Hukum Cukur Bulu Dada
>> 01 Jun 2012
Telah dikongsikan sebelum ini kelebihan memiliki bulu dada pada seorang lelaki. Jika perempuan yang memiliki bulu dada, bukan namanya kelebihan, lebih kepada kekurangan. Itu pun kalau betul-betul wujud perempuan sedemikian. Harapnya mereka cekal menghadapi hidup.
Sebagai salah seorang dalam kalangan lelaki, pernah timbul persoalan berkaitan bulu dada ini. Bolehkah kita cukur atau cabut bulu dada? Ilmu aku sebelum ini mengatakan tidak boleh sehingga aku terbaca beberapa penulisan awam selepas itu. Orang perempuan tidak ditegah untuk membaca sebab isi dalam maklumat di bawah bukan berkaitan bulu dada semata-mata. Umum ma...
Dalam kes mencabut rambut/bulu dari badan manusia, ulama membahagikannya kepada 3 kategori:-
- Rambut/bulu yang dilarang dicabut/cukur. Cth: bulu mata, janggut bagi lelaki.
- Rambut/bulu yang digalakkan dicabut/cukur. Cth: bulu ketiak, bulu kemaluan, misai.
- Rambut/bulu yang didiamkan dalam Islam (tidak disebut larangan atau keharusannya).
Persoalan berkaitan rambut atau bulu selain daripada yang di atas, dimasukkan ke dalam kategori '3'. Cth: bulu dada, bulu kaki, bulu di pipi, bulu di tangan dsb.
Ulama khilaf dalam hukum membolehkan ianya dicukur/digunting. Ada yang berpendapat bahawa mencukur atau menggunting bulu ini termasuk di bawah kategori mengubah kejadian Allah, di mana Allah SWT menyebut bahawa Syaitan telah berkata:-
وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ"...aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah" – [al-Nisa' 4:119]
Ada yang berpandangan bahawa ini termasuk perkara yang didiamkan oleh Allah SWT dan RasulNya SAW, maka hukumnya harus. Pandangan ini dipersetujui oleh kebanyakkan ulama. Ulama' al-Lajnah al-Fataawa Arab Saudi dan Syiekh Ibn Utsaimin misalnya amat cenderung mengatakan harus mencukur/menggunting bulu-bulu dalam kategori '3' tadi.
Beberapa petikan pandangan beberapa ulama:-
a. Fatwa daripada al-Lajnah al-Daa’imah:-
لا حرج على المرأة في إزالة شعر الشارب والفخذين والساقين والذراعين ، وليس هذا من التنمص المنهي عنه
"Tidak menjadi kesalahan bagi wanita jika dia ingin membuang rambut/bulu di atas bibir, peha, betis dan tangan. Ini bukanlah bahagian mencabut/tanammus yang dilarang" – [Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah, 5/194, 195].
b. Mawsuu’ah al-Fiqhiyyah:-
وأما حلق شعر الجسد في حق الرجال فمباح عند المالكية , وقيل : سنة , والمراد بالجسد ما عدا الرأس
"Mengenai mencukur rambut di badan di dalam kes lelaki, ianya dibenarkan menurut mazhab Maliki, dan dikatakan sebagai sunnah, dan apa yang dimaksudkan dengan jasad/badan adalah semua anggota dan tidak termasuk kepala" – [Mawsuu'ah al-Fiqhiyyah, 18/100].
c. Syeikh Dr. Ahmad al-Haji al-Kurdi, panel Majlis Ensaiklopedia Kuwait:-
يجوز للرجل أن يحلق شعر صدره عند عامة الفقهاء، وقال بعضهم فيه مخالفة للأدب.
"Dibenarkan bagi lelaki mencukur bulu dadanya di sisi pandangan umum para fuqaha', dan berkata beberapa ulama bahawa ini bertentangan dengan adab" [Syubakah al-fataawa al-Syariiyah, Syeikh Dr Ahmad al-Haji al-Kurdi.
Kesimpulannya, bulu dada tidak termasuk dalam kalangan rambut/bulu yang dilarang untuk dibuang. - Koleksi Soal Jawab Agama
Begitulah serba sedikit perolehan ilmu daripada pembacaan aku sebelum ini. Tapi, mesti ramai yang akan ragu-ragu dengan artikel internet. Biasa la tu, memang apa yang aku dengar sebelum ini pun, bahan-bahan dalam alam maya ni sesuai dijadikan rujukan je. Baiklah kalau begitu. Kita tengok pula jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus dalam video di bawah.
*Telah dikemaskini disebabkan beberapa persoalan berkaitan janggut.
Dalam penerangan di atas, janggut dikategorikan dalam rambut/bulu yang dilarang untuk dicabut/dicukur. Macam mana kalau kita sebagai lelaki Muslim telah cukur janggut? Itu antara beberapa persoalan yang ditanya dalam komen di bawah. Untuk lebih pencerahan, boleh rujuk artikel Hukum Cukur Janggut ini - 1 (terperinci) atau 2 (ringkas).
Jawapan Ustaz Azhar Idrus di YouTube pun lebih kurang sama dengan penerangan dalam link di atas. Apa salahnya kita sebagai lelaki untuk simpan janggut? Sedikit sebanyak dapat membezakan kita dengan penganut agama lain.
1 komen:
Terima kasih banyak,, dh lama saya cari artikel ni,,
Catat Ulasan