10 Lapangan Terbang Paling Berbahaya

>> 21 Mei 2011

lapangan terbang @ airport

Tahu tak apa itu lapangan terbang? Dalam bahasa Inggerisnya disebut airport. Aku belum pernah jejakkan kaki lagi ke airport, apatah lagi naik kapal terbang. Tengah simpan impian untuk terbang juga suatu hari nanti. Sementara menunggu impian untuk terbang itu tercapai, moh kenal dulu beberapa lapangan terbang yang boleh dikatakan paling berbahaya di dunia. Ada 10 semuanya.

1. Lukla Airport
Nepal
lapangan terbang @ airport

lapangan terbang @ airport
Sejak Lukla menjadi tempat kebanyakan orang memulakan pendakian mereka ke Gunung Everest, lapangan terbang kecil Himalaya ini mendapat jumlah trafik yang agak tinggi. Kebanyakannya untuk masuk dan keluar dari Kathmandu.

Siren dibunyikan sebagai isyarat kepada orang awam apabila kapal terbang ingin mendarat. Hanya helikopter dan kapal terbang jenis Twin Otter yang boleh menangani ketinggian 2000 kaki mendarat di sini.

2. Kansai International Airport
Osaka, Japan
lapangan terbang @ airport
Tanah merupakan satu sumber yang sukar didapati di Jepun. Pembinaan pulau buatan manusia ini dimulakan pada tahun 1987 dan pada tahun 1994 jet-jet jumbo mula mendarat. Penumpang boleh keluar dari lapangan terbang ke pulau utama Honshu dengan menaiki kereta, keretapi atau feri berkelajuan tinggi.

3. Gibraltar Airport
lapangan terbang @ airport
Di antara Maghribi dan Sepanyol terletaknya wilayah kecil British, Gibraltar. Pembinaan lapangan terbang ini bermula sejak Perang Dunia Kedua dan ia terus berkhidmat sebagai sebuah pangkalan Tentera Udara Diraja United Kingdom meskipun penerbangan komersial turut mendarat pada setiap hari.

4. Madeira International Airport
Madeira, Portugal
lapangan terbang @ airport
Madeira ialah sebuah pulau kecil, jauh dari pesisir pantai Portugal. Di sini dibina sebuah lapangan terbang yang berupaya mendaratkan pesawat bersaiz komersial yang amat penting bagi pembangunan pulau tersebut. Landasan asal lapangan terbang ini hanya kira-kira 5000 kaki panjang memberi satu cabaran besar walaupun bagi kebanyakan juruterbang berpengalaman.

5. Ice Runway
Antarctica
lapangan terbang @ airport
Ice Runway adalah satu daripada tiga lapangan terbang kecil utama yang digunakan untuk bekalan pengangkutan dan penyelidik ke McMurdo Station, Antartik. Seperti namanya, tiada landasan berturap di sini. Hanya kawasan ais dan salji panjang yang diratakan dengan rapi. Tiada masalah kekurangan ruang pada Ice Runway. Pesawat bersaiz mega seperti C-130 Hercules dan C-17 Globemaster III boleh mendarat dengan kemudahan relatif. Cabaran sebenarnya ialah memastikan berat pesawat dan kargo tidak merekahkan ais atau kapal terbang akan terkandas dalam salji lembut. Apabila ais landasan mula merekah, kapal terbang dilencongkan ke Pegasus Field atau Williams Field, dua lapangan terbang kecil lain yang berkhidmat di benua tersebut.

6. Congonhas Airport
Sao Paulo, Brazil
lapangan terbang @ airport
Kebanyakan bandar raya utama akan mempunyai sebuah lapangan terbang. Jarang sekali ia dibina hanya lima batu dari pusat bandar terutama sekali dalam metropolis seperti Sao Paulo. Kedudukan Congonhas Airport berdekatan dengan pusat bandar disebabkan kepada faktor yang ia telah disiapkan dalam tahun 1936, dengan bandar raya mengalami pembangunan pesat dalam dekad berikutnya.

7. Courchevel International Airport
Courchevel, France
lapangan terbang @ airport
Kunjungan ke tempat peranginan ski ikonik Courchevel memerlukan pesawat dikemudi di kawasan pergunungan Alps Perancis yang sukar sebelum membuat satu pendaratan menggerunkan pada Courchevel International Airport. Landasan kapal terbang berkenaan 1700 kaki panjang, tetapi kejutannya ialah keadaan berbukit di pertengahan landasan.

8. Princess Juliana International Airport
Simpson Bay, Saint Maarten
lapangan terbang @ airport
Keseronokan pengunjung berjemur di bawah sinaran matahari akan bertukar apabila kedengaran bunyi deruman enjin dan bau ekzos jet. Mendarat di lapangan terbang yang terletak di Caribbean Island ini memaksa juruterbang untuk terbang rendah di kawasan pantai, di samping terpaksa melepasi pagar bersaiz sederhana dan sebatang jalan hanya sebelum mencecah landasan kapal terbang.

9. Svalbard Airport
Svalbard, Norway
lapangan terbang @ airport
Svalbard adalah sekelompok pulau di Norway yang terletak di Lautan Artik. Terdapat tiga lapangan terbang dalam kepulauan ini, dua daripadanya digunakan untuk membawa para pelombong. Svalbard Airport dibuka untuk penerbangan komersial menjadikannya lapangan terbang paling utara di dunia.

10. Juancho E. Yrausquin Airport
Saba, Netherlands Antilles
lapangan terbang @ airport
Mengunjungi pulau ibarat syurga ini sedikit menggerunkan kerana terpaksa mendarat di atas landasan sepanjang 1300 kaki, lebih panjang sedikit daripada kebanyakan landasan kapal induk pesawat udara.

Kali terakhir dikemaskini: 19 Mac 2014

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP