Jadual Perlawanan Piala Dunia Brazil 2014 Waktu Malaysia
>> 05 Jun 2014
Piala Dunia Brazil 2014 merupakan Piala Dunia FIFA yang ke-20 dengan 12 lokasi perlawanan. Ini merupakan kali kedua Brazil menjadi tuan rumah kejohanan Piala Dunia, sebelumnya pada 1950, juga kali pertama negara dari Amerika Selatan menganjurkan Piala Dunia FIFA lebih dari sekali. Diharap semuanya berjalan lancar nanti.
![]() |
Piala Dunia Brazil 2014 |
Mengikut waktu tempatan kita, kejohanan akan bermula dari 13 Jun hingga 14 Julai 2014. Siaran langsung perlawanan adalah seawal 12:00 pagi, 3:00 pagi, 4:00 pagi, 6:00 pagi dan ada satu perlawanan peringkat kumpulan sepak mulanya selewat 9:00 pagi.
Senang cerita, di bawah ini ada beberapa pilihan Jadual Perlawanan Piala Dunia 2014 Waktu Malaysia (GMT+8). Pilih salah satu yang berkenan dan simpan atau cetak untuk kemudahan masing-masing.