Bagaimana Liquid Paper Tercipta

>> 15 Disember 2011

Tahukah anda, benda putih yang digunakan di atas kertas untuk menutup kesilapan? Pada asalnya, ia dipanggil "Mistake Out" dan dicipta oleh Bette Nesmith Graham, seorang janda yang mula bekerja pada tahun 1951 untuk menyara diri dan anak lelakinya.

Walaupun bekerja sebagai seorang jurutaip, malangnya beliau bukan seorang jurutaip yang baik. Bosan dengan kesilapan semasa menaip, dia menggunakan cat tempera putih untuk menyembunyikan kesilapan. Dengan hanya menggunakan dapur dan garaj sebagai makmal dan kilang, beliau secara beransur-ansur membangunkan produk yang mula dibeli oleh jurutaip dan pekerja pejabat yang lain. Sementara terus bekerja sebagai jurutaip, beliau mengembangkan pengetahuan dirinya dalam bidang perniagaan, promosi dan penyelidikan sehingga dia berpuas hati bahawa produk yang dibangunkan benar-benar berbaloi. Beliau kemudiannya menawarkan Mistake Out kepada IBM (International Business Machines) namun pihak IBM menolaknya.

Tanpa berputus asa, beliau tetap menjual produk ciptaannya dari rumah selama 17 tahun. Dalam masa itu, beliau telah menukar nama Mistake Out kepada Liquid Paper. Pada tahun 1968, perusahaan beliau mampu mengaut keuntungan dan pada tahun 1979, Gillette Corporation membeli Liquid Paper dengan bayaran $47.5 juta bersama royalti.


Bette Graham juga merupakan ibu kepada Michael Nesmith, salah seorang anggota kumpulan muzik The Monkees. Selepas kematian ibunya pada tahun 1980, Mike mewarisi sebahagian besar peniggalan ibunya. - sumber : The Great Idea Finder

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP