Ritual Pembersihan Ma'nene Tanah Toraja - Persalinan Untuk Mayat

>> 29 Ogos 2012

Di Tanah Toraja, Indonesia, terdapat satu budaya aneh yang diamalkan hingga kini oleh penduduknya. Mayat si mati yang dimumiakan akan ditukar pakaiannya dalam satu upacara tradisional Ma'nene. Ahli keluarga akan menggali kubur si mati yang telah pergi dan menggantikan pakaiannya dengan set pakaian baru. Ritual ini diadakan sekali dalam tempoh tiga tahun untuk memberi peluang kepada saudara-mara menghormati roh nenek moyang mereka.


Gambar-gambar ini memaparkan upacara yang dijalankan ke atas Peter Sampe Sambara, salah seorang ketua kampung semasa hayatnya. Upacara ini berlangsung selama 3 hari, bermula dengan proses mengeluarkan mayat dari kuburnya dan diakhiri dengan majlis kesyukuran. Sila layan gambar-gambar di bawah...














Olahan daripada: Demotix.com

Apa macam? Nama Toraja memang popular dengan kisah mayatnya. Banyak sangat dah orang dok kongsi sebelum ini. Ingat lagi pasal Mayat Berjalan Pulang dan sambungan kisahnya? Mungkin 2 entri yang dikongsi sebelum ini ada kaitan dengan ritual Ma'nene.

Mengulas tentang 2 entri yang disebutkan, aku ingatkan (daripada apa yang disampaikan) mayat tu hidup balik. Kiranya mereka (ahli keluarga) yang "bangunkan" si mayat. Dah kena awet, itu pasal tak nampak reput sangat...mungkin. Korang rasa?

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP