Brickfields, Mu Tunggu Aku Datang!
>> 23 Januari 2014
Sebelum aku sampai ke sini, sempat bertanya kepada beberapa orang kenalan akan lokasi dan kemudahan pengangkutan awam di sekitar Brickfields ini. Disangka belum pernah jejak tetapi apabila sampai, it's look familiar. Zaman bersekolah di Lembah Klang dulu, aku pernah guna KL Monorail dari stesen KL Sentral. Tak tahu pula aku sedang berpijak di bumi Brickfields waktu itu.
Brickfields, Kuala Lumpur |
Aku memilih untuk memandu dari Kuantan pada lewat petang, mengenepikan pilihan sebelum itu untuk menaiki bas ekspres. Alhamdulillah, dengan berpandukan GPS, aku selamat sampai ke destinasi pada malamnya.
Seperti yang telah dikhabarkan oleh seorang kenalan berbangsa India, betullah di Brickfields banyak betul Indianya. Baru tertangkap di sini rupanya Little India. Tak pernah nak amek port pun sebelum ni.
Sebelum aku pergi mencari tempat penginapan, lokasi alamat yang ingin dituju keesokannya dikenal pasti terlebih dahulu. Pusing punya pusing, nasib baik alamat yang diberikan berjaya dikenal pasti. Dalam usaha mencari, sempat disapa oleh entah siapa. Dikata handphone dan dompetnya hilang sambil mengharapkan jasa baik untuk hulurkan sumbangan supaya dapatlah dia pulang ke Puchong. Aku buat-buat tak faham sebab dia cakap omputeh dan masing-masing berlalu pergi.
Hotel Summer View |
Banyak hotel di sini tak kira samada budget hotel atau hotel yang lebih selesa. Jarak di antara hotel pun dekat-dekat, senang untuk membuat pilihan. Asalnya, aku nak cari hotel budget tetapi atas faktor keselamatan aku menginap di Hotel Summer View. Kebanyakan hotel pun tidak menyediakan parkir khas kepada pelawat cuma kakitangan hotel ini bagi cadangan supaya aku parkir di halaman rumah bertentangan dengan hotel. Bayaran parkir RM 5 sehari dikenakan oleh tuan rumah. Bolehlah nampak kereta dari bilik kalau biliknya menghadap ke situ. Cubalah request dulu.
Contoh standard room Hotel Summer View. Termasuk semua cas dan sarapan pagi (maksimum dua orang), aku perlu membayar RM 160. |
Biliknya tidak terlalu luas tetapi keseluruhannya memuaskan nafsu hati. Kemas dan bersih di samping tiada bau yang tidak menyenangkan. Untuk makluman, tidak boleh merokok di dalam bilik hotel. Bab makanan untuk sarapan, tak banyak pilihan sangat yang tersedia. Makan je la apa yang ada.
Bagi yang mencari makanan halal di kawasan sekitar, tak susah rasanya. Ada je warung Melayu di tepi-tepi jalan dan yang lainnya majoriti restoran nasi kandar (mamak) dan restoran Indian delights. Tak perasan kalau ada restoran Melayu sebab kegelapan malam.
Laluan macam ini banyak terdapat di Brickfields. Aku ingatkan ditanam kabel ke apa bawah tu, rupanya ada fungsi lain. |
Tactile paving membantu orang buta untuk berjalan dengan lebih selamat. |
Bangunan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia atau Malaysian Association for the Blind (MAB). |
Bukan sahaja kaya dengan orang India, di Brickfields juga banyak terdapat orang buta. Kebanyakan laluan pejalan kaki akan disertakan dengan tactile paving dan banyak di antara mereka dapat bergerak dengan pantas walaupun dalam keadaan sedemikian. Kadang-kadang bila tengok, macam tak buta je.
Alhamdulillah, segala urusan di sana berjalan dengan lancar. Setibanya di Kuantan, disambut lagi dengan berita gembira. Tiada saman trafik menyambutku pulang.
#Sekadar berkongsi pengalaman sebagai orang luar ke tempat yang baru ditujuinya.
0 komen:
Catat Ulasan