Ping Entri Percuma Di Story Anda

>> 28 Disember 2011

Umum mengetahui kewujudan Apesal.com dan GuaBlog.com. Ini antara dua laman yang kerap aku ping (atau mungkin ada istilah lain?) entri. Sampaikan aku pernah buat beberapa entri sebagai tanda terima kasih kepada Apesal sebelum ni. Pada peringkat awal, memang trafik mencurah-curah, bergantung juga kepada jenis entri. Tapi kebanyakannya semacam je trafik. Lebih daripada biasa kalau kita kongsi entri dalam Apesal dan GuaBlog ni.

Apabila Exchange Ratio Apesal Mencecah 300%, barulah aku mula ketagih trafik macam sebelum ni. Sama je dengan GuaBlog. Tiba-tiba jadi 'tegas' pula dalam bab exchange  ratio ni. Tapi nak buat macam mana, dah memang macam tu kontraknya. Sampai bila orang nak memberi je, kita pun kenalah turut memberi dengan sediakan ruangan widget Apesal atau GuaBlog yang mampu menarik perhatian orang lain untuk membaca.

Ini statistik Apesal aku. Setakat ni masih ada trafik lagi dari Apesal sebab exchage ratio aku masih turun naik, belum cecah 300%. Kalau dah lebih, memang menjunam teruslah macam sebelum ni.

Untuk statistik GuaBlog, lebih ketara. Aku dah tak dapat trafik dari GuaBlog tapi aku masih letak widget mereka. Mana tahu boleh turun exchage ratio. Tapi masih jauh lagi tu. Takpe la, balas jasa...

Buntu hingga hilang mood nak berblog sebab trafik. Penat gak kalau post entri tapi 'se dua' je yang baca. Nasib baik aku ada ping di Story Anda (SA). Dah lama dah aku ping kat sini. Cuma baru-baru ni je aku perasan trafik dari SA ni pun tinggi gak.

Jadi, kepada blogger yang mencari laman ping entri percuma, bolehlah cuba ping di Story Anda. Biar tak banyak macam Apesal dan GuaBlog atau yang seangkatan dengannya, janji konsisten. Nak ping kat sini senang je. Login guna akaun facebook. Kurang-kurang, masukkan tajuk dan url blog pun dah boleh. Kepada yang pernah ping kat sini, jangan putus harapan. haha...

Papepun, terima kasih Apesal dan GuaBlog. Harap hubungan kita semakin 'erat' macam dulu.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP