Protes Separuh Bogel Semasa Forum Agama Berlangsung

>> 01 April 2014

Berlin: Satu forum agama bertukar kecoh apabila tiga penunjuk perasaan separuh bogel dari kumpulan Femen terpaksa diheret keluar dari bangunan tempat forum itu diadakan. 

protes femen

Majlis Minggu Islam Berlin yang diadakan di sebuah dewan di bandar raya itu dihentikan selepas anggota kumpulan pelampau berkenaan menyerbu masuk ke dewan itu dengan slogan menghina Islam pada tubuh mereka. Minggu Islam Berlin terbuka kepada golongan atheis dan penganut agama lain serta Islam.

protes femen

Tiga wanita berkenaan turut menaiki pentas, di tempat beberapa penceramah berbincang mengenai IslamSelain slogan mencaci Islam, mereka turut mengibarkan sepanduk sambil menjerit. Femen yang diasaskan di Ukraine terkenal kerana berbogel untuk mempromosikan mesej perjuangan hak wanita dan membantah kerajaan dan pertubuhan yang tidak sehaluan dengan mereka.

Dalam kenyataannya menerusi Internet, kumpulan pelampau berkenaan menyelar sistem perundangan Islam dan mendakwa agama itu punca kepada banyak jenayah. Ia mengecam pihak berkuasa bandar raya Berlin kerana menawarkan platform dan menyokong masyarakat Islam.

Kumpulan berkenaan menjadi terkenal sejak beberapa tahun lalu selepas menghantar aktivis bogel mereka untuk mengganggu acara berprofil tinggi dan pemimpin politik. Tahun lalu, Presiden Russia, Vladimir Putin dan Canselor Jerman, Angela Merkel diganggu oleh penunjuk perasaan separuh bogel kumpulan itu di festival perdagangan di Hanover, Jerman.

Pada September, anggota Femen mencetuskan kontroversi apabila menyerbu Minggu Fesyen Paris ketika pertunjukan oleh pereka fesyen Nina Ricci. Baru-baru ini, kumpulan itu menunjuk perasaan di luar Parlimen Crimea di Simferopol selepas pungutan suara yang menyaksikan wilayah itu menyertai Russia.

protes femen

protes femen

protes femen

protes femen

Pautan: myMetroMail Online

kucing bogel

3 komen:

Nur Fauzi 8:09 PG, April 01, 2014  

Kucing takdir bulu tu dah boleh gaul rempah dah buat panggang haha

Teacher Basariah 1:19 PTG, April 03, 2014  

Astaghfirullahalazim..Memaang sangat teruk depa ni!

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP