Memaparkan catatan dengan label BLOG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BLOG. Papar semua catatan

7 Perkara Yang Saya Akan Buat Sebelum Mati

>> 09 Mac 2012

Ada apa dengan 'tag'? Memang bukan kegemaran aku terjebak dalam gejala tag. Dulu, meriah giler gejala ini. Banyak juga tag daripada tuan blog lain tapi satu tag je yang pernah dijawab dan dikongsi dalam blog ini. Entri ber-tag bertarikh 18 Jun 2010. Tak tahu la kalau aku terlupa entri ber-tag yang lain. Aku rasa satu ni je kot.

Dalam keberlagakan aku, aku tertunduk kepada satu 'harapan' daripada bro Yastro - "7 Perkara Yang Saya Akan Buat Sebelum Mati". Aku sependapat dengan bro Yas pasal kelainan yang ada kali ini. Kalau tak, memang tak akan dijawab kot. haha...


7 Perkara yang saya akan buat sebelum mati:

Masalah Kongsi Link Blog Di Facebook

>> 06 Mac 2012

Facebook merupakan salah satu sumber trafik utama kepada blog ini. Dengan adanya page blog KONGSA KONGSI di Facebook, sedikit sebanyak dapat menarik masuk pembaca dari sana. 

Bukti trafik daripada Facebook.

Pengguna Facebook yang telah like page ini mungkin tertarik dengan gambar atau tajuk pada link yang telah dikongsi. Aku tak kisah sangat kalau tak ada yang like atau komen link yang dikongsi dalam tu. Janji link tu boleh bawa masuk pembaca.

Buffered Earnings Nuffnang Paling Kool

>> 27 Februari 2012

Ini cerita pasal buffered earnings a.k.a BE blog aku. Sebenarnya sudah lama blog ini tidak menikmati BE. Lebih 3 bulan rasanya. Langsung membantutkan impian aku untuk cash out ganjaran dalam akaun nuffnang buat kali pertama. Berkat kesabaran menanti, tiba-tiba ada satu kempen masuk blog aku. Sudah lebih seminggu dah ni. Harapnya lama lagilah kempen ni bermain dalam blog ni.

Sejak hari kejadian, setiap hari aku nak masuk website Nuffnang sebab nak tengok berapa sen yang naik. Alhamdulillah, banyak ni yang telah terkumpul setakat ni...

Ping Entri Percuma Di Story Anda

>> 28 Disember 2011

Umum mengetahui kewujudan Apesal.com dan GuaBlog.com. Ini antara dua laman yang kerap aku ping (atau mungkin ada istilah lain?) entri. Sampaikan aku pernah buat beberapa entri sebagai tanda terima kasih kepada Apesal sebelum ni. Pada peringkat awal, memang trafik mencurah-curah, bergantung juga kepada jenis entri. Tapi kebanyakannya semacam je trafik. Lebih daripada biasa kalau kita kongsi entri dalam Apesal dan GuaBlog ni.

Apabila Exchange Ratio Apesal Mencecah 300%, barulah aku mula ketagih trafik macam sebelum ni. Sama je dengan GuaBlog. Tiba-tiba jadi 'tegas' pula dalam bab exchange  ratio ni. Tapi nak buat macam mana, dah memang macam tu kontraknya. Sampai bila orang nak memberi je, kita pun kenalah turut memberi dengan sediakan ruangan widget Apesal atau GuaBlog yang mampu menarik perhatian orang lain untuk membaca.

Alexa, Tiada Pendidikan, Azhar Idus Hina Islam Dan Brunei

>> 10 Disember 2011

Paparan di bawah akan keluar bila kita masuk ke akaun Alexa kita. boleh dikatakan setiap hari jugalah aku masuk sini sebab ingin tahu rank trafik semasa blog aku...


Terima Kasih Apesal

>> 31 Oktober 2011

lagi entri pasal Apesal. aku rasa semakin ramai blogger dah join. kalau nak tahu serba sedikit pasal Apesal ni, boleh baca entri aku sebelum ni kat SINI tapi sudahkah korang 'LIKE' page facebook mereka, Eh, Apesal?

selain dapat menjana trafik di laman utama Apesal, page facebook mereka ni juga kadang-kadang membantu dalam menaikkan bilangan pembaca dan trafik ke blog korang. kalau tak percaya boleh tengok gambar kat bawah ni...

Template Blog Menarik Di Our Blogger Templates

>> 08 Oktober 2011

sudah hampir setahun aku guna template kat bawah ni dalam blog aku. dari aku mula kerja sampai 5 Oktober lepas. memang sayang nak tukar sebab cambes je template lama ni...


cuma masalah template lama ni ialah aku tak boleh nak pasang header. kalau masukkan header, mesti bergelimpangan kat atas tuh. aku lak tak pandai nak adjust bab-bab header ni...

Dynamic Views : Tujuh Cara View Blog Dalam Satu Template

>> 28 September 2011

Siapa yang ada perasan mende ni? Ada mende baru yang telah diperkenalkan oleh pihak Blogger kepada pemilik blog yang menggunakan perkhidmatan mereka di seluruh dunia. Dengan nama Dynamic Views, pembaca blog dapat memilih salah satu daripada tujuh cara untuk view blog yang dilawati.


Apabila Exchange Ratio Apesal Mencecah 300%

>> 10 September 2011

rata-rata blogger pun dah tahu tentang kewujudan Apesal.com. majoriti blog yang aku masuk mesti ada widget daripada apesal. mula-mula aku agak kurang berminat gak untuk daftar. tapi selepas terbaca entri bro yastro kat blog beliau, minat tu semakin bertambah. katanya boleh kasi trafik ke blog. aku pun daftar...


Aku Bukan Follower Setia

>> 11 Julai 2011

erm...semakin hari blog aku makin banyak follower. biarpun blog ni tak berapa nak bes, bilangan follower tetap bertambah. dan biarpun follower blog ni tak seramai follower blog orang lain, tapi banyak dah la tu bagi aku. alhamdulillah...

kalau aku mengikut budaya "dah follow, follow balik ye", berapa banyak blog yang aku kena follow tu. tak susah nak follow tapi bila dah jadi follower tu yang susah kot. bayangkan, semua blog tu update hari-hari. paling kurang dua hari satu entri. kalau dah 499 blog aku follow, aku kena baca lebih kurang 499 entri la untuk satu hari...

Page Peta Laman Yang Baru

>> 18 Jun 2011

memandangkan cuti yang agak panjang daripada biasa, aku cuba memperkemaskan paparan blog aku. untuk itu, aku telah menambah satu page baru dengan nama Site Map.


tambahan lak kat blog aku tiada blog archive yang boleh memaparkan semua entri aku sebelum ni. dengan adanya page ni, diharap dapat membantu memudahkan korang membuat carian entri kat blog aku.

Moh ber-IntenseDebate

>> 19 Februari 2011

okeh... sekarang ni dah nak masuk 3 bulan aku menggunakan IntenseDebate (ID). sebelum nak pasang mende ni dulu, konfius gak nak pilih salah satu antara ID ngan disqus. yang aku tau, 2 ni la antara sistem komen yang popular. puas aku mencari perbezaan antara 2 ni kat google. dan akhirnya pilihan yang dibuat ialah ID.

Go to IntenseDebate

kenapa aku pilih mende ni? aku rasa ID ni cool sikit dari disqus. nak komen banyak-banyak pasal disqus aku tak tau sebab tak penah guna lagi. dan yang aku pelik kenapa ramai lagi blogger kat luar tu tak nak guna mende ni?

Ubah Read More Link Kepada Read More Button

>> 16 Januari 2011

erm...kadang-kadang aku punya entri panjang. tambah lak entri tu penuh dengan gambar. semua pun tau untuk mengatasi masalah tu, kita insert jump break time compose entri baru. kalau yang tak pernah guna jump break ni boleh tengok dalam gambar kat bawah. mende yang dalam bulatan tu...


Jenis-jenis Motor ft. IntenseDebate

>> 12 Disember 2010


hoho...karot je entri ni. sebenarnya aku nak try satu mende yang baru install dalam blog aku tadi. nama mende tu IntenseDebate. plugin untuk comment kat blog aku. kalau nak tengok ada kat bawah ni. tak pasti lagi mende ni bagi kebaikan or keburukan. mungkin berat sikit la load pasni. biasa r tu. berani buat berani tanggung...mintak tolong korang satu mende. tolong r test.... :)

Diea Bagi Award

>> 18 Jun 2010


erm...1st time dapat award. so, tak tau la prosedur macam mana kan. lepas diselidik dan menjalankan penyiasatan baru tau. orang dah bagi kita kena terima la. gembira gak sebab sebelum ni asek tengok orang punya je ma. terima kasih kepada beliau yang bernama diea. pastu moh jawab soalannya lak...

Write 5 interesting facts about the person who gave you this award.
aku tak berapa pasti dengan beliau yang bernama diea ni. agak-agak je la...

erm...kenal beliau sebab dia rajin masuk blog aku.
erm...beliau seorang perempuan.
erm...kakak UKM.
erm...penonton world cup.
erm...yang pasti beliau ni kembar... :)

Jot down 10 interesting facts about yourself of your hobbies.
cam salah je soalan ni (sorry...bi ku lemah). layankan je la. tiada yang menarik pasal diri aku. lagipun segan. nanti aku digelar mat khoya lak...hobi? kaki bangku yang suka menonton manshester united... :)

Picks your 10 most deserving receipients and describe them.
paie => my sis...someone yang boleh dipercayai... :)
fay nana => mempunyai semangat pandang ke timur yang tinggi. awek jaejoong... :)
yua zawa => boleh masuk kapla dan baru menyaksikan kekalahan spain baru-baru ni... :) 
hafiz ismi => dah bekerja dan senang berinteraksi... :)
shuk => start kenal sebab aku ada buat entri kucing... :) 
rhapsody lin => rajin komen blog... :)
eqa => orang kuantan dan sudah berpunya... :)
hisyam => orang pahang. entri yang berilmu... :)
caroline => blogger dari seberang laut... :)
pidot otai => rajin mengendap blog aku... :)

~TQ~

Suka or Terpaksa Layan

>> 14 Jun 2010

erm... adakah musik itu lagu atau lagu itu musik? lebih kurang la tu kot. dan aku percaya, banyak orang sepi tanpa musik. ada orang suka dengar pop, ada orang suka dengar rock, dan tak salah kalau nak suka dangdut sekalipun. ada orang layan justin bieber, ada orang layan amy searh dan tak salah juga kalau nak layan ramlah ram ma...

apa yang nak disampaikan di sini, setiap orang mempunyai kecenderungan yang berbeza dalam mendengar musik. juga, aku sure setiap orang pun akan memilih masa yang sesuai untuk mendengar musik. ada orang selesa mendengar musik ketika sedang menyiapkan soalan matematik tambahan, ada orang selesa mendengar musik semasa menyediakan mee maggi ketika lapar dan ada yang lagi hebat, selesa mendengar muzik ketika membaca...

disebabkan setiap manusia ni berbeza-beza, bukan semua orang boleh melakukan seperti yang dinyatakan di atas. ada orang hanya selesa mendengar musik apabila kepala otaknya berhenti berfungsi. maksudnya bebas daripada memikirkan perkara-perkara yang perlu dipikirkan. dan golongan ini sudah pasti tidak selesa apabila mendengar musik ketika membaca. kompem!

dan aku ingin mengaitkan musik ini dengan apa yang aku terpaksa tempuhi saban hari. aku tidak mempunyai minda yang terlalu cergas. jadi, aku sukar untuk memahami penulisan teman-teman ku di blog jika itu merupakan kali pertama aku membaca penulisan mereka. keadaan menjadi bertambah sukar apabila aku tiba-tiba didendangkan dengan lagu kegemaran mereka. malangnya, pembacaan aku tiba-tiba diganggu dengan lagu kegemaran mereka tu dan mood untuk membaca tu terus bertempiaran dan lesap sekelip mata...

erm... mereka mungkin cakap, "blog aku, suka hati aku la", tak pun kalau nak sopan sikit "mampos ko la". memang betul apa yang diluahkan tu tapi kena sedar la sikit. orang lain-lain ma. cara nak feel baca blog sure dah lain-lain. bosan gak kalau asek nak blogwalking je. tak sampai kemana pun. sekali sekala nak gak tinggal komen. tapi bila suasananya macam tu, benda simple jadi sukar ma...

kenapa tak mute volume? loh... kalau masuk nak baca blog mereka tak kan asek kena buat macam tu je kot. bosan ma...

terus kepada point utama. tak salah pun kalau nak pasang lagu dalam blog kita ma, tapi kena pikir keselesaan orang lain gak. pilih la pemain lagu yang memberi pilihan kepada pembaca. maksudnya yang boleh di-pause-kan. tak de la nampak macam memaksa sangat kalau orang lain masuk baca kat blog kita. kita kena la sedar, lagu yang kita layan tu tak semestinya menjadi pilihan orang lain ma. tu je motip aku... hoho...

Paras Rupa Dan Blog

>> 11 Jun 2010

erm... entri pe tah ni. papepun penulisan perlu diteruskan. aku nak tau. paras rupa pemilik blog boleh membantu dalam kejayaan blog mereka ke? maksud kejayaan di sini dari aspek bilangan pembaca dalam sehari, bilangan follower, bilangan komen dan bilangan perkara-perkara yang boleh dikaitkan dengan kejayaan. bilangan dapat cek daripada nuffnang pun kira boleh masuk gak tu.

orang mesti berkata-kata; paras rupa tak penting, yang penting pengisian dalam blog tu. aku pun rasa macam tu gak. tapi ada nada-nada halus dari sudut hati aku ni menyangkal kanyataan tu. bila perkara tu berlaku aku nak kongsikan la. dah nama blog pun KONGSA KONGSI kan. AKU SUKA, AKU KONGSI. camdoh punya tagline.

berbalik kepada tajuk aku pada hari ini; aku selalu masuk skodeng-skodeng blog mereka ni. siapa mereka ni? mereka ni merupakan kerabat aku dan kawan-kawan yang sudi masuk blog aku dan tulis kat shoutbox "salam ziarah", "selamat pagi" dan macam-macam ayat lagi la. jadi, bila masuk tu automatik aku boleh tengok berapa rat dia punya follower. berapa banyak komen untuk satu entri. dan, hasil perskodengan aku ni membawa keyakinan akan kebenaran teori aku ni. hoho... mereka yang mempunyai rupa paras yang TERBAIK mempunyai bilangan follower yang banyak dan komen yang memberangsangkan jiwa.

kalau dari pandangan kat dunia realiti ni lak, paras rupa tak penting. yang penting ayat manis. pandai main ayat sikit kompem boleh dapat ma. tapi aku tak dapat la sebab ayat aku bertaburan di sana sini. statement ni dari pandangan aku ma. korang lain sebab mata lain-lain.

tapi bila pikir balik, agak tak masuk akal gak. orang malaysia kan tau beza kualiti dan diskriminasi. tak kan la rakyat malaysia nak buat macam tu. dah follower ramai, kompem-kompem la komen pun banyak. lagipun mereka tu kuat berusaha. tu pasal dapat berjaya macam tu ma. jadi contohilah mereka.

kesimpulannya, hati kecil aku masih berkata-kata; PARAS RUPA membantu dalam kejayaan mereka... dan aku konfius sebenarnya. PARAS RUPA or RUPA PARAS ek? lantak la. da nak habis pun ma...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP