Selamat Hari Raya Aidilfitri

>> 27 Ogos 2012

Tambahan 3 hari cuti yang diambil menjadikan cuti raya Aidilfitri kali ini betul-betul panjang. Tak keruan jadinya cuti lama-lama di kampung sehingga menyukarkan otak aku untuk berfikir mende yang perlu diupdate dalam blog ni. Masa untuk update blog ada, tapi mood dan feel tu tak berapa nak memberahikan. Aku menyambut hari raya yang biasa-biasa saja dan seperti tahun-tahun sebelumnya. Duduk di rumah sambil kadang-kadang tu terlayan juga rancangan Astro yang sudah beberapa kali dimainkan sebelum ini. Sungguh kejam Astro!

Banyak mende yang nak dikongsi tapi masih belum berkesempatan.  Nasib korang la kalau ada yang baca entri ni. Harapnya semua selamat kembali menjalani tanggungjawab masing-masing pada hari Isnin yang selalu menguji kekentalan mental kita semua. Masa macam ni la baru terasa kenikmatan kalau dapat makan atau merasa balik apa yang dihadapkan pada hari 1st raya dulu kan?

Kad raya vs kad kahwin

Kad raya? Sedia maklum, orang tak berapa nak guna pakai teknik ni sangat sekarang. Lebih banyak orang cenderung menggunakan laman sosial masing-masing sebab tak terasa sangat bebanan kosnya…mungkin. Melainkan kalau diri sendiri selalu menghantar, tak mustahil  banyak kad rayanya. Nasib la ada orang nak hantar walaupun diri ini malas menghantar. Terima kasih kepada Encik Abu sebab sudi bagi kad raya. Tidak lupa juga kepada Cik Nana di atas undangan ke majlis perkahwinan kamu. Tengok kepada pelan lokasi pada kad, agak susah untuk diri ini sampai di sana. Papepun, tq la kepada 2 orang membe maya ni.

Agak rajin si Abu ini menulis kad rayanya.

Semakin ramai membe seusia sudah berumah tangga. Tahniah sis!

Untuk perenggan terakhir ini, aku ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua. Dah masuk kali keberapa tah aku ucap. Maafkan saja ye. Dan sebelum korang tekan pangkah, mari tengok video hari raya daripada Faradyable ni. Otai "dubbing" Malaysia…

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP