Memaparkan catatan dengan label PERSONAL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERSONAL. Papar semua catatan

Brickfields, Mu Tunggu Aku Datang!

>> 23 Januari 2014

Sebelum aku sampai ke sini, sempat bertanya kepada beberapa orang kenalan akan lokasi dan kemudahan pengangkutan awam di sekitar Brickfields ini. Disangka belum pernah jejak tetapi apabila sampai, it's look familiar. Zaman bersekolah di Lembah Klang dulu, aku pernah guna KL Monorail dari stesen KL Sentral. Tak tahu pula aku sedang berpijak di bumi Brickfields waktu itu.

brickfields
Brickfields, Kuala Lumpur

Aku memilih untuk memandu dari Kuantan pada lewat petang, mengenepikan pilihan sebelum itu untuk menaiki bas ekspres. Alhamdulillah, dengan berpandukan GPS, aku selamat sampai ke destinasi pada malamnya.

Kalendar Penyeri Tahun 2014

>> 01 Januari 2014

Masuk sudah tahun 2014, tahun yang dijangkakan sebagai tahun yang lebih mencabar bagi seorang rakyat macam aku. Aku kini mempunyai 3 tahun lebih pengalaman kerja dan usia sudah mencecah 25 tahun.

BYE 2013
Selamat tinggal 2013!

Di sini ingin dikongsikan ringkasan perjalanan hidup aku sepanjang tahun 2013. Antaranya aku dapat 2 orang anak buah lelaki masing-masing daripada perkahwinan abang sulung dan abang kedua. Gelaran 'Pak Lang' secara rasminya telah digunakan. 

Puasa 2013

>> 23 Julai 2013

Esok masuk hari ke-15 umat Islam di Malaysia berpuasa. Sehingga ke hari ini, aku masih berada di Melaka, juga sudah 14 hari aku berpuasa di sini seorang diri. Rakan-rakan sekerja di Melaka sebahagian besarnya sudah menamatkan tugasan mereka di sini. 

Sebelum ni pun dah pernah merasai bersahur atau berbuka seorang diri tapi kali ni macam lain sikit. Dulu, kadang-kadang tu ada juga berteman. Sekarang, 14 hari straight sorang-sorang. Memang rekod setakat ni.

Dengan persekitaran yang memerlukan aku ke site untuk menyudahkan tugasan, memang lain rasanya. Dapat tengok sebahagian manusia yang disangka berpuasa rupanya tidak. Mat Bangla kat site pun ramai puasa. Agak memalukan bagi aku. Sekurang-kurangnya jangan bagi orang lain nampak sangat kamu tu tak puasa, walau mungkin ada alasan yang berunsur peribadi.

My sahur meal. Berat sangat rasa nak makan nasi pagi-pagi. Biasa tala bubur je.

Berhati-hati Membeli Kasut Di Al-Ikhsan

>> 29 November 2012

Ini gambar kasut saya yang baru dibeli di Al-Ikhsan. Walaupun rupa macam kasut budak sekolah tetapi diri ini telah tertarik ketika pertama kali memandangnya. Gelora untuk membeli berjaya ditahan sehingga aku kembali menyambung tugas di Melaka.

Pengalaman & Rezeki Terlibat Dalam Projek Melaka

>> 13 Oktober 2012

Sudah lebih sebulan aku dan 2 orang rakan sekerja dari Kuantan bekerja di Melaka. Kami yang tak seberapa ini dihantar untuk membantu mereka yang telah berada di sana untuk jangka masa yang masih tidak diketahui. Itu sebab sekarang aku jarang kemas kini blog. Minta maaf juga sebab jarang masuk baca dan komen entri rakan-rakan blog.

"Projek Melaka" ini boleh dikelaskan sebagai projek bermasalah. Sepatutnya siap penghujung bulan Jun lagi kalau tak silap aku. Sampai ke hari ini, construction masih berjalan. Aku hanya sebagai pengganti orang lain yang pada ketika itu sudah menghantar notis berhenti kerja. Siapa tak sanggup kena hantar ke luar? Inilah peluang untuk mendapatkan extra income. Duduk office, makan gaji basic tak cukup ma...Alhamdulillah dengan rezeki dan pengalaman manis ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

>> 27 Ogos 2012

Tambahan 3 hari cuti yang diambil menjadikan cuti raya Aidilfitri kali ini betul-betul panjang. Tak keruan jadinya cuti lama-lama di kampung sehingga menyukarkan otak aku untuk berfikir mende yang perlu diupdate dalam blog ni. Masa untuk update blog ada, tapi mood dan feel tu tak berapa nak memberahikan. Aku menyambut hari raya yang biasa-biasa saja dan seperti tahun-tahun sebelumnya. Duduk di rumah sambil kadang-kadang tu terlayan juga rancangan Astro yang sudah beberapa kali dimainkan sebelum ini. Sungguh kejam Astro!

Banyak mende yang nak dikongsi tapi masih belum berkesempatan.  Nasib korang la kalau ada yang baca entri ni. Harapnya semua selamat kembali menjalani tanggungjawab masing-masing pada hari Isnin yang selalu menguji kekentalan mental kita semua. Masa macam ni la baru terasa kenikmatan kalau dapat makan atau merasa balik apa yang dihadapkan pada hari 1st raya dulu kan?

Kad raya vs kad kahwin

Bini Sempoi Bagi Kahwin Lain

>> 13 Ogos 2012

Dalam banyak-banyak blog yang aku pernah baca, entri dalam blog ini antara yang paling mengagumkan aku. Ringkas je penulisannya dengan beberapa ayat. Bezanya dengan blog lain yang aku selalu baca, tuan blog menggunakan loghat Pahang yang kadang-kadang tu aku sendiri sebagai orang Pahang pun mengambil masa untuk faham. Saya biasa cakap bahasa Melayu standard je. 

Bersahaja je beliau meluahkan keseronokan untuk kahwin lain. Ayat "orang rumoh pulok tak kesoh" tu bagi aku terbaek! Cayalah bro!


Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadan

>> 21 Julai 2012

Insyaallah, hari pertama berbuka puasa di bulan Ramadan ini aku akan bersama keluarga di kampung. Korang berbuka di mana untuk hari pertama? 

Bersempena dengan bulan Ramadan yang telah tiba, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua terutama kepada mereka yang selalu masuk baca mende dalam ni. Mintak maaf kalau ada yang tersinggung walaupun rasanya takde ayat-ayat sentap dalam ni. Mana la tahu kan.

Beratur Panjang Di Pesta Durian Kota SAS, Pahang

>> 19 Jun 2012

Mesti ramai yang sukakan buah durian. Bagi penggemar durian sekitar Kuantan, hari Ahad bersamaan 17 Jun lepas telah dijalankan satu pesta durian di Kota SAS. Mungkin dianjurkan oleh pihak pemaju untuk memperkenalkan Kota SAS kepada orang ramai. Aku dan beberapa rakan yang lain kali pertama masuk sini. Kawasan 'elit' katakan...


Nak juga merasa suasana pesta durian. Kalau kena bayar sekalipun, kami sanggup je. Nak beli, belum waktu kemuncak durian lagi sekarang. Harga pun mesti payah nak nego. Jadi, ini salah satu inisiatif untuk berjimat cermat sambil melepaskan gian makan durian.

Bila Diri Amat Diperlukan

>> 18 Jun 2012

Sebagai pekerja bawahan, sebolehnya aku akan mengikut segala arahan daripada pihak atasan. Walaupun bukan semua yang ditugaskan itu kesukaan aku, nak tak nak kena siapkan. Janji apa yang disuruh itu dalam waktu pejabat dan boleh dicas kalau kena kerja lebih masa. Orang baru macam aku payah nak bagi alasan. Tambah-tambah bujang, selalu sangat jadi mangsa.

Jika satu-satu kerja lewat seperti yang telah dijadualkan, suasana kelam kabut pasti berlaku. Payah betul nak terima bila pukul 5 petang hari Jumaat, waktu orang lain berkemas untuk bebas dari pejabat, tiba-tiba orang suruh tunggu. Katanya, sekejap je.

Sekejap-sekejap pun, pukul 5 pagi baru balik rumah. Kejap apa macam tu. Entah boleh cas lagi ke tak la projek tu. Nasib baik bukan aku seorang masa tu. Laju sikit kerja. Kalau tak, esoknya mesti kena masuk kerja balik walaupun perancangan di hari cuti banyak sekali (update blog je padahal).

Salah Seorang Akan Mati Bila Bergambar Bertiga

>> 13 Jun 2012

Bahaya apabila bergambar bertiga atau dalam ayat lainnya, ada tiga orang dalam satu gambar. Kesannya membawa kepada kematian salah seorang daripada individu dalam gambar tersebut. Mati percuma hanya kerana bergambar. Mesti pernah dengar larangan ini kan?

Aku sendiri pun pernah dengar tapi tidak meyakinkan aku untuk percaya. Semakin meningkat dewasa, kekerapan mendengar larangan macam ini semakin berkurangan. Mungkin disebabkan peredaran masa yang telah sedikit sebanyak membilas pemikiran orang sekarang.

Apakah motif yang mengatakan tak boleh? Apa kesan buruknya? Orang dulu-dulu banyak mencipta pantang larang. Diakui, kebanyakan penciptaan pantang larang tersebut untuk tujuan kebaikan. Contohnya; kalau duduk atas bantal, nanti punggung tumbuh bisul. Moralnya, bantal yang kita guna untuk alas kepala semasa tidur tidak sesuai untuk melapik punggung. Masuk akallah kan?  Aku sendiri pun tak sanggup memunggungkan bantal aku. Tapi, kalau ada yang betul-betul dah naik bisul, dijemput kasi maklum sama saya.

Family Day 2012: Swiss Garden Resort & Spa Kuantan

>> 14 Mei 2012

Tanggal 4 dan 5 Mei lepas, semua tenaga kerja PRW bahagian Pantai Timur (Kuantan dan Kerteh) dijemput untuk meyertai 2012 ECO Family Outing & Annual Dinner yang dijalankan di Swiss Garden Resort & Spa, Kuantan, Pahang. Dekat sangat tempatnya dengan pejabat dan rumah sewa aku. Jadi, tak berapa nak feel sangatlah weh. Namun, itu bukan penghalang kepada kami semua untuk menghadirkan diri.


Aku dan teman serumah bertolak ke lokasi program selepas solat Jumaat. Perjalanan mengambil masa tak sampai 15 minit. Sebelum ini pun, banyak kali lalu depan Swiss Garden ni. Cuma, memang bukan tempat kami nak masuk suka-suka tanpa penajaan. Tunggu event macam ni baru boleh merasa.

Budak Kecil Peramah Dalam Surau

>> 12 April 2012

Sampai juga hajat nak pergi solat jemaah Maghrib. Ada 3 pilihan lokasi yang berdekatan rumah sewa aku - 1 surau, 2 masjid. Surau yang aku pergi tadi paling dekat. Dekat-dekat pun, ini kali pertama sampai situ. Kalau di situ ada buat khutbah dan sembahyang Jumaat mungkin akan sampai banyak kali dah. Masa bulan puasa tahun lepas pun belum pernah Tarawih situ.

Bukan apa, kadang-kadang tu aku ada juga kongsi entri yang mengajak kepada kebaikan dalam ni. Tak kan asek nak kongsi je, kalau tukang kongsi sendiri pun tak amal tak guna juga. Macam doa kekal hidayah, Alhamdulillah, sebab setiap kali aku baca doa lepas solat aku akan selitkan doa ni. Lagipun doa tu senang dan pendek je. Selalu sangat dengar pak imam baca sebelum ni tapi jarang sekali baca sendiri. Biasa aminkan je.

Pusat Dobi Layan Diri

>> 11 April 2012

Aku dalam proses menghabiskan sisa-sisa hidup aku di rumah sewa sekarang ini sampai hujung bulan. Awal bulan depan, aku akan masuk rumah sewa baru selepas sekian lama mendapat tawaran daripada officemate lain untuk join rumah mereka. Jarak dengan tempat kerja berganda-ganda dekat dan sewa rumah pun semakin murah sebab lebih ramai yang duduk di situ berbanding rumah sewa sekarang.

Dobi Layan Diri Smart Laundry Concept

Sebagai kenangan menyewa di rumah sekarang ini, aku nak cerita aktiviti mingguan yang wajib dilakukan. Kalau tak buat, tak ada la persalinan aku untuk ke office. Setiap hujung minggu, ke sinilah destinasi yang dituju - DOBI. Awal-awal dulu tak tahu pun kewujudan tempat ini. Kalau aku nak dobi, aku hantar kedai dobi biasa je. Dari awal sampai habis, pihak kedai yang setelkan.

Teguran Potong Rumput Daripada Jiran Sebelah

>> 26 Mac 2012

Itulah tindakan yang difikirkan terpaksa diambil oleh jiran aku. Dia lagi prihatin sebab rumput di belakang rumah sewa aku semakin menggunung tinggi. Tak salahlah kalau nak prihatin, cuma kenapa kalau bab-bab gini, muka aku je yang jadi mangsa. Mengikut rekod, ini kali kedua aku ditegur pasal potong rumput. Dua orang lagi rakan serumah, sentiasa bernasib baik.

Jadi, membersihkan rumput di halaman belakang rumah menjadi salah satu aktiviti penting di hujung minggu. Malas nak upah orang mesin sebab rasa macam mahal sangat. Halaman sekangkang macam tu pun kena RM50. Ditambah gaji sektor swasta macam aku yang belum masuk lagi. Potong sendiri sudah...

Pemandangan sebaik pintu dibuka.

Double A Sudah Ditukar Menjadi Single A

>> 12 Mac 2012

Hari ni aku ke Pejabat Pos Besar Kuantan untuk membuat kiriman poslaju T-Shirt Harimau Malaya. Tak ramai pun pembeli jarak jauh, banyak orang terdekat je yang beli. Papepun, terima kasih kepada mereka yang sudi membeli.

Dan ini apa yang aku nak kongsikan bila aku parking motosikal di dalam kawasan pejabat pos tadi...

Selepas: Ditangkap pada 12 Mac.

T-Shirt Harimau Malaya Untuk Tempahan

>> 15 Februari 2012

Mencari t-shirt Harimau Malaya yang cool untuk dibeli? Seorang sahabat aku ada design satu t-shirt dan dengarnya mendapat sambutan yang agak baik.  Disebabkan sambutan yang diterima, cetakan kali kedua akan dilakukan. Jadi, jika ada yang berminat untuk membuat tempahan, bolehlah baca langkah-langkah di bawah.

Klik kiri pada gambar untuk lebih jelas.

ECO Team Alignment At Lake Kenyir Resort

>> 08 Januari 2012

Ini kali kedua aku menyertai membe office yang lain untuk program team alignment. Sebelum ni, team alignment dijalankan di Bukit Tinggi. Kali ni, di Tasik Kenyir pula. Seingat aku, ini kali pertama aku ke sini.

Perjalanan ke Kenyir menggunakan dua buah bas. Sebuah bas bertolak dari office di Kuantan, sebuah lagi dari office di Kerteh. Berbeza dengan di Bukit Tinggi sebelum ni yang disertai oleh semua department, team alignment kali ni dibahagikan mengikut department. Department aku di Kuantan bergabung dengan department yang sama dari office Kerteh.

Tahun Baru 2012

>> 04 Januari 2012

Alhamdulillah...masuk sudah tahun 2012. Nasib baik urusan duniawi yang dihajatkan sebelum ni berjaya ditunaikan. Kalau mende tu tak setel, berat je nak bawa mende tu untuk tahun 2012 ni...

Buat masa sekarang ni pun, takde info 'menarik' yang nak dikongsi dalam blog ni. Mood tahun baru yang agak suram turut mempengaruhi keghairahan aku mengemaskini blog macam sebelum ni. Sebulan dua ni, rasa gaji lambat sangat nak masuk. Alangkah indahnya kalau jadi engineer...

Ada juga beberapa entri tertunggak yang tak sempat dikongsi. Nak tak nak, usaha juga untuk kongsi entri tu lepas ni. Baru boleh nampak sikit aku sebagai manusia hidup dengan adanya entri tu nanti. Memanjang je bersumberkan entri orang lain...

Semakan Daftar Pemilih - Aku Dah Boleh Mengundi

>> 12 Disember 2011

Agak lama jugalah aku dah daftar sebagai pengundi. Masa tu aku sedang bersiar-siar dalam ECM bersendirian. Buntu kerana hilang arah tuju, aku ternampak kaunter untuk daftar pengundi. Nasib baik percuma. haha...

Selepas kejadian tu, aku dimaklumkan semakan status aku sebagai pengundi boleh dibuat selepas tiga bulan dari tarikh aku daftar. Memang niat untuk semak tu ada tapi tidak pernah kesampaian sebab sibuk sangat kononnya.

Sehinggalah aku terjumpa link dalam entri bro Yastro. Mudah sangat rupanya kalau nak semak. Klik Semakan Daftar Pemilih kepada sesiapa yang masih belum berkesempatan untuk semak macam aku. Semudah abc je pun. haha...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP