Kemalangan Lucu: Kren Penyelamat Terpaksa Diselamat

>> 23 June 2014

Sebuah kereta terjunam ke dalam air sebelum sebuah lori kren dipanggil untuk menarik keluar kereta itu. Semasa sedang menjalankan tugas menyelamat, lori kren itu menjadi tidak seimbang, menyebabkannya turut masuk ke dalam air. Tidak lama kemudian, sebuah lagi lori kren yang lebih besar datang untuk menyelamatkan kedua-dua "mangsa", namun nasib sama menimpa lori kren yang baru datang apabila ia turut menyertai dua "mangsa" yang masih berada di dalam air. Mesti bengkek giler tuan kereta.

kemalangan kren
Kren penyelamat terpaksa diselamat, namun masih tak selamat.
Kemalangan lucu ini sudah lama berlaku dan korang pun mungkin pernah tengok gambar-gambar ini. Mengikut carian aku, ia sudah dikongsikan seawal tahun 2004 dan mungkin lebih awal daripada itu. Dikatakan berlaku di Ireland, insiden ini masih mampu membuat banyak orang tersenyum apabila melihat rakaman gambar-gambarnya, walaupun di zaman GST yang serba mencabar sekarang.

kemalangan kren

kemalangan kren

kemalangan kren

kemalangan kren

kemalangan kren

kemalangan kren

kemalangan kren

kemalangan kren

kemalangan kren

Merujuk kepada TruthOrFiction.com, kejadian sebenar tidaklah seburuk seperti yang digambarkan. Dua kali panggil kren, dua-dua pun terbalik masuk ke dalam air. Tidak!

Gambar terakhir (9), di mana lori kren kedua turut terbalik masuk ke dalam air dilihat sebagai gambar yang sudah diedit.

kemalangan kren
KLIK GAMBAR UNTUK PEMBESARAN!
Cuba bandingkan gambar (5) dengan (9) dan tengok apa yang sama?

Latar belakangnya sama. Contohnya, perhatikan pada objek yang dibulatkan dalam gambar (5) dan (9), juga bayang-bayang pada cermin hadapan lori kren dalam gambar (6) - sama kan? Kalau tak sama, korang memang buta!

Bagaimanapun, malang tetap malang kepada pemilik kereta putih tersebut. Mende mudah, jadi susah. Kesian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP