Salah Seorang Akan Mati Bila Bergambar Bertiga

>> 13 Jun 2012

Bahaya apabila bergambar bertiga atau dalam ayat lainnya, ada tiga orang dalam satu gambar. Kesannya membawa kepada kematian salah seorang daripada individu dalam gambar tersebut. Mati percuma hanya kerana bergambar. Mesti pernah dengar larangan ini kan?

Aku sendiri pun pernah dengar tapi tidak meyakinkan aku untuk percaya. Semakin meningkat dewasa, kekerapan mendengar larangan macam ini semakin berkurangan. Mungkin disebabkan peredaran masa yang telah sedikit sebanyak membilas pemikiran orang sekarang.

Apakah motif yang mengatakan tak boleh? Apa kesan buruknya? Orang dulu-dulu banyak mencipta pantang larang. Diakui, kebanyakan penciptaan pantang larang tersebut untuk tujuan kebaikan. Contohnya; kalau duduk atas bantal, nanti punggung tumbuh bisul. Moralnya, bantal yang kita guna untuk alas kepala semasa tidur tidak sesuai untuk melapik punggung. Masuk akallah kan?  Aku sendiri pun tak sanggup memunggungkan bantal aku. Tapi, kalau ada yang betul-betul dah naik bisul, dijemput kasi maklum sama saya.

Rasa-rasa, ada lagi tak orang yang percaya dengan larangan bergambar bertiga ni. Kalaulah masih ada lagi golongan yang percaya, boleh cuba baca petikan jawapan Ustaz Azhar Idrus di bawah.


Banyak lagi kepercayaan berunsur karut yang orang kita dok percaya. Harapnya dapatlah bezakan yang mana untuk kebaikan dan yang mana untuk kesesatan.

Apa lagi pantang larang yang perlu dilupuskan daripada kepala otak kita? Kasi kongsi sikit...

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP