Memaparkan catatan dengan label SUKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SUKAN. Papar semua catatan

Kisah Adik-beradik Pengasas Adidas & Puma

>> 01 Jun 2014

Adidas dan Puma merupakan dua jenama sukan terkemuka dunia yang menghasilkan pakaian dan kelengkapan untuk pelbagai jenis sukan. Kedua-dua jenama ini asalnya daripada satu perusahaan adik-beradik sebelum mereka berpecah dan menubuhkan label masing-masing.

Gebrüder Dassler Schuhfabrik
(Dassler Brothers Shoe Factory)

Christoph Von Wilhelm Dassler ialah seorang pekerja di sebuah kilang kasut, manakala isterinya, Pauline menjalankan perkhidmatan dobi di Herzogenaurach, Bavaria, Jerman. Anak lelaki mereka, Rudolf "Rudi" Dassler bekerja bersama ayahnya di kilang kasut selepas tamat sekolah. Sekembalinya daripada berkhidmat dalam Perang Dunia Pertama, Rudi ditawarkan jawatan pengurusan di sebuah kilang porselin, dan kemudiannya di sebuah perniagaan borong kulit di Nuremberg, Jerman.

jenama sukan popular
Adolf (kiri) dan Rudolf (kanan) Dassler.

Kasut Adidas Suatu Ketika Dahulu

>> 09 April 2014

Jika dibaca kepada sejarahnya, Adidas mempunyai cerita yang agak menarik. Diasaskan oleh warga JermanAdolf "Adi" Dassler, jenama ini terkenal dengan penerapan tiga jalur selari pada rekaannya. Walaubagaimanapun, ia dilihat tidak terdapat pada rekaan kasut Adidas suatu ketika duhulu. Tak percaya? Tengok gambar-gambar kasut Adidas dulu-dulu di bawah.

kasut adidas
Rennschuh (sprint shoe) 1925
Kasut ini direka untuk acara lari pecut dan jarak pertengahan sehingga 800 m. Kulit kambing antara bahan yang telah digunakan.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP