Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan April 2014

>> 31 March 2014

kuliah ustaz azhar idrus

Jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus bulan April 2014. Tertakluk kepada perubahan daripada pihak UAI. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk page Ustaz Azhar Idrus di Facebook.

Ketaksuban Remaja Untuk Mendapatkan Selfie Terbaik

>> 27 March 2014

London: Seorang remaja yang taksub untuk mendapatkan gambar potret dirinya (selfie) dengan sempurna cuba membunuh diri apabila gagal berbuat demikian. Danny Bowman, 19, menghabiskan masa 10 jam sehari untuk mengambil hampir 200 keping gambar dirinya menggunakan telefon pintar.

ketagih selfie
Danny Bowman
Dia sanggup berhenti sekolah, tidak keluar rumah selama enam bulan, menurunkan berat badan sehingga 12 kilogram untuk menjadikan dirinya kelihatan sempurna dalam gambar. Dia juga bertindak agresif apabila ditegur ibu bapanya.

Aqueduct Veluwemeer - Terusan Di Atas Jalan Raya

>> 26 March 2014

Aqueduct Veluwemeer ialah suatu saluran air di atas jalan N302 di Harderwijk, timur Belanda. Saluran air sedalam 3 meter ini dibuka pada tahun 2002 dan boleh dilalui oleh bot-bot kecil.

akueduk di belanda
Aqueduct Veluwemeer, Belanda
Jalan N302 yang terletak di bawah saluran ini menghubungkan tanah besar Belanda dan Flevoland, juga sebuah pulau buatan terbesar di dunia. Kira-kira 28,000 kenderaan melepasi Aqueduct Veluwemeer setiap hari. Laluan pejalan kaki dibina di kedua-dua belah saluran air untuk kegunaan orang ramai menikmati pemandangan.

Padah Bercium Dengan Kura-kura

>> 23 March 2014

Tindakan seorang pemilik kura-kura mencium haiwan peliharaannya sebagai simbolik selamat tinggal tidak disambut baik oleh haiwan tersebut. Ciuman mulut ke mulut itu berakhir seperti dijangkakan (oleh kebanyakan orang), apabila si kura-kura bertindak tidak melepaskan kucupan daripada pemiliknya.

gambar comolot

Gambar-gambar insiden telah dikongsikan oleh kawan-kawan mangsa, yang merasakan insiden ini terlalu kelakar untuk tidak dikongsi dengan dunia. Malah, mereka turut mengemaskini gambar kecederaan selepas 'kucupan' tersebut yang menampakkan bibir mangsa membengkak besar. Sudah tentu sakit!

Orang Islam Boleh Kahwin Dengan Jin Islam?

>> 20 March 2014

Ada seorang di tempat saya, disebut oleh orang kampung bahawa dia telah berkahwin dengan jin Islam, mempunyai anak dan hidup dalam keadaan rukun damai. Kebetulan saya pernah ke tempat orang ini, ke rumahnya. Saya dapati dia tinggal seorang diri, tetapi rumahnya bersih seolah-olah ada yang menguruskannya. Persoalan besar saya, bolehkah kita manusia, berkahwin dan beranak pinak dengan makhluk halus?

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
Jawapan: Seperkara yang jelas kepada kita bahawa makhluk ini wujud dan boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang mereka kehendaki dengan izin Allah SWT. Persoalan samada boleh atau tidak manusia berkahwin dengan makhluk halus dari segi sejarahnya banyak yang kita dengar bahawa Balqis adalah seorang raja di zaman Nabi Sulaiman. Bapanya manusia dan ibunya daripada jin. Ibunya bernama Balqmah binti Saisan.

Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW pernah berkata bahawa salah seorang daripada ibu bapa Balqis adalah jin. Hadis ini ada dalam Kitab al-Jami' as-Saghir oleh Imam as-Sayuti.

Tetapi apabila balik kepada masalah hukum, dengan jelas al-Quran, Allah berfirman (mafhumnya);

Telur Rebus Tersekat Dalam Kemaluan

Seorang wanita terpaksa mendapatkan khidmat doktor untuk mengeluarkan telur rebus yang tersekat dalam kemaluannya selepas melakukan tabiat pelik ketika mengadakan seks dengan suaminya. Doktor di Shanghai berjaya mengeluarkan telur rebus itu baru-baru ini.

telur ayam
Gambar hiasan: Telur rebus yang dikopek separuh kulitnya.

Menurut suami wanita berkenaan, dia memasukkan telur rebus yang telah dikopek kulitnya ke dalam kemaluan isterinya untuk mencuba sesuatu yang baru ketika mengadakan seks. Namun, tidak lama selepas itu, isterinya mengadu mengalami sensasi yang luar biasa di bahagian berkenaan.

Roundabout Paling Mengelirukan Di Dunia

>> 14 March 2014

Lokasi roundabout ini di Swindon, England. Ia dibina pada 1972 dan dikenali sebagai The Magic Roundabout. Direka oleh Frank Blackmore, bulatan ini mempunyai lima bulatan kecil yang disusun mengelilingi satu bulatan besar bagi mengatasi masalah kesesakan di kawasan tersebut.

roundabout pelik
Bulatan ini diundi sebagai 'worst roundabout' dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh sebuah syarikat insurans UK pada tahun 2005, dan sekali lagi dipilih menerima gelaran tersebut setelah satu tinjauan sama dilakukan oleh sebuah majalah permotoran UK pada tahun 2007. Pada Disember 2007, BBC News pula melaporkan bulatan ini tersenarai sebagai salah satu '10 Scariest Junctions in the United Kingdom'.

Ular Sawa Telan Buaya Selepas Pergelutan 5 Jam (Gambar+Video)

>> 10 March 2014

Kejadian ini berlaku di Tasik Moondarra, Queensland, Australia. Seekor ular sawa dikatakan telah bertarung dengan seekor buaya di tepi tasik tersebut. Tiffany Corlis, seorang wanita yang menyaksikan peristiwa itu sempat merakamkan aksi pergelutan dua ekor pemangsa ini. Pertarungan hidup dan mati itu dimenangi oleh ular sawa, malah buaya yang mati turut menjadi santapan kepada ular sawa. 

ular makan buaya
Ular yang dianggarkan sepanjang 10 meter ini dianggap sudah menang apabila berjaya membelit sepenuhnya buaya. 

Kisah Pesawat MAS Dirampas Dan Terhempas Di Johor 1977

>> 09 March 2014

Pada 4 Disember 1977, lebih kurang jam 8:15 malam, dilaporkan bahawa sebuah pesawat MAS (Malaysian Airlines) telah meletup dan terhempas semasa dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan Singapura. 20 minit sebelum kemalangan ngeri itu, juruterbang dikatakan telah memberi amaran kepada menara kawalan di lapangan terbang Subang (Kuala Lumpur) bahawa pesawat jenis Boeing 737 yang sedang dipandunya itu telah dirampas oleh kumpulan pengganas Japanese Red Army yang membawa bahan letupan.

pesawat MAS terhempas

Pesawat yang membawa seramai 100 orang penumpang itu juga terpaksa membatalkan pendaratan di Subang dan meneruskan penerbangan ke Singapura. Bangkai pesawat yang terhempas itu dijumpai di Tanjung Kupang, Johor. Laporan akhbar dua hari kemudian memberitahu bahawa perampas pesawat itu hanya terdiri daripada seorang sahaja, nama serta kewarganegaraannya tidak dapat dipastikan.

Ketahui Sebab & Rawatan Mati Pucuk

>> 06 March 2014

Definisi Mati Pucuk: Ketidakupayaan dalam memperoleh dan mengekalkan ketegangan yang cukup lama untuk mencapai kepuasan hubungan seks.

Kajian epidemologi di Malaysia (1997/98) menunjukkan 1.7 juta lelaki berumur 40 tahun ke atas mengalami masalah mati pucuk.

mati pucuk

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan Mac 2014

>> 01 March 2014

ustaz azhar idrus

Jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus bulan Mac 2014. Tertakluk kepada perubahan daripada pihak UAI. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk page Ustaz Azhar Idrus di Facebook.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP