Memaparkan catatan dengan label MAKANAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAKANAN. Papar semua catatan

Kenapa Isi Epal Bertukar Perang Apabila Terdedah Kepada Udara

>> 17 Mei 2014

Apabila kita memotong sebiji epal dan ia dibiarkan terdedah kepada udara, warna isi epal akan berubah keperang-perangan tidak lama selepas itu. Ia merupakan suatu mekanisma pertahanan terhadap bakteria dan kulat apabila sejenis enzim pada sel-sel isi epal tertedah kepada udara. Enzim ini betindak balas dengan oksigen untuk menghasilkan lapisan teroksida yang memberikan perlindungan daripada bendasing.

buah epal
Buah epal yang telah dipotong.

Susu Kambing Segar Dari Ladang

>> 06 November 2012

Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti-penuaan, anti-arthritis serta anti-barah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta pelbagai lagi penyakit. Susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan. Antara kebaikan lain susu kambing bolehlah dibaca di Laman Rawatan Penyakit Cara Islam.

Aku tak suka susu sangat. Payah sekali nak minum susu yang tidak dicampur dengan bahan atau perasa tambahan. Bagi mereka yang suka minum susu terutamanya susu kambing, mesti suka menikmati susu yang segar atau fresh dari ladang kan? Di bawah ini dikatakan kaedah penjualan susu kambing segar di China. Rare giler!


Burger Bakar Di Kuantan

>> 10 September 2012

Semakin ramai telah mencuba burger bakar yang terkenal dengan saiznya yang berganda-ganda lebih besar daripada burger biasa. Perbezaan itu disebabkan 'patty' yang dihasilkan sendiri oleh pihak peniaga. Untunglah kepada mereka yang duduk area Lembah Klang sebab line tu banyak lokasi best untuk mendapatkan burger bakar. Dengar kabo gitu la...

Macam aku yang duduk area Kuantan, memang tak berkesempatan nak merasa burger bakar yang digembar-gemburkan keenakannya itu. Nasib baik ada juga orang yang membawa resepi burger bakar tu ke sini. Belum jumpa lagi kedai atau lokasi lain yang menjual burger bakar di Kuantan macam kedai yang satu ni.

Burger Bakar Big Show

Khasiat & Kelebihan Bawang Merah

>> 30 Ogos 2012

Tahukah anda? Bawang merah mempunyai banyak kegunaan dan khasiat yang dapat mengelakkan diri anda mendapat penyakit! Jika anda tidak suka makan bawang merah, mulai dari sekarang belajarlah untuk menyukainya kerana selain berfungsi menyedapkan rasa pada makanan, ia juga dapat memberi tubuh kita kesihatan yang baik. Berikut adalah khasiat-khasiatnya:


  1. Bawang merah dapat mengubati penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman, seperti masuk angin, sembelit dan masalah cacing.
  2. Bawang merah dapat memperbaiki sistem peredaran darah dan mengelakkan radang limpa serta tekanan darah.
  3. Walaupun bau bawang merah tidak menyenangkan tetapi sebenarnya bawang merah sangat baik untuk memperbaiki sistem pernafasan.

Kelazatan Burger Ular Indonesia

>> 12 Jun 2012

Difahamkan, terdapat restoran di Indonesia yang menyediakan hidangan snake burger atau burger ular kepada para pelanggan. Ular-ular ini ditangkap dari kawasan sekitar sebelum diproses untuk menjadi daging burger. Proses yang menggiurkan itu dapat dilihat dalam gambar-gambar di bawah.


Bahagian dapur beroperasi umpama sebuah kilang yang penuh dengan ular di segenap ceruk. Pada peringkat awal, ular akan dipotong kepalanya. Kemudian, diasingkan kulitnya yang bersisik dari bahagian badan. Ia seterusnya dibersihkan sebelum dicincang dan dicampur dengan bahan perasa. Sungguh menggiurkan bukan?

Resepi Masak Monyet Daripada Chef Congostan

>> 26 Mac 2012

Congostan mungkin juga dirujuk sebagai Republic of the Congo. Jarang sekali dengar penggunaan nama 'Congostan' selain digunakan dalam filem P. Ramlee yang mana satu entah.


Makanan rakyat Congo banyak yang pelik-pelik. Mereka sering makan semut yang dibuat 'rubarb', sos semut dan sesekali mereka akan keluar berburu untuk menangkap beberapa ekor monyet. Primate ini akan disalai masak dagingnya sebelum dicampurkan bersama sos semut untuk dimakan. Ini adalah cara makan yang difikirkan terbaik bagi mereka. Gambar-gambar hidangan eksotik ini seperti di bawah. Jangan terliur sudahlah.

Nasi Briyani Special - Arab Mari

>> 12 Oktober 2011

rata-rata rakyat Malaysia yang hidup bersatu padu sekarang ni pernah makan nasi briyani. tambah-tambah kat negara kita ni dilimpahi dengan restoran mamak dan nasi briyani ni antara menu wajiblah kalau kat restoran mamak. seingat aku, belum cecah lima kali lagi aku makan nasi briyani mamak...mahal ma.

ini apa yang aku nak kongsi. pasal nasi briyani - made by Arabian. mungkin lebih popular dengan nama nasi arab kot. aku pun tak pasti. kalau ikut dalam email yang aku dapat, tertulis nasi briyani. haha...  

kali pertama tengok gambar-gambar kat bawah ni, aku agak terkejut. biasa daging yang digunakan sebagai lauk, orang guna daging ayam, lembu atau kambing. kali ni guna daging lain. segar dari padang pasir...

10 Makanan Paling Menjijikkan Di Dunia

>> 13 Disember 2010

Ini merupakan 10 makanan paling menjijikkan di dunia dan negara China merupakan negara teratas yang mempunyai makanan "istimewa" ini. Semua gambar dan penerangan kepada makanan eksotik ini mempunyai unsur yang boleh memuntahkan sesetengah pembaca dan semua yang disenaraikan dalam top 10 ini hanya berdasarkan satu sumber. Ada banyak lagi sebenarnya makanan pelik dan aneh yang pernah dihidangkan. Teruskan membaca jika berminat.

1. Burger "Cindil" di China

Cindil atau anak tikus yang baru lahir dipercayai boleh menambah stamina dan menjadikan tubuh lebih sihat. Selain itu, cindil mempunyai kandungan protein yang tinggi. Ia juga boleh mengubati pelbagai jenis penyakit dan salah satu daripadanya adalah asma. Di negara China, cindil dihidangkan dalam pelbagai cara. Salah satu cara yang digunakan adalah burger.

Roti Mata Kerbau

>> 31 Oktober 2010


Makanan Yang Pelik Bagi Kita Tapi Enak Bagi Mereka

>> 14 April 2010

Balut

Balut ialah telur itik atau ayam yang mengandungi embrio yang hampir cukup sifat. Selepas direbus di dalam air, ia dihidangkan di atas meja. Ia menjadi sajian harian di beberapa negara Asia Tenggara seperti Filipina, Kemboja dan Vietnam. Balut dipercayai kaya dengan protein selain baik untuk lelaki dan jantung. Kadang-kadang, ia turut dijadikan pembuka selera bersama bir. Jangan sampai telur tembelang pun jadi bahan sudahlah...

Guinea Pig

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP