Perempuan Takpe, Lelaki???

>> 28 Mei 2010

mereka...perempuan dan lelaki. masing-masing ada kelakuan sendiri depan orang lain. ada orang kisah dengan kelakuan mereka tu. ada orang wat dono je. betul ke?

aku selalu tengok. orang perempuan yang jalan bersama-sama untuk ke destinasi tertentu sambil berpegangan tangan. aku rasa orang tak pikir bukan-bukan. bila tiada pemikiran bukan-bukan maknanya tiada jugalah pandangan berunsur kepelikan...

aku jarang tengok. orang lelaki jalan bersama-sama untuk ke destinasi tertentu sambil berpegangan tangan. terutamanya lelaki mesia. dan aku pasti orang akan pandang pelik kat mereka yang berperilaku sedemikian. tapi, aku tengok orang asing especially mat-mat bangla selamber je mereka berpegang tangan lelaki dan lelaki. mereka tak kisah pun sebab orang kita sendiri pun tak kisahkan mereka...

aku pernah tengok. orang perempuan yang duduk semeja di sebuah kedai makan berkongsi minuman menggunakan penyedut air berlainan. maksudnya, segelas air dan dua batang straw. orang lain tak kisah pun...

aku tak pernah tengok. orang lelaki yang duduk semeja berkongsi minuman macam orang perempuan di atas tu. dan yang aku pasti orang lain akan pandang pelik kat pasangan lelaki tu. tak percaya? try pergi buat...

kenapa begitu? or may be pemerhatian aku yang salah kot. terus terang aku cakap aku rabun. haha...dan mungkinkah aku akan berpegangan tangan dengan member-member sejenis selepas ni? mungkinkah aku tak kisah kalau berkongsi minuman dengan lelaki perkasa? ah...tidak sama sekali. memang hidup macam tu kot. aku tak berani nak pecah tradisi. haha...

21 komen:

Tanpa Nama,  11:50 PTG, Mei 28, 2010  

well. its nature. try la ko buat mcm tu dgn kwn2 laki ko. x ke naya namenye tu? jgn sesekali anda :)

rhapsody LiN 12:30 PG, Mei 29, 2010  

ahaha~
btul2..


ade hari tu ade lelaki tulis love2 lat kawan lelaki dia gak. haisshh.. pelik je tgk
hikhik~

Caroline 12:46 PG, Mei 29, 2010  

err.. well i think we got same opinion here. :) saya pun akan tgk dgn pandangan yg pelik tp bukan kerana apa, cuma rasa pelik.. :D

APAN 1:22 PG, Mei 29, 2010  

paie...x adil la gitu.haha...
lin...tlis love2? cmne tu???bahye gak tu...
may ling...semua orang akan pelik kot.huhu...

anyway tq sebab komen....
:)

Nina Nurziana 10:52 PG, Mei 29, 2010  

hmm... tuh nature beb ;)

hans 3:09 PTG, Mei 29, 2010  

hahahaha
aku selalu jer nampak lelaki pegang tangan lelaki jalan seiringan - pendatang tanpa izin lah selalu buat macam tu
hahaha

hans 3:09 PTG, Mei 29, 2010  

sampai ke komen aku tadi?

APAN 3:12 PTG, Mei 29, 2010  

tu r pasal...
kalau pendatang2 tu mmg ramai la kot...
huhu...

da sampai ma...

Hariz 3:36 PTG, Mei 29, 2010  

Sebenarnya Macam Nie...

Contoh Jika Kita Melihat Ah-Moi Memakai Seluar Pendek Dan Singlet Kita Nampak Biasa Saja..

Bila Tgk Aweks Melayu Berseluar Pendek Dan Singlet.. Waoo.. Kita Akan Jadi Terpaku Dan
Macam Tafsir Kita..

Sbb Apa Macam Tuh? Sbb Kita Dh Biasa Dengan Persekitaran Yang Lelaki Ini X Manja2 Cam Pmpuan.. Hahaha Betol ke Aku Cakap?

APAN 3:40 PTG, Mei 29, 2010  

ko ade point...tapi kenape kena kaitkan ngan amoi lak???
papepun pendapat anda dihargai...
:)

Shey Lokman™ 3:44 PTG, Mei 29, 2010  

sbb girl ney manje telebey ! haha . and sy seorg perempuan ! haha

edoraemon 7:50 PTG, Mei 29, 2010  

sebab mind set orang melayu lelaki malaysia rasa kalo buat macam tuh diorng terasa ke-gay-an. haha
tapi serius aku cakap,
di tempat aku belajar. lelaki siap cium cium pipi dan peluk, untuk ucapkan salam. sebab ukhuwah diorang up skit berbanding orang lelaki malaysia. :)

Adi Alida 8:24 PTG, Mei 29, 2010  

err..sebab pempuan ni manje kot..and rasa lebih secure bile pgg tgn org..
nak2 pulak klu terkejut, capai je tgn sape yg ade kt sebelah..hihi

yayahidayah 9:18 PTG, Mei 29, 2010  

hoh nth lah...law tgk org yg pendatang...laki die perghh selamba kot!
hoh!

APAN 9:44 PTG, Mei 29, 2010  

shey : pompuan mmg manje telebih...gedik pun lebih.haha...
edoraemon : blaja d mana tu?macam d arab je...
rinox_adz : ooo...kalau de laki pun sebelah tu dia sambar tangan laki gak la ye.ckap terkejut.huhu...
yayhidayah : dorang mne de perasaan.huhu...

tq komen...:)

Fay 11:15 PTG, Mei 29, 2010  

tapi saya jarang berkongsi-kongsi minuman sesama perempuan walaupun dengan besfren. dann pegang-pegang dengan perempuan pun saya rasa semacam. huhuhu... ehemm dengan lelaki pun sama okey. :D

Fay 11:20 PTG, Mei 29, 2010  

saya pernah tengok lelaki bermanja-manjaan. :)

APAN 12:10 PG, Mei 30, 2010  

dengan laki bole lak ye???haha...
pernah tengok???
untung giler la sis fay nana...
jeles2....
haha...

meowwmania 9:18 PG, Mei 31, 2010  

batalkan jelah nawaitu nak berpegangan tgn tu, buwok lah hahah...

kalo pompuan xper...nmpk suwiiittt jew ;)

APAN 6:28 PTG, Mei 31, 2010  

jelaslah hidup ni memang tidak adil...
haha...

Shuk 11:35 PTG, Jun 02, 2010  

naluri perempan lebih kpd keibuan..sebab tu diorang lbih suka berpegangan tangan dgn perempuan. tapi kalau laki, mmg jarang nmpak dlm malaysia buat cmtu..kalau adik beradik mungkin ya :)

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP