Kemahiran Seorang Pemandu Parkir Kereta Di Ruang Sempit (+Video)
>> 12 Disember 2011
New York, Amerika Syarikat - Seorang pemandu yang menunjukkan kecekapannya meletak kereta di ruang sempit menjadi sensasi di laman perkongsian video YouTube, lapor akhbar Mail Online.
Lelaki tidak dikenali itu meletak kereta sedan miliknya di ruang sempit yang cuma muat untuk sebuah kereta bersaiz kompak. Malah, dia berjaya keluar dari ruang parkir sama tanpa mencalarkan bampar kenderaan di hadapan dan belakangnya.
Dia mengambil masa sekitar lima minit untuk meletakkan keretanya di ruang parkir berkenaan di sini baru-baru ini. - Agensi
*****
Salah satu berita yang dilaporkan dalam Kosmo! Online pada hari ini. Video YouTube yang dimaksudkan ada di bawah. Hampir mencecah 1 juta penonton ketika entri ini ditulis.
Itu di New York. Di Malaysia pun ada video YouTube yang best pasal parkir kereta. Cuma mungkin pelaku dalam video di bawah tidak akan berjaya kalau dia masih gunakan cara ini.
0 komen:
Catat Ulasan