Rumah Ikonik Si Degil Edith Macefield
>> 10 Jun 2014
Edith Macefield, dikenali sebagai seorang wanita tua yang sangat degil sehingga menolak tawaran $1 juta daripada pihak pemaju yang ingin membeli rumahnya. Pembelian itu untuk memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks komersial di kawasan tersebut. Kedegilannya mendapat pujian penduduk tempatan Ballard, Seattle, Amerika Syarikat sekali gus memaksa pihak pemaju menukar pelan asal bangunan yang ingin dibina.
![]() |
Rumah mendiang Edith Macefield |
Macefield tidak mahu berpindah dan wang bukanlah segalanya bagi seorang wanita di usianya. Dia terus tinggal di rumah yang dibeli pada 1950-an ini sehingga saat kematiannya pada 2008. Pembinaan bangunan lima tingkat itu diteruskan dengan mengecualikan kawasan rumah Macefield, di mana dinding konkrit bangunan yang dibina, betul-betul menghadap bahagian kiri, kanan dan belakang rumahnya. Dia mampu bertahan dengan bunyi bising dari kawasan pembinaan walaupun jarak di antara rumah dan kawasan pembinaan sangat dekat.