Rumah Ikonik Si Degil Edith Macefield‏

>> 10 June 2014

Edith Macefield, dikenali sebagai seorang wanita tua yang sangat degil sehingga menolak tawaran $1 juta daripada pihak pemaju yang ingin membeli rumahnya. Pembelian itu untuk memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks komersial di kawasan tersebut. Kedegilannya mendapat pujian penduduk tempatan Ballard, Seattle, Amerika Syarikat sekali gus memaksa pihak pemaju menukar pelan asal bangunan yang ingin dibina.

Rumah mendiang Edith Macefield
Rumah mendiang Edith Macefield
Macefield tidak mahu berpindah dan wang bukanlah segalanya bagi seorang wanita di usianya. Dia terus tinggal di rumah yang dibeli pada 1950-an ini sehingga saat kematiannya pada 2008. Pembinaan bangunan lima tingkat itu diteruskan dengan mengecualikan kawasan rumah Macefield, di mana dinding konkrit bangunan yang dibina, betul-betul menghadap bahagian kiri, kanan dan belakang rumahnya. Dia mampu bertahan dengan bunyi bising dari kawasan pembinaan walaupun jarak di antara rumah dan kawasan pembinaan sangat dekat.

Rumah mendiang Edith Macefield

Rumah mendiang Edith Macefield

Beberapa kali, dia hampir menjual rumah yang berusia lebih 100 tahun ini dan berpindah, namun semuanya pun tidak berhasil. Dia bukanlah orang yang menentang pembangunan, cuma dia merasakan dirinya terlalu tua untuk berpindah ke rumah baru.

Semasa pembinaan berjalan, Macefield tanpa diduga menjalin hubungan persahabatan dengan Barry Martin, penguasa kanan pembinaan untuk projek yang "mengepung" rumahnya. Selama dua tahun Martin menjaga Macefield yang keadaannya semakin uzur. Segala tugas Macefield terhadap rumahnya dilakukan Martin. Dia menjadi penjaga siang dan malam kepada Macefield.

Selepas kematiannya disebabkan kanser pankreas pada Jun 2008, Macefield meninggalkan rumahnya kepada Barry Martin. Dia kemudiannya menjual rumah ini kepada Greg Pinneo dengan nilai $310,000 untuk dijadikan sebuah pejabat kepada firmanya. Pada Oktober 2012, rumah ini menjalani proses penambahbaikkan – tingkap baru dipasang dan loteng diluaskan untuk muat dijadikan bilik tidur yang dilengkapi tandas.

Rumah mendiang Edith Macefield

Rumah mendiang Edith Macefield

Rumah mendiang Edith Macefield

Rumah mendiang Edith Macefield

filem hollywood
Filem Up (2009)
Publisiti daripada kes rumah ini dikatakan memberi inspirasi kepada sebuah filem terbitan Pixar pada 2009, Up.

filem hollywood
Rumah yang digambarkan dalam filem animasi Up.

filem hollywood
BUKAN ANIMASI! Rumah yang dibina serupa seperti dalam filem Up. Terletak di Utah, Amerika Syarikat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP