Saucony Endorphin Speed: Pengenalan

>> 24 Mac 2021

Selain Asics Novablast, kasut ni antara kasut larian yang banyak mendapat maklum balas positif daripada pengkritik pada tahun 2020. Semasa dilancarkan dulu, ia hadir sekali dengan Saucony Endorphin Shift dan Saucony Endorphin Pro.

Blog Buruk
Saucony Endorphin Speed

Endorphin Shift dikhususkan untuk larian pace perlahan manakala Endorphin Pro (carbon plate) pula untuk larian hari perlumbaan. Saucony Endorphin Speed (nylon plate) dikategorikan di tengah-tengah antara dua model Endorphin ni.

Blog Buruk

Meskipun dah 2021, kasut ni masih hangat di pasaran. Susah nak dapatkan saiz dan warna yang diingini. Ia hadir dengan beberapa pilihan warna baru untuk 2021 dan ini juga merupakan percubaan pertama saya dengan jenama Saucony.

Blog Buruk

Alhamdulillah, 9 Mac 2021 kasut ni sampai. Saya beli melalui seorang seller di Facebook dengan harga sekitar RM700. Kena tunggu dalam dua minggu untuk urusan pos. Dalam gambar nampak gelap sikit, bila sampai terang jugak warnanya.

Blog Buruk

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP