Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan Mei 2014

>> 30 April 2014

ustaz azhar idrus

Jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus bulan Mei 2014. Tertakluk kepada perubahan daripada pihak UAI. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk page Ustaz Azhar Idrus di Facebook.

Video Mendebarkan Trafik Di Persimpangan Sibuk Tanpa Satu Pun Lampu Isyarat

>> 29 April 2014

Bayangkan situasi kesesakan lalu lintas di bandar-bandar utama di Malaysia ketika waktu puncak. Pada waktu yang sama, lampu isyarat di salah satu persimpangan yang dilalui tidak berfungsi dan pihak polis trafik atau yang seangkatan dengannya gagal untuk menghadirkan diri mengawal lalu lintas. Bolok habis beb!

persimpangan bolok
Persimpangan sibuk di Meskel Square.
Berbeza dengan satu persimpangan di Meskel Square, di bandar Addis AbabaEthiopia ini. Satu lampu isyarat pun tak nampak di persimpangan ini. Lebih dasyat, jalannya bukan satu dua lorong, empat lima lorong beb. Ditambah dengan pejalan kaki yang mahu melintas jalan lagi. Daripada apa yang dipaparkan, persimpangan ini memang sibuk. Tengok video di bawah.

Burung Gagak Buat Sarang Guna Penyangkut Baju

>> 28 April 2014

Ini merupakan pemandangan aneh yang boleh dilihat di Tokyo, Jepun. Kebiasaannya, sarang-sarang burung diperbuat daripada ranting kayu dan daun kering tetapi di sini, burung gagaknya bertindak lebih "kehadapan". Mereka menggunakan penyangkut baju yang entah diambil dari mana (curi mungkin) untuk digunakan sebagai struktur utama pada sarang-sarang mereka.

sarang burung

Jersi Lengkap 32 Pasukan Piala Dunia Brazil 2014

>> 24 April 2014

Kemeriahan Piala Dunia FIFA 2014 yang akan berlangsung di Brazil pada Jun nanti sudah mula dirasai. Apa buktinya? Jersi-jersi pasukan bertanding sudah mula dijual tidak kira samada di butik-butik barangan sukan terkenal atau pasar malam berhampiran. Perasan tak?

Blog Buruk
Koleksi Jersi Piala Dunia Brazil 2014
Berikut jersi-jersi 32 pasukan yang akan bertanding dalam pusingan akhir Piala Dunia Brazil 2014. Gambar-gambar di bawah terdiri daripada jersi home, away, third, training dan goalkeeper setiap pasukan kebangsaan. Belek-belek dulu jersi mana yang berkenan. Nanti terus boleh pergi cari. 

Taktik Pemilik Apartment Sembunyi Dua Tingkat Tambahan Haram

>> 22 April 2014

Seorang pemilik sebuah pangsapuri mewah di China telah membeli kediamannya ini beberapa tahun yang lalu. Dia yang juga merupakan seorang ahli perniagaan berhasrat mengubah fizikal kediamannya yang berada di tingkat 18, juga tingkat paling atas bangunan.

pangsapuri haram
Pada mulanya, dia bertindak menanam beberapa batang pokok dan semak tebal di atas bumbung bangunan dan tindakannya itu dilihat pelik oleh jiran-jiran lain. Ada yang beranggapan tindakan itu mungkin untuk melindungi privasinya, namun dia dilihat semakin aneh apabila meliputi bahagian bumbung bangunan tersebut dengan jaring penyamaran yang dipenuhi dengan dedaun tumbuhan.

Orgasma Lebih 50 Kali Sehari Dek Nimfomania

>> 21 April 2014

Sejak berusia enam tahun, gadis Britain, Amanda Gryce, 24, percaya sesuatu yang ganjil telah terjadi pada dirinya. Lebih-lebih lagi apabila gegendang telinganya menangkap sesuatu bunyi dalam tempoh yang lama. Namun dia hanya mendiamkan masalah tersebut kerana malu untuk memberitahu ibu bapa mahupun teman rapatnya.

nimfomania
Amanda dan teman lelakinya menjalani proses meditasi bagi merawat penyakit ganjil ini.
Apabila usianya menginjak 23 tahun, masalah tersebut semakin menjadi-jadi dan dia nekad berjumpa doktor. Sebaik tubuh diperiksa, Amanda diberitahu dia menghidap penyakit nimfomania atau gangguan rangsangan genital pada kemaluannyaPenyakit tersebut menyebabkan keinginan seksual seseorang terangsang secara tiba-tiba dan pada bila-bila masa.

Bagaimana Ambulans Mendapat Namanya‏

>> 20 April 2014

Perkataan "ambulance" diambil daripada perkataan Latin "ambulare" yang membawa maksud "to walk". Kemudian, terbit "hôpital ambulant", istilah Perancis yang pada dasarnya bermaksud "mobile hospital". Pada peringkat awal, "ambulance" tidak membawa maksud seperti apa yang digunakan sekarang. Secara umumnya, ia merujuk kepada suatu struktur perubatan sementara yang boleh bergerak dengan mudah terutamanya bagi merujuk kepada hospital perubatan bergerak tentera.

gambar ambulans
Bagaimana ambulans mendapat namanya‏?
"Ambulance", dalam Bahasa Inggeris dikesan kali pertama muncul sekitar 1798, juga merujuk kepada suatu struktur perubatan sementara. Kenderaan pengangkutan perubatan bergerak juga dikenali sebagai ambulans di Perancis sekitar waktu ini. Seorang warga Perancis, Dominque-Jean Larrey memperkenalkan perkhidmatan "flying ambulance" yang direka untuk membawa keluar para askar yang tercedera dari medan perang untuk rawatan semasa perang. Tidak seperti praktik sebelumnya yang menunggu sehingga pertempuran berakhir.

Hukum Wanita Haid Masuk Masjid

Semua sedia maklum, wanita yang haid tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid. Bagaimanapun, terdapat juga wanita yang tidak mengendahkan saranan tersebut terutamanya ketika ingin menyaksikan majlis akad nikah dengan alasan darah haid tinggal sedikit dan hampir kering. Harap ustaz dapat berikan penjelasan.

masjid
Bolehkah wanita haid masuk masjid?
JAWAPAN: Hukum yang dipegang oleh kebanyakan ulama seperti Imam Abu Hanifah, Imam Syafie, Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal adalah haram bagi wanita haid duduk di dalam masjidPendapat yang mengharuskan pula ialah Imam Dawud Zahiri, Imam Muzani dan Ibn Hazim Zahiri. Dalil mereka yang mengharamkan berdasarkan dua hadis Nabi SAW;

Erotomania - Perasaan Syok Sendiri Terlampau‏

>> 16 April 2014

Menjadi manusia yang disukai atau diminati adalah kelebihan yang tidak dimiliki oleh semua orang. Bagaimanapun, ia bakal menjadi sesuatu yang teruk sekiranya diri anda diminati secara berlebihan. Anda mungkin berdepan musibah sekiranya setiap pergerakan diperhatikan dan gerak-geri anda diekori. Jika hal yang seumpama ini berlaku, anda mungkin sedang menjadi mangsa hendap (stalking) oleh mereka yang menghidap simptom erotomania.

Erotomania
Dalam kebanyakan kes, mangsa erotomania biasanya terdiri daripada golongan wanita, namun ada laporan mengatakan kaum Hawa juga boleh mengalami masalah ini.

Umumnya, dalam kebanyakan kes, wanita merupakan mangsa kepada penghidap simptom erotomania meskipun ada laporan yang menyatakan bahawa wanita juga mengalami masalah kecelaruan ini. Di kebanyakan negara barat, intaian keterlaluan seperti ini dianggap sebagai satu jenayah dan menyalahi undang-undang.

Kasut Adidas Suatu Ketika Dahulu

>> 09 April 2014

Jika dibaca kepada sejarahnya, Adidas mempunyai cerita yang agak menarik. Diasaskan oleh warga JermanAdolf "Adi" Dassler, jenama ini terkenal dengan penerapan tiga jalur selari pada rekaannya. Walaubagaimanapun, ia dilihat tidak terdapat pada rekaan kasut Adidas suatu ketika duhulu. Tak percaya? Tengok gambar-gambar kasut Adidas dulu-dulu di bawah.

kasut adidas
Rennschuh (sprint shoe) 1925
Kasut ini direka untuk acara lari pecut dan jarak pertengahan sehingga 800 m. Kulit kambing antara bahan yang telah digunakan.

Petaling Jaya Tangga Ke-5 Bandar Paling Selfie Di Dunia

>> 06 April 2014

Petaling Jaya menjadi bandar teratas dari Malaysia dengan kedudukan ke-5 dalam senarai "The Selfiest Cities in the World" yang dikeluarkan oleh sebuah laman web. Di kedudukan pertama bukanlah dimiliki bandar dari benua Amerika ataupun Eropah tetapi milik kepada bandar Makati dan Pasig, Filipina, manakala Georgetown berada di kedudukan ke-10.

10 bandar paling selfie di dunia berdasarkan senarai yang dikeluarkan ini:

1. Makati & Pasig, Filipina (258 selfie-takers per 100,000 people)
2. Manhattan, New York, Amerika Syarikat (202 selfie-takers per 100,000 people)
3. Miami, Florida, Amerika Syarikat (155 selfie-takers per 100,000 people)
4. Anaheim & Santa Ana, California, Amerika Syarikat (147 selfie-takers per 100,000 people)

5. Petaling Jaya, Malaysia
(141 selfie-takers per 100,000 people)

Tak Harus Solat Ghaib Bagi Jasad Tidak Ditemui

>> 04 April 2014

Bolehkah jelaskan mengenai solat ghaib kerana banyak kekeliruan soal masa dan cara ia dilakukan?
Bagaimana cara solat pada jenazah yang sudah dikebumikan?
Bagaimana pula mengenai si mati yang hilang dan tidak ditemui jasadnya atau rosak jasadnya. Apakah jasad akan dimandikan dan disolatkan?

JAWAPAN: Solat ghaib adalah solat terhadap jenazah yang jauh atau telah dikebumikan dan tiada kesempatan untuk ahli keluarga si mati untuk menyembahyangkannya. Solat ghaib berlaku jika si mati berada jauh di seberang laut atau pada kadar dua marhalah (90 km). Jika kurang dari dua marhalah maka solat tidak diharuskan.

hadi awang
Contoh solat jenazah yang dilakukan di atas kubur si mati.

Jika kematian seseorang hanya diketahui selepas dikebumikan jenazahnya, maka diharuskan solat dilakukan di atas kubur si mati.

Protes Separuh Bogel Semasa Forum Agama Berlangsung

>> 01 April 2014

Berlin: Satu forum agama bertukar kecoh apabila tiga penunjuk perasaan separuh bogel dari kumpulan Femen terpaksa diheret keluar dari bangunan tempat forum itu diadakan. 

protes femen

Majlis Minggu Islam Berlin yang diadakan di sebuah dewan di bandar raya itu dihentikan selepas anggota kumpulan pelampau berkenaan menyerbu masuk ke dewan itu dengan slogan menghina Islam pada tubuh mereka. Minggu Islam Berlin terbuka kepada golongan atheis dan penganut agama lain serta Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP