manja - jalan masuk dari Jalan Tanah Putih ke Sungai Isap.

Gambar Sekitar Banjir Di Kuantan 2013

>> 03 December 2013

Hujan yang berterusan turun selama beberapa hari mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar Kuantan dinaiki air. Walaupun boleh dikatakan berlaku setiap tahun terutama ketika musim tengkujuh, situasi tahun ini dilihat agak serius berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sudah pasti, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan ke pusat pemindahan banjir akan terus meningkat jika keadaan sebegini berterusan untuk hari-hari mendatang.

Di bawah, beberapa gambar yang telah dikongsikan di Facebook:

Lebuhraya Pintasan Kuantan - sekitar Kompleks Mahkamah Kuantan.
(3 Disember 2013)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP