Khasiat & Kelebihan Bawang Merah

>> 30 Ogos 2012

Tahukah anda? Bawang merah mempunyai banyak kegunaan dan khasiat yang dapat mengelakkan diri anda mendapat penyakit! Jika anda tidak suka makan bawang merah, mulai dari sekarang belajarlah untuk menyukainya kerana selain berfungsi menyedapkan rasa pada makanan, ia juga dapat memberi tubuh kita kesihatan yang baik. Berikut adalah khasiat-khasiatnya:


  1. Bawang merah dapat mengubati penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman, seperti masuk angin, sembelit dan masalah cacing.
  2. Bawang merah dapat memperbaiki sistem peredaran darah dan mengelakkan radang limpa serta tekanan darah.
  3. Walaupun bau bawang merah tidak menyenangkan tetapi sebenarnya bawang merah sangat baik untuk memperbaiki sistem pernafasan.
  4. Bawang merah dapat mengubati penyakit bengkak mata dan mengatasi masalah selaput putih dimata.
  5. Jika anda mempunyai bisul, sapukanlah bisul anda dengan bawang merah kerana bawang merah dapat membantu meredakan bengkak pada bisul anda.
  6. Bawang merah dapat membangkitkan selera untuk anda yang kurang berselera untuk makan.
  7. Jika anda menghadapi kabur penglihatan dan sakit telinga, banyakkan makan bawang merah kerana bawang merah membantu mengurangkan masalah anda.
  8. Biji bawang merah dikatakan dapat mengurangkan risiko dari masalah botak.

Sumber: OHBULAN!

Aku bukan peminat sayur-sayuran. Sebilangan kecil spesies sayur je yang aku makan. Bawang merah termasuk dalam kategori yang tidak suka dimakan. Lagi-lagi kalau yang dipotong besar/kasar. Tapi sekarang ni, aku cuba mendekatkan selera aku kepada sayur-sayuran. Cuba juga makan walaupun sikit. Cubalah...salah satu ikhtiar untuk sihat ialah makan makanan yang baik. Insyaallah...

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP